Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Kita, Iblis dan sejadah

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma Solli ala Muhammad, wa ala alihi wasohbihi ajma'in..

Assalamualaikum, semoga semuanya dikurniakan kesihatan dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Nya, insyaAllah..

Terbaca satu artikel tulisan seorang hamba Allah warga Indonesia, tentang dialog Pak Kiai dengan Iblis.

*boleh klik di sini*

Tetiba teringat juga pengalaman ataupun realiti yang hampir sama berlaku, di Malaysia.

Pernah tak kita pergi berjemaah di masjid atau surau, dan ada jemaah wanita yang membentangkan sejadah masing-masing, dan tak mahu berginjak sedikit pun dari sejadah mereka, walhal kita diwajibkan untuk merapatkan saf-saf ketika solat?

Pernah berlaku kepada diri sendiri dan mungkin anda juga. Realiti ini selalunya berlaku dalam kalangan jemaah wanita, yang mana akan membawa telekung dan sejadah sendiri. *Mungkin berlaku dalam kalangan jemaah lelaki, wallahualam sebab tak pernah menjenguk ke luar saf lelaki*

Minta maaf ya wahai saudara wanita ku, bukan mahu menuding jari. Tapi ini salah satu realiti yang berlaku. Diri ini juga tak terlepas daripada membuat kesalahan yang sama, jujur.

Mari kita fikirkan...

Kenapa ya, tak boleh berjauhan daripada sejadah sendiri?
Kenapa ya, perlu solat di sejadah sendiri, dan tidak mahu rapatkan saf, bimbang tidak 'centre' kah sujud nanti?

Semakin lebar sejadah, semakin jauh la jurang antara saf. Semakin banyak jugak iblis-iblis yang 'masuk saf' tersebut.

Wallahualam.

Wednesday, August 8, 2012

Tergesa, menggesa atau digesa?!

Bismillahhirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa'ala Alihi Wasohbihi Wasallim..

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadhan, Salam Barakah untuk semua!

Hari ni 19 Ramadhan 1433. Bagaimana puasa semua? InsyaAllah semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas dan semoga kita dapat menempuh baki fasa ke 2 nanti, InsyaAllah..

Hidup di UK tak sama dengan hidup di Malaysia. Di UK, antara habit orang-orang sini adalah jalan LAJU.



Laju dia memang laju habis. Mungkin boleh nak bayangkan kalau kita dah lambat ke kelas, macam mana kita berjalan, haa..macam tu la orang sini berjalan. Padahal rasanya diorang on time kot, punctual. Orang Malaysia yang renek, comel-comel ni memang kalah la, tak terkejar. Rasanya kena berlari kot kalau nak berjalan saing dengan diorang...

Tapi, rasanya ni fitrah, yang Allah dah berfirman dalam surah Al-Anbiya' (37):


Mafhum bagi separuh ayat yang awal:
Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa...

Abaikan kisah di UK, cuba reflek diri...

Adakah kita juga tergolong dalam orang yang laju (tergesa-gesa)?

Tergesa-gesa yang bagaimana?

Tergesa-gesa keluar dari kelas untuk menunaikan solat yang baru masuk waktunya?
Tergesa-gesa mengejar bas untuk cepat sampai di rumah, supaya dapat solat di awal waktu?
Tergesa-gesa menunaikan solat atas sebab yang remeh, contohnya menonton TV?

Senaraikan sahaja sifat tergesa-gesa kita, dan kira, adakah yang positif lebih ataupun sebaliknya?

Sambungan mafhum ayat di atas ialah ...Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) Ku, Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya.

Allah bagi warning, jangan KALUT, jangan TERGESA-GESA. 
Kalau disorotkan lagi ayat selebihnya, Allah bagi warning bagi mereka yang bertanyakan tentang Hari Kiamat.

Tapi, mungkin boleh jugak untuk kita faham, Allah suruh kita bersabar. 

"Aku dah solat 5 waktu sehari, tunggang terbalik sehari semalam, tapi xdapat jugak. Doa tu tak payah cakap la"
Dialog ni kadang-kadang laju ditutur, mengeluh, suarakan ketidakpuasan hati atas 'reward' yang tak 'balik modal'. Mulalah mengungkit segala usaha yang dah dibuat, yang akhirnya sia-sia atas sebab keluhan itu.

Di sini maksudnya, kita menggesa Allah supaya tunjukkan/berikan balasan.

Pernah kan kita jadi macam ni? Diri ini juga tak lepas daripada situasi ini. Selalu. Banyak kali...

Allahuakbar. Benar lah, manusia ini sifatnya tergesa-gesa. Hari ini buat, esok nak dapat hasil dah. Kalau hari ni buat hari dapat lagi bagus..Bonus..

Hellooo! Tanam pokok taugeh hari ini pun, esok belum tentu bercambah tau. Ini pulak nak reward yang bukan calang-calang. Ingat! Dalam separuh ayat yang kedua tu, Allah dah janji, 'akan Aku perlihatkan kekuasaanKu'. Isunya sekarang adalah LAMBAT atau CEPAT saja. Sebab, Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Tak perlu tergesa-gesa dengan reward, kalau ibadah yang dibuat pun tak ikhlas, hanya harapkan balasan. 

Wallahualam.

Selamat Berpuasa!


Sunday, July 22, 2012

#Diari Ramadhan: My First Ramadhan in UK

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, WaAla Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim

Assalamualaikum! Ramadhan Kareem semua!
Alhamdulillah, dah lepas sehari puasa!!!

Hari pertama Ramadhan disambut di Land's End. What a great experience, with a great sunshine!

Perjalanan pergi balik yang memakan masa lebih dari 6 jam (train+bus) membuktikan yang puasa bukanlah satu alasan untuk tidak beraktiviti dan bermalas-malasan di atas katil...:p

Jaulah kami (Saya, Amrina dan Hana) ada beberapa fasa *rasanya la kan*

Fasa 1:
Malam sebelumnya, kami bertilawah selepas solat maghrib berjemaah. Masing-masing membaca dengan penuh khusyuk (sementara nak tunggu Isyak). Dan selepas menghabiskan ayat yang terakhir, tergerak hati untuk memulakan sedikit pengisian dengan mengajak Amrina dan Hana berkongsi satu ayat daripada keseluruhan bacaan mereka...

1: Ali Imran:92
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

2: Ar-Ra'd :33
"Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya."

3: An Nahl: 97
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."

Dari satu topik ke satu topik kami berbincang...Berbincang tentang kekuasaan Allah, Hidayah, nikmat iman dan macam-macam lagi. Kami stop selepas lebih kurang setengah jam mengisi jiwa dan iman yang sukar untuk diduga tahap kekuatannya ini. Alhamdulillah, tak lama kami berbincang, tapi isinya ada, kualitinya mantap hasil daripada percakapan dan perbualan santai ini..

Fasa 2:
Tanggal 20 Julai 2012, pukul 9.21 pg (GMT: UK/EIRE), bermulalah perjalanan kami ke Land's End. Sepanjang-panjang perjalanan, kami TIDUR!!! MasyaAllah, apa nak jadi?! Mungkin masing-masing nak qada' balik tidur yang tak brapa nak cukup malam td kot?! *hurm*


Tapi terjaga dalam setengah jam sebelum sampai dan saya sempat bersembang dengan seorang makcik di sebelah..
Makcik Ann (*bukan nama sebenar, memang reka pun sebab xtanya nama pun..hehe), baru pencen, n nak pegi berjalan2 kat St Ives *boleh google kalau nak tengok keindahan ciptaan Allah*.

Dialog kami lebih kurang camni la *maaf kalau ayat skema, sbb dah lupa ayat sebenar*

Makcik (M): Do you know how many stops to St Erth? I need to get off to St Ives.
Adak (A): Hurmm...Sorry, I'm not sure. Owh..you're going to St Ives? I went there last week, with my friends.
(M): Really? It is nice, right? You walked along the coast, did you?
(A): Yes..It was very sunny. It's beautiful.
(M): Yeah!! Now I am retired, so I can go around and have a walk.

*dialog yang tak berapa penting berlaku dalam beberapa minit*

(M): You're wearing this *sambil menunjuk ke kepalanya-buat bahasa isyarat* (scarf aka tudung), what is your religion?
(A): Owh..I am a Muslim.
(M): Owh..I am interested to see you wearing like this.
(A): Hurm...*senyap seketika* And you know what, today is our first day fasting. *dengan penuh bangga*

(M): Owh..it's Ramadhan, isnt it?
(A): Yeah!
(M): How long do you fast?
(A): A month, and the duration is about from 3.30 am to 9.30 pm. But we did eat early in the morning and we will break our fast late in the evening..
(M): Okay..Seems like you are well-behaved in this country. In Britain, there are people who are not behaved, they drink and all. I hope I can see they change, behave and have some values.
(A): Heee~ (bangga habessssss)

*dialog yang tak berapa penting lagiiiii*

Fasa 3: 
Selepas 2 jam dan beberapa minit perjalanan by train, akhirnya kami sampai di Penzance, stesen terakhir! Dan dari situ, kami amek bas First Bus (1A), ke Land's End. Perjalanan by bus memakan masa lebih kurang 1 jam lagi..Fuhhhh!!!

Tapi!!! It was worth it! 1 jam atas bus, double decker dengan bumbung-less, kami dapat menikmati pemandangan yang..SubhanaAllah...tak tergambar kecantikannya. Melalui country-side, menghirup udara segar yang jauh dari city membuatkan seperti tak perlu memikirkan apa2 masalah. Tenang.






Sampai di Land's End, tak terhingga perasaan gembira kami melihat keindahan alam Allah yang terbentang luas, langit yang biru, kepulan awan yang memutih dan deruan ombak yang pecah apabila menyapa batu menambah sentimental ke dalam perasaan kami.




(tenang x???)


Bak kata Hana: "Tengok alam sudah cukup untuk menjadikan hati tenang", dan saya menambah " Betul, kalau orang cakap muzik, konsert boleh tenangkan fikiran yang kusut, tapi kalau datang tengok alam [free of charge] ni lagi tenang". Amrina soal "Kat mana tenangnya tengok konsert 2?????" *jawapan fikir2 sendiri la yee*

Kami solat di sana, di celah2 kereta yang parking..*pengalaman baru lagi* Walaupun dah berusaha untuk sorokkan diri,daripada dilihat orang tertonggeng2, tapi tetap tak berjaya...xapa la..selagi mana tak ada orang kacau, ok la 2...

Dah penat berjalan, explore macam2 di sana, kami duduk2 santai di tepi cliffs. Ambil2 gambar dan sambil2 tu, I started the ball rolling *pengisian*, dengan bertanyakan "Ada sapa2 nak share? Bagi pengisian ka apa ka??"

Hana started, dia cakap, kalau ikutkan ada Dover apa ntah namanya *granite cliffs carved out by the waves*. Nak membuktikan yang batu pun, kalau dah asyik kena air ja, lama2 berlekuk jugak. Maksudnya, apa2 yang kita buat, kalau pada awalnya terpaksa, tapi kalau dah dibiasakan, dia akan jadi senang. Sebati dengan diri.

Amrina tambah: And teori 2 jugak boleh guna untuk istiqamah. Macam mana ombak 2 continuously pukul batu 2, lama2 batu 2 pun akan terbiasa dan berubah. Sama la dengan ibadah/amalan kita, jangan berhenti untuk istiqamah, sebab istiqamah 2 penting, untuk kita cuba ubah diri ke arah yang lebih baik, InsyaAllah...


MasyaALLAH, ni la hikmahnya Allah suruh tengok2 alam. Daripada alam, kita boleh dapat ilmu dan upgrade jiwa. Banyak ibrah yang boleh kita kutip, kita kagumi dengan keindahan, kita akui kekuasaan Allah. Allah dah pesan:

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman 31:18)

sebab orang yang sombong selalunya dia akan rasa dirinya hebat dan tak akan mengakui kelebihan orang lain..Nauzubillah, mintak dijauhkan...

N Allah jugak pesan yang "Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).(Al Mulk : 15)

Fasa 4:
Pukul 5.35 kami amek bas untuk ke train station untuk terus pulang ke gagang (Plymouth). Alhamdulillah, segala perjalanan dipermudahkan, dan yang bestnya, it was the first day fasting and tak rasa lapar sangat, penat 2 ada la..Alhamdulillah..

Wallahualam

Friday, July 6, 2012

Al Quran...

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala alihi wasohbihi wasallim..


Assalamualaikum semua!! Lama tak update kan? lebih kurang 2 bulan..fuh..asif!! Busy sket bila nk tutup term ni, nk kna settle mcm2 benda..tak kurang jugak pegi berjalan2 tengok dunia..


Hari ni nak bercakap pasal Al Quran. Apa itu Al Quran??


Kalau nak diikutkan sepanjang ingatan saya, yang hafal apa itu Al Quran masa Form 5 dulu, matapelajaran Pendidikan Al Quran dan Sunnah-


 Al Quran adalah Kalam Allah, yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w., dalam Bahasa Arab, secara berperingkat (mutawatir), bermula daripada surah Al Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas, dan membacanya adalah satu ibadah. (betulkan kalau saya salah)


Al Quran sepatutnya jadi the main reading resource kita hari-hari, biarlah hanya separuh muka setiap hari. Janji kita tak tinggal terus. Mama selalu pesan, lepas maghrib bacalah Al Quran, habes malas pun baca Yasin. Mama cakap lagi, kalau masa siang dah penat main, penat keja, tak buat apa2, tapi biarlah lepas maghrib 2 amek masa sikit baca Al Quran. Alhamdulillah, pesan mama masih diikut (walaupun kadang2 tertuang jugak..=.=')


Kadang2 bila dah lalai, tak baca Al Quran 2, boleh ingatkan diri, bahawa Al Quran akan jadi salah satu saksi kita di akhirat nanti. Sebab masa kat akhirat, dah xdak sapa2 boleh tolong, dan salah satu pemberi syafaat adalah Al Quran. So, bacalah dengan berhukum dan kalau boleh pahamkan maksud agar amalan ni jadi pembela kita di sana kelak, InsyaAllah..


Banyak lagi manfaat Al Quran ni. Banyak jugak disebut dalam Al Quran itu sendiri..Selak dan teliti, semua berbentuk peringatan dan nasihat untuk kita manusia yang sentiasa lalai.. Allah turunkan dalam bentuk kisah-kisah nabi dan umat terdahulu untuk kita ambil iktibar dan sebagai amaran untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang dilarang. Ilmu-ilmu juga tidak kurang hebatnya diceritakan dalam sebuah BUKU SUCI ini, mengalahkan fakta-fakta sains dan penemuan manusia yang dibangga2kan, padahal terlebih dahulu disebut dalam Al Quran. 


Berbanggalah wahai umat Islam, dengan sebuah buku yang memuatkan 114 surah, lengkap diturunkan oleh Allah dengan semua benda yang diperlukan oleh kita. 






Dan ingatlah, Al Quran akan dan sentiasa jadi peneman kita di 3 alam: Dunia, Kubur dan Akhirat..


p/s: Doa selepas membaca Al Quran:
Ya Allah, rahmati kami dengan Al-Quran, jadikan ia imam kami dan cahaya, petunjuk dan rahmah. Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarkan apa yang kami jahil. Kurniakan kami membaca sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikan ia perisai kami. Wahai Tuhan seluruh alam.




Wallahualam.

Tuesday, February 21, 2012

Dakwah dan Kita

Bismillahirrahmanirrahim..

Selepas ber'kampung' di Alum Rock Mosque, Birmingham selama 2 hari dan 2 malam, Alhamdulillah, telah tergolong dalam hamba-hamba yang telah dipilih Allah untuk menimba ilmu yang bukan semua orang boleh dapat. Membedah Risalah Hassan al Banna adalah satu pengalaman yang sangat unik kali ini, sebab risalah-risalah ini berjaya membuka mata dan minda tentang DAKWAH.

Antara input-input yang 'appealing' daripada risalah-risalah tersebut:-

  1. Dakwah tidak menerima kompromi.
  2. Orang yang terima dakwah akan hidup bersama dakwah dan dakwah akan hidup bersamanya.
  3. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab akan kehilangan ganjaran sebagai para mujahid, dan berada sebaris dalam barisan orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh.
  4. Yang mengukuhkan dakwah ialah IMAN dan UKHUWWAH.
  5. Dakwah adalah mengajak manusia ke arah ISLAM, dan mengharapkan semata-mata ganjaran REDHA dan SYURGA Allah.
  6. Dakwah tidak akan membuahkan HASIL secara serta-merta.
  7. Kita berdakwah atas perasaan SAYANG dan SIMPATI dengan keadaan masyarakat yang semakin tenat supaya kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar.


Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan satu idea :

PENDAKWAH BERMINDA KORPORAT.

Berdasarkan pemahaman peribadi (saya bukan seorang pelajar Bisnes/Keusahawanan), pendakwah berminda korporat bermaksud, ciri-ciri seorang pendakwah yang menjalankan atau memperjuangkan medan dakwah ini menggunakan asas-asas korporat sebagai medium.

Ini yang saya 'list down' semasa perbincangan kami:-

1. Modal: sebagai satu kemestian dalam memulakan perniagaan. begitu juga dengan DAKWAH, ilmu sebagai modal untuk disampaikan kepada masyarakat.

2. Strategi: bagaimana untuk menarik pelanggan, begitu juga pendekatan dakwah yang berbeza mengikut 'target group'.

3. Imej/Slogan/Matlamat: manifesto dan piagam pelanggan yang ditaburkan supaya dapat menarik para pelabur dan pelanggan untuk terus mendekati perniagaan, begitu juga dengan imej PENDAKWAH yang diketengahkan supaya dapat meyakinkan masyarakat bahawa prinsip yang dibawa bukanlah satu kefahaman yang terpesong, malah ditunjukkan kepada Islam yang sebenar.

4. Budaya kerja: bermula 8 pagi, tutup kedai 9 malam adalah salah satu budaya dalam perniagaan, di mana komitmen amat-amat diperlukan. Begitu juga DAKWAH, yang memerlukan disiplin dalam bekerja, dan budaya kerja Islam perlu diwujudkan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah secara strategik dan tersusun.

5. Mengaut keuntungan: Siapa yang tidak mahu keuntungan? Dalam DAKWAH, untung di sini adalah hanya REDHA dan SYURGA Allah. Pendakwah tidak mengharapkan keuntungan dari segi material keduniaan, nama dan pujian. Semua ini akan menjadikan kerja dakwah mereka sebagai satu yang sia-sia, dan sebenarnya mereka mengalami KERUGIAN, dan bukanlah UNTUNG.

6. Risiko /Loss: berlawanan dengan untung, persamaan antara BISNES dan DAKWAH adalah risiko seperti kerugian. Risiko ini tidak dapat dielakkan, tetapi boleh dikurangkan dengan adanya strategi dan 'backup plan'.

7. AKTIF/LELAP?: tak dinafikan, dalam perniagaan, ada ahli AKTIF, dan ada juga ahli LELAP, dimana ahli AKTIF adalah orang yang bergerak di barisan hadapan untuk melebarkan sayap perniagaan, tetapi ahli LELAP adalah ahli yang mungkin menyumbangkan modal tetapi selepas itu hanya menunggu untung/hasil tanpa melakukan apa-apa kerja di lapangan. Dalam dakwah, di manakah kedudukan kita? Ahli AKTIF, atau ahli LELAP?!


Dakwah bukan satu kerja yang mudah, ia memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan harta bagi sesiapa yang komited untuk menjalankannya. Ianya juga satu tuntutan kepada setiap manusia sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam surah Al-Haj:

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan- Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Iamenamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al- Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan" (Al-Haj: 77-78)


Sebagai penutup, mari sama-sama reflek dan muhasabah diri dengan mafhum hadis di bawah:

Muadz bin Jabal meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Tidak berganjak kaki Anak Adam pada hari Kiamat sehingga disoal kepadanya 4 perkara: 1) Tentang usianya, pada apa dihabiskan; 2)Tentang masa mudanya, dan apa yang telah diperjuangkannya; 3) Tentang hartanya, dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakan; dan 4) Tentang ilmunya, apa yang telah dibuatnya." (Riwayat At-Tirmidzi)


~WALLAHUALAM~