Wednesday, January 25, 2012

Kursus Pra-Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar semua?! Semoga sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah..

Dah lama x dak entry kan?! Sorry la..busy dengan assignments and project suma..Ni pun curi masa sekejap dari buat assignment 2000 words *huhu* (release tension la konon)

Kali ni nak bercakap pasal Kursus Pra Perkahwinan yang BERJAYA dilaksanakan minggu lepas.. Sabtu dan Ahad (21-22 Januari 2012)...Alhamdulillah..

Tak mau bincang secara detail, cuma nak bagi mcm reflection la.. (penangan terlalu banyak assignments yang dah dibuat).

1. Skop perbincangan dalam Kursus Pra Perkahwinan bukan hanya tertumpu kepada bagaimana nak menjalani hidup selepas berkahwin, tetapi ianya melibatkan keseluruhan syariat. Kursus ni starting dia dengan menerangkan tentang IMAN, ISLAM dan IHSAN.. iaitu tentang asas-asas aqidah dan Islam. So, sila ubah mind set ye..Dia merangkumi semuanya, akhlak, ibadah, muamalah..macam2 lagi..

2. Kahwin bukan satu benda yang mudah, tapi kesusahannya itu yang membawa kepada kemanisan dan barakah. Kahwin ni banyak prosedur, secara sivil mahupun secara syariat. Nak kena daftar la, isi borang macam2..syariat pun sama, ada akad nikah, walimah semua 2..kalau tengok skali lalu, ya Allah, susah rupanya nak kahwin ni. Tapi, kalau niat dilandaskan atas meneruskan sunnah Nabi dan menghalalkan apa yang haram, InsyaAllah kemanisan nya datang selepas itu..

3. Lepas pegi kursus ni, baru la sedar diri yang banyak lagi nak kena improve, nak kena belajar. Contohnya, penah dengar kan, nak ikat suami, kena ikat perut dia dulu.. So, ustaz bg tips la, yang isteri kena la pandai masak..takkan nak bagi suami dok makan luar ja. xpun bibik yang masak. Benda ni jugak mama ngan ayah penah cakap dulu, kalau asyik makan bibik masak, jgn terkejut kalau laki 2 berkenan n kawen gn bibik 2.. sbb dah jatuh sayang ngan masakan bibik (ngan tuan masakan sekali)!!! *peringatan*

Lagi benda nak kena improve adalah tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa. Sementara bujang ni la nk berbakti spenunya kat mak ayah. Sebab nnt kalau dh bersuami, keutamaan diberi selepas Allah dan Rasul adalah kepada suaminya..huhu..So, kalau nk manja2 gn mama n ayah, time bujang ni la..takot pas kawen xdak can dah..


So, yang ni ja kot yang boleh dishare setakat ni. Memang tak banyak, tapi lebih baik kalau kita dapat amalkan apa yang sedikit ni daripada ada banyak, tapi xtak terbuat semuanya. InsyaAllah..



No comments: