Monday, September 10, 2012

Bukan sifat kita itu...

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli ala Saidina Muhammad, waala alihi wasohbihi wabarik wasallim..

Assalamualaikum wbt. Apa khabar, zahir dan batin? Semoga semuanya berada di bawah rahmat dan lindunganNya, insya Allah..

Apa 'bukan sifat kita itu' itu?

Iaitu PUTUS ASA. Sifat yang dipilih secara rawak... apabila teringatkan keluarga di tanah air.

Saya punya seorang adik, lelaki. Yang kini sudah berumur 18 tahun, masih belajar dan menuntut di Tingkatan 6 Bawah, SMK Sik. Teringat dialog tak lama dulu, ketika bulan Ramadhan. Niat asalnya mahu bersembang dengan mama, tapi nasib tak baik, mama dah tidur. Dan yang menjawab telefon adalah adik, satu-satunya.

Mula bertanya tentang hal-hal di rumah, dan kemudiannya dia mula bersembang tentang sekolahnya. Sibuk dengan homework dan presentation, dan sedang menyiapkan slide presentation yang akan dibentangnya pada Ahad minggu depan.

Adik: Ang tau Adak (saya), cikgu aku ada pesan, belajar ni antara mau ngan tak mau ja. Aku baru tau Adak.
Saya: Haaa...tau pun..patutnya ang sedaq dari dulu lagi. Kalau 5 taun lepas ang sedaq benda ni, mesti SPM ang ari tu gempak.
Adik: Tu la. Dulu tak tau, budak-budak lagi. Tak matang. 
Saya: Cikgu ang tu betul. Kalau pandai, tapi malas, tak guna jugak. Tapi kalau tak pandai, tapi mau belajaq, insyaAllah boleh punya.
Adik: Hurm..aku baru tau la ni..tu la kan....

Dari dialog kami yang tak seberapa ini, saya dapat merasakan yang adik saya, yang dahulunya seorang yang suka ambil lewa tentang pelajarannya, kini sudah sedar. Adik saya istimewa. Kata mama, disebabkan dulu pernah ada sejarah diambil air tulang belakang atas sebab demam pada usianya yang masih kecil, adik saya ini membesar tidak seperti orang lain. Mudah sakit, lelah dan demam jika ada tersalah makan atau terlebih aktif bermain. Maka, tahap pelajarannya juga merosot. Pernah dia mengadu pada mama, yang dia tak pernah dapat no 1 dalam kelas, tak pandai macam kawan-kawannya yang lain....

Tapi, Alhamdulillah, malam itu, terkesan dengan kata-kata gurunya, dan sedikit nasihat daripada saya, dia (mungkin) berubah. Memandangkan hanya dia yang masih bersekolah, sedangkan abang-abang dan kakak-kakaknya sudah pun bekerja dan belajar di universiti, mungkin dia melihat kami sebagai pembangkit semangat untuk terus belajar dan berusaha. Dalam nada bergurau, saya berkata, "Ki, ang jangan bagi malu kluarga kita tau, kami semua lepas masuk u, wpun memang sejarah kluarga kita yang lelaki akan masuk Form 6 n yang perempuan akan terus masuk matriks/u". Tak kisah la sejauh mana perjalanannya, janji semangat tidak putus, malah sentiasa berkobar-kobar untuk terus mengisi dada dengan ilmu. InsyaAllah..

Wish you luck, my bro!

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk mengubah nasib mereka".

No comments: