Wednesday, August 8, 2012

Tergesa, menggesa atau digesa?!

Bismillahhirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa'ala Alihi Wasohbihi Wasallim..

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadhan, Salam Barakah untuk semua!

Hari ni 19 Ramadhan 1433. Bagaimana puasa semua? InsyaAllah semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas dan semoga kita dapat menempuh baki fasa ke 2 nanti, InsyaAllah..

Hidup di UK tak sama dengan hidup di Malaysia. Di UK, antara habit orang-orang sini adalah jalan LAJU.



Laju dia memang laju habis. Mungkin boleh nak bayangkan kalau kita dah lambat ke kelas, macam mana kita berjalan, haa..macam tu la orang sini berjalan. Padahal rasanya diorang on time kot, punctual. Orang Malaysia yang renek, comel-comel ni memang kalah la, tak terkejar. Rasanya kena berlari kot kalau nak berjalan saing dengan diorang...

Tapi, rasanya ni fitrah, yang Allah dah berfirman dalam surah Al-Anbiya' (37):


Mafhum bagi separuh ayat yang awal:
Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa...

Abaikan kisah di UK, cuba reflek diri...

Adakah kita juga tergolong dalam orang yang laju (tergesa-gesa)?

Tergesa-gesa yang bagaimana?

Tergesa-gesa keluar dari kelas untuk menunaikan solat yang baru masuk waktunya?
Tergesa-gesa mengejar bas untuk cepat sampai di rumah, supaya dapat solat di awal waktu?
Tergesa-gesa menunaikan solat atas sebab yang remeh, contohnya menonton TV?

Senaraikan sahaja sifat tergesa-gesa kita, dan kira, adakah yang positif lebih ataupun sebaliknya?

Sambungan mafhum ayat di atas ialah ...Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) Ku, Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya.

Allah bagi warning, jangan KALUT, jangan TERGESA-GESA. 
Kalau disorotkan lagi ayat selebihnya, Allah bagi warning bagi mereka yang bertanyakan tentang Hari Kiamat.

Tapi, mungkin boleh jugak untuk kita faham, Allah suruh kita bersabar. 

"Aku dah solat 5 waktu sehari, tunggang terbalik sehari semalam, tapi xdapat jugak. Doa tu tak payah cakap la"
Dialog ni kadang-kadang laju ditutur, mengeluh, suarakan ketidakpuasan hati atas 'reward' yang tak 'balik modal'. Mulalah mengungkit segala usaha yang dah dibuat, yang akhirnya sia-sia atas sebab keluhan itu.

Di sini maksudnya, kita menggesa Allah supaya tunjukkan/berikan balasan.

Pernah kan kita jadi macam ni? Diri ini juga tak lepas daripada situasi ini. Selalu. Banyak kali...

Allahuakbar. Benar lah, manusia ini sifatnya tergesa-gesa. Hari ini buat, esok nak dapat hasil dah. Kalau hari ni buat hari dapat lagi bagus..Bonus..

Hellooo! Tanam pokok taugeh hari ini pun, esok belum tentu bercambah tau. Ini pulak nak reward yang bukan calang-calang. Ingat! Dalam separuh ayat yang kedua tu, Allah dah janji, 'akan Aku perlihatkan kekuasaanKu'. Isunya sekarang adalah LAMBAT atau CEPAT saja. Sebab, Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Tak perlu tergesa-gesa dengan reward, kalau ibadah yang dibuat pun tak ikhlas, hanya harapkan balasan. 

Wallahualam.

Selamat Berpuasa!


No comments: