Monday, November 5, 2012

Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_2

Aku teringat satu kata-kata yang 'menuduh'  "negara Islam tidak akan pernah maju jika mengikut aturan dan undang-undang Islam. Lihat Barat, yang tiada terikat dengan Islam, kemajuan mereka tidak dapat dilawan oleh negara-negara lain, terutamanya Islam."

Ini salah!!!

Mesir tidak maju bukan kerana mereka mengikut undang-undang Islam, tapi kerana mereka TIDAK mengikut undang-undang dan acuan yang sebetulnya. Begitu juga Malaysia, UK dan negara lain. Bagaimana hendak maju jika kebersihan tidak dititikberatkan, azan tidak dihiraukan, pergaulan dan ikhtilat dipandang mudah, aurat tak ditutup dengan sempurna.


Satu perbezaan yang aku boleh nampak antara Mesir dan Arab Saudi adalah, apabila azan berkumandang, penjual-penjual di sekitar Masjidil Haram akan tutup kedai dan bergegas ke masjid untuk tunaikan solat. Sedihnya, ini tidak berlaku di Mesir. Ada seorang dua, tapi tidak semua. Wallahualam, ini hanya peramatan aku sepanjang 5 hari di sana, satu tempoh yang tidak lama untuk aku membuat pernilaian. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pasar-pasar malam yang riuh, bersesakan dengan pengunjung, yang kemungkinan besar mengabaikan seruan solat ataupun melengah-lengahkan ibadat tersebut. Bagaimana hendak maju?

Jika mahu membandingkan dengan UK, ya, memang bersih, orangnya jujur, peramah. Tetapi dari sudut akhlak, mereka KOSONG! Lihat sahaja bahasa mereka, kelakuan mereka *terutamanya pada waktu malam (parti dan pub). Adakah ini yang dikatakan maju??

Lagi satu, Mesir juga masih menghidupkan budaya 'Tarian Gelek', yang memang sangat popular. Sampaikan ada seorang akhawat berkata, seorang gadis mestilah pandai menari, supaya dapat menghiburkan suami apabila sudah berkahwin. 

Masalahnya, bukan di depan suami sahaja, malah tarian ini sudah menjadi perhatian dan tontonan Umum (sesuai kepada semua peringkat umur??). Antara tempat yang menjadi pusat hiburan adalah di Sungai Nil. Dengan bayaran 3 genih, sesiapa sahaja boleh masuk dan menonton tarian gelek yang dipersembahkan oleh anak-anak muda, mungkin berumur belasan tahun. Lagu dipasang sangat kuat, mengalahkan azan yang berkumandang di masjid terdekat. Aduh! Rosak...rosak!!

Sedih, bertambah sedih.

Bagaimana hendak maju, jika budaya yang sia-sia dipertahan dan diteruskan, tetapi ibadah yang wajib diabaikan, dipandang enteng?

(Sungai Nil)

*bersambung*


2 comments:

Hana Nasir said...

X sabaq nak tunggu part 3,4 dan seterusnya!:)

nur shuhada binti miskin said...

insyaAllah..will update soon, doakan..