Monday, February 25, 2013

Rehat dengan Solat

Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)

Sebelum ni selalu terfikir, macam mana rehat dengan solat, sedangkan solat tu kan bergerak? Selama ni, rehat hanya difahami dengan "tak buat apa-apa, tidur, buka FB dll". Solat dilakukan atas definisi ketetapan dan hak syariat Islam, yang perlu dan selalunya 'terpaksa' buat. Tak dikira lagi dengan solat malam; yang semestinya bukan satu kerehatan buat diri yang mementingkan tidur yang cukup.

Rupa-rupanya, solat bukan setakat itu. Kalau solat dianggap pergerakan yang bukan satu kerehatan, kita (dan saya) silap! Jika solat itu dibuat sekadar memenuhi syariat dan terpaksa, kita juga silap! Dan jika kita fikir kita tak boleh berehat dengan solat, kita masih silap!

Hari ini, selepas solat asar (GMT UK/IRE), baru terfikir. Solat akan jadi satu kerehatan bagi orang yang "memutuskan" sekejap pertalian silaturrahim minda dan hatinya daripada ukhuwwah keduniaan. Nikmat kerehatan yang tak terhingga jika kita merancang urusan dunia dalam lingkungan waktu solat, bukan sebaliknya.

Contohnya, belajar dari pukul 10-11.30 pagi, rehat sekejap untuk solat dhuha, sambung belajar, berhenti solat zohor.

Tetapi, apa yang kebiasaan berlaku adalah (terutamanya semasa keluar shopping @ berjalan): Shopping dulu, atau berjalan dulu, nanti berhenti kat mana-mana boleh solat. Kita memasukkan ibadah solat dalam jadual urusan dunia.

Itu silap!

Akhirnya, akan berlakulah situasi dimana kita akan melewat-lewatkan solat, kerana tindakan ini menunjukkan kita meremehkan ibadah solat dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang akan bertukar menjadi rutin jika dibiasakan.

Solat sepatutnya menjadi item yang utama dalam jadual seharian sebagai "waktu rehat" kita.



Jom, masih ada masa dan ruang untuk perbaiki diri sendiri insyaAllah...

No comments: