Saturday, December 29, 2012

Epilog diri_1


Adat pertemuan, pasti disusuli dengan perpisahan. Di atas peta dunia, jasad kami terpisah. Di penghujung tahun 2012, sekali lagi bumi Edinburgh menjadi saksi pertemuan kami. Kesejukan bayu musim sejuk dihangatkan dengan pelukan rindu dan dakapan sayang atas nama Allah dan ukhuwwah yang terjalin.

Selepas 3 hari 2 malam berhimpun, melalui suka duka bersama, meredah hujan dan cuaca dingin bersama, tidak sah jika perpisahan ini disulami dengan 'drama air mata'. Tak puas rasanya menatap wajah bersih mereka, masih terngiang kata-kata semangat dan nasihat mereka. JUMS kali ketiga, juga mungkin yang terakhir buatku yang bakal pulang ke Malaysia Jun 2013, InsyaAllah, akan kurindui saat-saat manis kita semua. JUMS sentiasa di hati. Memori aku bersama mereka diukir buat pertama kalinya dengan JUMS. JUMS menjadi asbab aku merindui mereka. JUMS juga menjadi asbab untuk berjumpa dan berkumpul dengan mereka.

Allah, aku rindu!

Jika tak berkesempatan untuk bertemu di atas dunia, Kau temukanlah kami di Akhirat kelak..amin.

................................................................................................................

Hati berbaur..perasaan bercampur aduk terkenangkan sisa sisa waktu keberadaan di tanah Inggeris ini.. Hati melonjak suka apabila teringatkan kampung halaman, tak sabar rasanya nak capai kedua-tangan ayah mama, cium tangan pipi mereka, dan berada dalam dakapan mereka selepas 2 tahun tak bersua dan menjejak kaki ke Malaysia. Tapi, dalam pada masa yg sama, nun jauh di sudut hati kecil ini, aku pasti merindui bumi Eropah dan seisinya. suasana tarbiyyah yang aku dapat di sini..pasti aku rindu...

 Bermula perkenalan yang singkat di Malaysia, selepas lebih kurang 7 tahun tak berjumpa, aku diajak menyertai JUMS pada tahun pertama ak di UK..(anda tahu siapa anda), perkenalan sebagai kawan sekolah rendah mmbuahkan bibit-bibit cinta dan rindu setiap kali berjauhan..JUMS yang pertama berjaya mmbuka mata dan minda, dan yang paling penting, membuka hatiku yang sememangnya penuh titik hitam ini untuk terus melangkah ke hadapan , mencari makna diri ini dan erti kehidupan yg sebenar...terima kasih kakak..

Tahun pertama di UK sangat bermakna buatku. Membina tali ukhuwah antara akhawat yang tak pernah bersua muka adalah detik yang sangat gembira. JUMS sebagai satu titik bermulanya ukhuwah kami. JUMS juga adalah titik bermulanya perjalanan dan langkah pentarbiyahan aku di bumi permaisuri ini. Melalui JUMS juga aku belajar bagaimana bekerja dalam organisasi Islamik dengan strategi dan penuh hikmah. Yang paling penting, aku belajar dari mereka bagaimana untuk mencurahkan bakti dan tenaga dalam organisasi, tetapi pada masa yang sama, tidak mengabaikan fokus utama dihantar ke UK iaitu belajar. Ramai dan majoriti mereka adalah dari golongan bakal professional seperti doktor, jurutera dan ahli farmasi. Aku kagum dengan budaya kerja mereka, kesanggupan menginfakkan tenaga bukan dari segi fizikal malah mereka tak pernah berkira dari segi wang ringgit. Salah satu kesedaran dan azam yang aku ambil daripada sikap murni mereka adalah ‘Biarlah elaun yang ada dibelanjakan dengan membeli tiket ke program daripada dihabiskan dengan ‘shopping’ dan perkara lagha’.

JUMS adalah yang pertama, tapi bukanlah yang terakhir. Pentarbiyahan aku tak berakhir di sini. Walaupun selama hampir 2 tahun aku ‘berseorangan’ di tanah yang paling hujung di selatan UK, dan selama itu  juga aku memendam rasa sepi dan sunyi. Aku cemburu dengan akhawat lain yang ramai di lokaliti lain. Tetapi Alhamdulillah, Allah tahu sepi aku. Dia rancangkan yang terbaik, Dia yang campakkan kesempatan dan peluang kepada kami untuk berjumpa sekurang-kurangnya 2 bulan sekali di program-program anjuran ISMA dan juga organisasi lain. Wang ringgit dan kesempitan waktu bukanlah penghalang kami untuk bertemu menghilangkan rasa rindu di hati. Setiap pertemuan kami dibasahi dengan kata-kata semangat, tak kurang juga dengan air mata. Itu satu kemestian. Pelukan akan diiringan dengan air mata ukhuwwah. Sempit rasanya dada untuk melepaskan pelukan dan pandangan mata dari mereka. Allah saja yang tahu perasaan kami.



2 comments:

alzyemah said...

moga adaq terus istiqamah dalam jalan ini!

ramai juge yang akan BFG tahun ni..

kak ngah said...

huhu..nak nangis baca.. akan rasa makin sunyilah lps jun nanti.. T_T