Monday, February 6, 2012

Rindunya pada mereka!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, aku sangat sangat RINDU pada mereka, Ya Allah..sesak dada menahan rindu..

Tika membaca AlQuran, boleh menitis air mataku, memang! memang tak khusyuk membaca kalam Mu itu..sebab aku RINDU mereka, Ya Allah!! Baru tadi bercakap dengan mama. n baru beberapa hari lepas call ayah dan bersembang dengan ayah.. Dan sekarang, aku menangis ingatkan mereka..

Tak dapat aku bayangkan kalau mereka tak ada dalam hidup aku. Aku tak puas berbakti pada mereka. Walaupun selama ni, lebih banyak buat mereka sedih daripada gembira.. Walaupun selama ni hanya membebankan mereka, bukan menyenangkan.. Tapi aku belum puas menatap wajah mereka, mendengar suara mereka.. Ya Allah sakitnya dada ini menahan rindu..

Dalam diri, aku berazam nak jadi anak yang baik, solehah..ak nak jadi anak yang doanya dimakbulkan ketika mereka dah tak ada di dunia ni.. aku nak jadi anak yang dapat membanggakan mereka.. aku nak jadi anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat..Aku nak jadi anak yang dapat meringankan beban mereka apabila disoal di sana kelak..

Agaknya, macam ni jugak keadaan mereka merindui aku?! Atau lebih berat?!


Ya Allah, jangan biar mereka menitis air mata kerana ku, kerana setiap titisan itu satu dosa buatku...

Ya ALLAH, peliharalah mereka seperti mana mereka dah memelihara aku sejak kecil, dan jangan Kau bebankan mereka dengan ujian yang mereka tak dapat tanggung..



No comments: