Tuesday, February 21, 2012

Dakwah dan Kita

Bismillahirrahmanirrahim..

Selepas ber'kampung' di Alum Rock Mosque, Birmingham selama 2 hari dan 2 malam, Alhamdulillah, telah tergolong dalam hamba-hamba yang telah dipilih Allah untuk menimba ilmu yang bukan semua orang boleh dapat. Membedah Risalah Hassan al Banna adalah satu pengalaman yang sangat unik kali ini, sebab risalah-risalah ini berjaya membuka mata dan minda tentang DAKWAH.

Antara input-input yang 'appealing' daripada risalah-risalah tersebut:-

  1. Dakwah tidak menerima kompromi.
  2. Orang yang terima dakwah akan hidup bersama dakwah dan dakwah akan hidup bersamanya.
  3. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab akan kehilangan ganjaran sebagai para mujahid, dan berada sebaris dalam barisan orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh.
  4. Yang mengukuhkan dakwah ialah IMAN dan UKHUWWAH.
  5. Dakwah adalah mengajak manusia ke arah ISLAM, dan mengharapkan semata-mata ganjaran REDHA dan SYURGA Allah.
  6. Dakwah tidak akan membuahkan HASIL secara serta-merta.
  7. Kita berdakwah atas perasaan SAYANG dan SIMPATI dengan keadaan masyarakat yang semakin tenat supaya kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar.


Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan satu idea :

PENDAKWAH BERMINDA KORPORAT.

Berdasarkan pemahaman peribadi (saya bukan seorang pelajar Bisnes/Keusahawanan), pendakwah berminda korporat bermaksud, ciri-ciri seorang pendakwah yang menjalankan atau memperjuangkan medan dakwah ini menggunakan asas-asas korporat sebagai medium.

Ini yang saya 'list down' semasa perbincangan kami:-

1. Modal: sebagai satu kemestian dalam memulakan perniagaan. begitu juga dengan DAKWAH, ilmu sebagai modal untuk disampaikan kepada masyarakat.

2. Strategi: bagaimana untuk menarik pelanggan, begitu juga pendekatan dakwah yang berbeza mengikut 'target group'.

3. Imej/Slogan/Matlamat: manifesto dan piagam pelanggan yang ditaburkan supaya dapat menarik para pelabur dan pelanggan untuk terus mendekati perniagaan, begitu juga dengan imej PENDAKWAH yang diketengahkan supaya dapat meyakinkan masyarakat bahawa prinsip yang dibawa bukanlah satu kefahaman yang terpesong, malah ditunjukkan kepada Islam yang sebenar.

4. Budaya kerja: bermula 8 pagi, tutup kedai 9 malam adalah salah satu budaya dalam perniagaan, di mana komitmen amat-amat diperlukan. Begitu juga DAKWAH, yang memerlukan disiplin dalam bekerja, dan budaya kerja Islam perlu diwujudkan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah secara strategik dan tersusun.

5. Mengaut keuntungan: Siapa yang tidak mahu keuntungan? Dalam DAKWAH, untung di sini adalah hanya REDHA dan SYURGA Allah. Pendakwah tidak mengharapkan keuntungan dari segi material keduniaan, nama dan pujian. Semua ini akan menjadikan kerja dakwah mereka sebagai satu yang sia-sia, dan sebenarnya mereka mengalami KERUGIAN, dan bukanlah UNTUNG.

6. Risiko /Loss: berlawanan dengan untung, persamaan antara BISNES dan DAKWAH adalah risiko seperti kerugian. Risiko ini tidak dapat dielakkan, tetapi boleh dikurangkan dengan adanya strategi dan 'backup plan'.

7. AKTIF/LELAP?: tak dinafikan, dalam perniagaan, ada ahli AKTIF, dan ada juga ahli LELAP, dimana ahli AKTIF adalah orang yang bergerak di barisan hadapan untuk melebarkan sayap perniagaan, tetapi ahli LELAP adalah ahli yang mungkin menyumbangkan modal tetapi selepas itu hanya menunggu untung/hasil tanpa melakukan apa-apa kerja di lapangan. Dalam dakwah, di manakah kedudukan kita? Ahli AKTIF, atau ahli LELAP?!


Dakwah bukan satu kerja yang mudah, ia memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan harta bagi sesiapa yang komited untuk menjalankannya. Ianya juga satu tuntutan kepada setiap manusia sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam surah Al-Haj:

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan- Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Iamenamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al- Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan" (Al-Haj: 77-78)


Sebagai penutup, mari sama-sama reflek dan muhasabah diri dengan mafhum hadis di bawah:

Muadz bin Jabal meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Tidak berganjak kaki Anak Adam pada hari Kiamat sehingga disoal kepadanya 4 perkara: 1) Tentang usianya, pada apa dihabiskan; 2)Tentang masa mudanya, dan apa yang telah diperjuangkannya; 3) Tentang hartanya, dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakan; dan 4) Tentang ilmunya, apa yang telah dibuatnya." (Riwayat At-Tirmidzi)


~WALLAHUALAM~





No comments: