Monday, November 5, 2012

Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_1

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in...

Assalamualaikum wbt. Semoga berada di bawah lindungan rahmat dan HidayahNya, insyaAllah...

Alhamdulillah, jaulah ke bumi anbiya' telah berakhir. Jazakumullah kepada semua sahabat yang bersusah payah melayan tetamu yang banyak kerenah dan ragam ni.

Sebelum menjejak kaki ke bumi anbiya', kisah tentang keadaan di sana telah aku ketahui melalui media dan cakap-cakap orang. Kotor dan kasar adalah 2 kata nama yang sering diperkatakan untuk menggambarkan keadaan orang dan tempat di sana. Tak tergambar diriku bagaimana realiti yang sebenar. Aku menggambarkan keadaan di Arab Saudi, sewaktu aku dan keluarga pergi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010.

Selepas lebih kurang 5 jam penerbangan, kami sampai di Cairo International Airport. Disambut oleh sahabat baru, seperti sudah lama kenal. Subhanallah, indahnya ukhuwah yang bersulamkan iman dan taqwa.

Seawal 4.15 pagi kami sampai, seusai solat Subuh terus menuju ke 'rumah penginapan' yang pertama di Abbasiyyah. Jalan lengang, mungkin kerana masih dalam mood bercuti hari raya Aidil Adha. Melewati lorong-lorong kecil, sudah kelihatan rupa sebenar Mesir. Bukan mengutuk, tetapi ini realiti. Kotor dengan sampah sarap yang hanya dibuang di depan rumah dan kedai, dan lalat mula menghurung. Sedih, perasaanku sedih. Kecewa juga dengan sikap saudara seagama yang mungkin bukan semua, tetapi kebanyakannya yang alpa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan seorang manusia.

Apabila ditanya seorang akhawat, 'Berdebu tak datang Mesir?' 'Biasala tu, jawab aku sambil tersenyum. Jauh di lubuk hati, bukan debu yang menjadi masalah, debu itu asalnya dari pasir-pasir, yang memang sudah sebati dengan negara Arab yang mempunyai padang pasir. Tetapi sampah yang menyakitkan mata dan hati yang membuatkan aku kehilangan kata dan senyum sepanjang melalui jalan-jalan di sana.

Mereka juga berkata, di Mesir, budaya mereka mengadakan korban adalah di atas jalan raya, di depan rumah, malah ada haiwan yang disembelih di dalam rumah. MasyaAllah, lagi satu fakta yang cukup membuatkan aku terkejut sekali lagi. Dengan keadaan yang tiada sistem perparitan atas sebab tiada hujan, ini menjadikan keadaan lebih tercemar dengan darah haiwan tersebut.

Tetapi, Alhamdulillah, setiap yang dijadikan Allah itu tidaklah sia-sia. Dengan kelebihan pasir yang wujud di Mesir, itu yang membuatkan darah tidak mengalir begitu jauh yang boleh membuatkan seluruh kawasan terkena darah. Malah, suhu yang sentiasa panas juga mempercepatkan lagi pengeringan darah.

Kali pertama melihatkan keadaan ini, aku terkejut.
Bukankah lebih elok diadakan 'slaughter house' (rumah penyembelihan), di mana disediakan tempat-tempat khas untuk sembelih haiwan, yang mungkin lebih tertutup dan jauh daripada pandangan orang. *hanya cadangan*
Mungkin ini biasa bagi mereka, tetapi terlalu luar biasa bagi kami yang baru menjejak kaki ke sini.

*bersambung*






2 comments:

Hana Nasir said...

Did you see them slaughter right before your eyes?

nur shuhada binti miskin said...

of course..not!