Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Kami dan Nescafe

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi wasallim..
Assalamualaikum wbt semua!!!


Pagi ni bangun dan buat coffee (kalau kat umah di Malaysia, nescafe la), and actually boleh dikatakan setiap pagi (dan kadang2 petang) akan minum kopi susu.. Mungkin dah jadi habit. And abang penah cakap, dulu kalau saya kena attack lelah, mama kasi minum nescafe... Rasanya ada kawan penah cakap (medic student) yg kopi boleh melajukan denyutan jantung..kira bagus la utk asthmatic person like me..huhu..


2 3 hari ni, kopi yang dibancuh seakan2 kesukaan mama, ayah dan abang2 saya..Diorang suka yang pekat dan tak manis..Macam mama, dia suka yang sedikit pahit, baru KAW katanya..sama macam abang2..tp ayah suka yang lebih susu, so kaler nya akan sedikit pale, tp still pekat dan KAW, kata ayah....Kat rumah, kami pakai susu tepung, tp kat sini (UK) saya pakai fresh milk..


Kalau saya ada kat rumah, selalunya akan dipilih dalam ramai2 anak untuk dibancuh nescafe.. Kata abang, nescafe saya sedaaapp!! (tak tau la bodek ka apa)..Kadang2 dalam terpaksa, buat jugak la..bukan susah mana pun..malas ja yang lebih..hehe..


Kami da 7 org semuanya..tapi bila nak minum, jarang sekali akan bancuh dalam kuantiti yang banyak..selalunya akan buat dalam kole (mug yang slalu kat kedai mamak buat teh tarik 2, yg stainless steel 2, ayah yang beli)..ada 2 biji kat umah..yg  2 ja la kuantitinya



*sekadar gambar hiasan*


Kami akan share bertujuh dgn 2 kole 2..kdg2 1 kole share suma org....jarang sekali kami bancuh air dalam jag, n minum pakai cawan sndri2..kalau bancuh guna jag pun, cawan pun akan share jugak..amek la 2-3 cawan, share 2,3 orang...


Kalau dh habes first round yg dalam kole, akan dibancuh lagi, dan minum sama2, share satu kole 2 ja la..


Dah lama kami wat keja ni, dan hari ni saya terpikir, mungkin ni salah satu advantage yang tersembunyi, yang menguatkan hubungan kami dalam keluarga... 


Mungkin benda ni nampak kecik, simple, tapi kalau dipikir2kan balik, ada hikmahnya.. Kami diajar untuk tak pentingkan diri sendiri, diajar untuk sentiasa ada sikap berkongsi, baik masalah, mahupun nikmat. Mama dan ayah ajar kami jangan berkira, tambah2 dengan adik beradik sendiri..


Walaupun kami bertujuh, dan semuanya sekarang tinggal berjauhan (yang paling jauh saya la!), tapi tak pudar keceriaan dan tak goyah ikatan hubungan kami..(makin jauh makin rindu, makin kuat kasih sayang)...
Macam2 yang kami share, bila kol balik rumah, ada saja di update nya.. Even, kalau khatam Al Quran pun akan dibagitau kat mama.. Mama kalau masak apa2, akan dibagitau nya.. Ayah akan share kisah pasal kucing2nya.. Dengan Dayah akan rancak bergosip.. Abang2 dan adik jarang bersembang, lebih kepada FB.. setakat conteng kat wall, dah boleh sakan bersembang... dari satu topik ke satu topik...kdg2 sampai bergaduh2..


See, benda yang kecik, dari sekole nescafe hari2, tapi kesannya besar..dan kami x kekok untuk share walaupun di kedai makan ataupun kat mana2 ja..sebab dah terbiasa di rumah..dan habit 2 jugak kami bawak ke mana2..


InsyaAllah, semoga berkekalan hubungan kami sampai ke syurga hendaknya..


Wallahualam..



Sunday, January 8, 2012

Hari ini kami ber'circle'

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua!!! Semoga berada dalam keadaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik, InsyaAllah!!

Hari ni nak cerita pasal satu kejadian yang tak dirancang (oleh manusia), tapi Allah dah rancang tanpa pengetahuan (kami).

Mulanya, Ummi datang dengan niat nak masak-masak n makan-makan kat umah 20 (yang dhaif ni). Dia datang dengan jacket potatonya, tuna, sayur mayur, ayam (yang masih sempurna ke'frost'annya) dan macam2 lagi la.. *dah mcm dapur umah dia terbakar xleh guna pun ada..heee~*

Okay, so pagi tadi, dalam pukul 10.30 lebih kurang, dia pun mai la umah ni..Kami pun memulakan projek kami. Sambil2 makan brunch 2, tengok la TANAH KUBUR..sempat la dua episod kami tengok, sblum bersiap2 nk zohor. Alhamdulillah, kami berjemaah waktu zohor 2..

And after zohor, ajak la Ummi masak utk lunch. (Lunch ka, dh mcm minum petang pun ada jugak). Dia teringin nk makan mee hailam. So, buat la mee hailam (yang agak tak jadi). And, dia pun ajak skali housemate dia Aisyah mai makan sekali..So, kami pun makan. Sekali ngan Farah, my housemate *lupa nak mention*. Sambil2 makan, buka video ProductiveMuslim..Walaupun ketawa2, tapi insyaAllah da la ilmu yang bleh diambil dr video pendek 2..

Tepat 14.14, berkumandanglah azan Asar. Alhamdulillah, dah siap2 makan, kemas2 tmpat makan, kami pun terus siap2 nk solat jemaah lagi..

Tambah best lagi, lepas asar, kami terbuat tazkirah. Saya kongsikan salah satu hadith dalam buku yang diberi oleh ayah tersayang, 40 Hadis Penawar Hati.



Ni la circle kami..Banyak yang kami cerita, tapi hanya yang terpilih sahaja yg ditulis dalam entry ni..

*sebelum*

*abaikan background*

*selepas* :p


Lepas2 2, diorg akan sambung2, kami share2 pendapat, ataupun ilmu2 yg kami ada. Contohnya, hadith nabi.

Sebelum penutup, Aisyah da bagi 1 ANALOGI.

"Ada 2 bangunan, satu bangunan runtuh dan bangunan sebelah dia bangunan yg sempurna. Ada seorang manusia, dia bersih2kan bangunan yang runtuh 2. Esok tu, dia pegi bangunan yang cantik sebelah 2 pulak"

Soalannya, what represents the buildings?!

Jawapannya: ISLAM dan JAHILIYAH. Yang runtuh 2, ISLAM dan yang cantik itu JAHILIYAH. Keadaan umat sekarang, dia melakukan ibadah2 Islam, tapi pada masa yang sama, dia juga meng'imarah'kan ajaran2 Jahiliyah 2. Macam mana 2 eh?!


(tak pandai lukis) *anggaplah rumah kayu sebelah kiri 2 bangunan yang runtuh 2 ek?!

Satu analogi yang berjaya membuatkan kami terfikir dan termenung sebentar. Realiti Umat Hari Ini!!

Wallahualam

Sunday, January 1, 2012

Sekali lagi, sejarah berulang!

JUMS 2011 "LET'S FILL AND FEEL!!"


Bukan fans MU rasanya ni?!



Kami makan bersama






Apa yang penting?! KERJASAMA!!


Kami main hujan bersama!


Kami perah otak bersama!


Kami ambil gambar sama-sama!!



Senyuman kami semuanya sama!


Kami tetap bersama, InsyaAllah!!!




Friday, December 30, 2011

post-JUMS 2011

Bismillahirrahmanirrahnim

(pasni nak biasakan la mula kalam dgn basmalah) *take note adak!*

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa di bawah naungan rahmat dan perlindungan Allah.

Hari ni dah 30 Disember. Tak ada significance apa2. Satu tarikh dan hari yang biasa2 saja. Cuma hari ni nak wat reflection sket pasal JUMS 2011.

Alhamdulillah, dah selesai berJUMS di Lake District. (23-26 Disember 2011)

Perasaan?

Sangat2 enjoy being there and rindu membuak2 menantikan masa bertemu dengan akhawat lagi.

Inilah yang dinamakan ukhuwah, bila mana hati-hati ini telah diikat, disimpul dengan satu ikatan yang berlandaskan kepada aqidah yang sama. Senda gurau tak boleh dipisahkan, tapi pada masa yang sama, nasihat, kata-kata semangat dan teguran juga diselitkan untuk sentiasa 'aware' dengan kestabilan iman.

Tema?

Lets fill and feel.

Diberi analogi cawan yang kosong, apabila diisi dgn air sehingga penuh, tambahan pula diminum ketika kehausan, sudah tentu nikmatnya itu terasa. Jika nak dibandingkan dengan keadaan yang ketiadaan air ataupun cawan diisi hanya separuh, mungkin kurang rasa nikmat untuk menghilangkan dahaga. Begitulah fitrah manusia yang beriman, di mana dia akan sentiasa mencari, memenuhkan ilmu dan menikmati ilmu dengan cara mengamalkannya. Kadang-kadang ilmu yang banyak itu masih tidak cukup. Pernahkan orang cakap, semakin banyak kita belajar, semakin kita rasa kita tak tahu apa2. Allah berfirman dalam sura Az Zumar (39:9), mafhumnya:

"Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

Pengisian?

Tahun ni, JUMS fokus kepada 10 muwassafat tarbiyah. Tau x apa itu?

Haaaa...ni la 10 muwassafat tarbiyah tu. Banyak aktiviti yang based in these values. Kami buat persembahan, explorace, debat dan macam2 lagi la..semuanya berdasarkan sifat2 ini. Motifnya, mungkin untuk refresh 10 sifat, yang selalu kita dengar dalam talk atau tazkirah, tapi maybe jarang kita amalkan. Nampak simple, nampak bosan, tapi tidak! 10 sifat ini yang membuka mata saya (dan mungkin para peserta yg lain) tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri..[ooo..banyak lagi nak kena improve ni]

lagi pengisian?

Ustaz Abdul Halim Abdullah dijemput khas untuk memberikan talk tentang 'CHEESE'




1. Who moved my cheese?

2. Smell your cheese.

3. Master your cheese

4. Cheesecakes

Cheese di sini bermaksud 'ISLAM', 'AKIDAH'. Talk yang diberikan berkenaan dgn masalah dan isu semasa umat Islam, di mana Islam yang ada pada nama, bukan amalan. Kenapa begitu? Sebabnya ialah, Islam sekarang telah diselitkan dengan anasir jahiliyah. So, talk ni sangat sangat sangat best, yang membincangkan tentang keseluruhan isu daripada punca kepada cara mengatasi.

luar JUMS?

Kami da membincangkan tentang Dakwah Fardiyah. Memang diakui, tajuk ni agak berat, tapi dia akan jadi senang kalau tidak dirigidkan kepada satu cara sahaja. Bila bercakap tentang dakwah, mindset akan mengatakan 'Ajak orang buat baik', buat tazkirah, ceramah sana sini. Tapi bagi saya, dakwah juga boleh berlaku jika nilai-nilai mahmudah ditunjukkan dari segi keperibadian (secara slow). Dalam konteks pelajar, yang ilmu tidak seberapa, dakwah masih boleh dilaksanakan, asalkan kita KREATIF!! Macam-macam cara. Asalkan tidak bertentangan dengan syarak dan syariat.





Terkesan dengan ungkapan Saidina Umar al-Khattab:

"Jika aku tidur siang, maka aku mengabaikan manusia. Jika aku tidur malam, maka aku mengabaikan diriku"


Tersiratnya: kita kena keluar dari comfort zone dan mula menggarap langkah dan memikirkan cara untuk mula berdakwah.



post-JUMS?

---> rindu membuak-buak.

---> try nak improve yang mana kurang (cthnya: nak baikkan hubungan dengan Allah dan manusia, nak kurangkan masa lagha dan macam-macam lagi)

*minta Allah permudahkan segala urusan dan istiqamah*

---> Sgt tak sabar tunggu JUMS taun depan, insyaAllah..




p/s: montaj penutup JUMS 2011..LAYANNNNNN~

SILA KLIK SINI