Friday, April 27, 2012

Kecil vs. Besar

Bismillahirrahmanirrahim...

Jom selawat!!! (habit baru sebelum tulis entry)

Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa ala alihi wasohbihi ajmain.. (Nak upload tulisan bahasa arab tak boleh, tapi tau kan sebutan nya macam mana? Alhamdulillah)

Berbalik kepada tajuk perbincangan: KECIL vs BESAR..
Apa yang bermain di fikiran sekarang? Saiz sesuatu barang mungkin yang kebanyakan orang akan fikir. Betul la tu..tapi saiz ni ada pragmatic meaning, maksudnya, bukan ukuran saiz barang tetapi ukuran dari sudut penilaian. *blurrr*

Ok! Contohnya:
Mencuri vs. Ambil tanpa pengetahuan

Mungkin dalam pemikiran, mencuri itu adalah satu perbuatan yang berdosa, manakala ambil barang tanpa pengetahuan tuannya adalah sedikit ringan. Tetapi, sedarkah anda yang kedua-duanya membawa maksud yang sama? Maknanya taraf hukuman@kesilapan yang dibuat adalah setara: iaitu BERDOSA dan HARAM hukumnya..

Kedua-duanya membawa maksud mengambil hak orang lain tanpa kebenaran, sama ada secara paksa atau sembunyi-sembunyi..

Hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab r.a yang bermaksud, dia berkata: "Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah saw datang menghadap kepada beliau, kemudian mereka berkata: " Si Fulan itu mati syahid,dan si Fulan itu mati syahid", sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang lelaki lalu berkata "Si Fulan itu juga mati syahid". Lalu Nabi Muhammad saw bersabda: " Tidak! Sama sekali tidak! Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadis) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan)". H.R. Muslim

Mungkin kita anggap mengambil barang-barang yang kecil macam pen, buku adalah perkara yang remeh, kawan sendiri pulak, tiada hal la..Tapi ingat, jangan biasakan..Takut-takut disebabkan pen yang diambil itu, tak sempat dipulangkan semasa hidup, kaki dihalang untuk melangkah ke dalam syurga.

Contoh lagi:
Tak hadir ke kelas tiada sebab yang kukuh


Rasanya ini perkara 'biasa' dibuat oleh pelajar, terutamanya mahasiswa/siswi (tinggal jauh dari keluarga). Kenapa saya katakan tinggal jauh dari keluarga? Sebabnya, kalau tinggal dengan mak ayah, memang tak berpeluang la nak 'tuang' kelas..Jadi group focus adalah pelajar kolej/universiti.

Tapi, sedar atau tidak, bahawa itu adalah Amanah? Dah bayar fee teruk-teruk, segala macam buku dah dibeli, tapi tak pergi kelas.. Ok, fine. PTPTN @ Biasiswa ya..Sama sahaja...Duit yang digunakan milik siapa sebenarnya? Rakyat bukan? Mak ayah sendiri dan mak ayah orang lain jugak...Tak rasa bersalah kah kita dengan biasiswa yang dapat, bukan semua orang berpeluang, tetapi kita salah guna? 



Dalam Kalam suci Al Quran, mafhum ayat 27, Surah Al-Anfal:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."



Amanah itu tanggungjawab, tugas yang dah diletakkan di bahu seseorang atas dasar keupayaan dan kepercayaan. Dalam konteks pelajar, seperti saya, yang dihantar kerajaan dengan biasiswa penuh, makna kata, kerajaan meletakkan kepercayaan bahawa saya tidak akan mensia-siakan peluang dan kelebihan yang diberi..

Tapi, masih ada yang memandang remeh akan hal ini. Hadir ke kelas/kuliah/seminar/tutorial mungkin tidak dianggap sebagai kewajipan, cuma sebagai 'memenuhi syarat'. Maka berbaloikah dengan pelaburan kerajaan? Tidak hadir ke kelas kerana menganggap subjek tidak menarik, kehadiran tidak diambil kira, pensyarah 'boring', assignment yang due datenya sudah hampir..Alasan semata! *tegas di situ*


Jika kuliah itu dianggap ibadah, seharusnya tiada yang memberi alasan remeh seperti itu. Jika kelas diletakkan sebagai tempat menuntut ilmu yang Allah sudah menjanjikan bahawa malaikat memayungi orang yang menuntut ilmu, mendoakan mereka yang berada dalam majlis ilmu, maka tidak sepatutnya alasan itu direka.

Isu kecil dan besar ini ada kaitannya dengan Wara', yang dari sudut mafhumnya ialah satu sikap yang takut untuk melakukan/mendekati perkara yang was-was dan tidak jelas.

Wallahualam. Sekadar perkongsian yang kadang-kala diri ini terutamanya, lalai dan terlepas pandang. Masih tidak terlambat untuk mengubah diri, Allah sentiasa membuka pintu rahmat dan taubat untuk kita...InsyaALLAH..

Monday, April 23, 2012

Target!

Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ni dah puas bergelumang dengan Assignment, Alhamdulillah, da lagi 15% kot..dalam 150 words lagi nak disiapkan, InsyaAllah..


p/s: bukan assignment yang menjadi topik perbualan ye..Target tu adalah target baru saya hari ni..Kira cm azam gak la...Ternampak da seorang akhawat post kat FB pasal hafal al Quran. So, tercetus idea nak wat target baru hari ni..


Target hafalan Al-Quran saya!!!


Saya target nak habeskan 30 juzuk sebelum @ pada umur 30 tahun...


Sekarang dah 22 tahun, so da 8 tahun baki..


8 tahun x 365 hari = 2920 hari
2920 hari / 30 juzuk = 97 hari per juzuk
=3 bulan++ untuk satu juzuk..


Adakah boleh saya capai target ni?! huuuuu~ 


Kadang-kadang tak yakin, tp rasa jeles dengan akhawat yang dah mantap hafalannya..


Tapi saya nak Al Quran jadi pemberi syafaat kat Akhirat nanti!!! Saya nak buat baik dengan AlQuran. Saya tak mau AlQuran menjadi saksi sebab saya abaikan dia..


Reflek diri, sekarang dah 22 tahun, tapi Juz Amma pun tak lepas lagi..RUGI betolll!!!


Muhammad Al Fatih, sebab tu la dia bleh tawan Constantinople kan, sebab Al Quran dah jadi darah daging dari kecik..


pesanan untuk diri sendiri:
*ADAK, jangan hangat-hangat taik ayam ja!!! Kotakan apa yang dah anda target!!! Istiqamah dan sentiasa betulkan niat! Ingat, SIKIT-SIKIT lama-lama jadi BUKIT..InsyaAllah


Saturday, April 21, 2012

Di suatu petang yang hening....

Bismillahirrahmanirrahim..

*Lama dah kan x update entry*

Petang ni, rasa cam bosan pulak baca buku dalam bilik..Selak langsir, tengok langit cerah..walaupun nampak rumput melambai-lambai ditiup angin..Maka, buku Heroes of Islam , MP3, BB torch dan kunci rumah dicapai.

Pergi tepi tasek err..ka kolam..mana2 ja la.., belakang Student Village, dengan harapan ada la sekumpulan itik-itik sedang bermain-main...*hampa* itik pulang petang derrr...

Dah puas amek gambar, duduk la di bangku yang disediakan tepi tasek tu...Pembacaan diselangi dengan mendongak langit...Dalam setengah jam, habes baca cerita tentang Khulafa' Ar-Rasyidin..

Sambil dok dongak langit, terpikir pulak..Macam tak percaya ja dengan apa yang dah ada sekarang...Tak sangka dah sampai UK *after 2 years, masih tak bleh get rid of this tak sangka*..macam2 la..

Tapi lepas 2 terfikir jugak..Apa yang Allah dah rancang kita tak pernah tau...Apa nak jadi dalam 5 minit akan datang kita xboleh nak jangka..

Macam kes itik 2, hari tu dah pegi tasik aka kolam 2, n da nmpak 2 ekor itik dok berenang2, pastu depa nek ke darat..So, hari ni hopefully akan jumpa lagi la itik2 tu..rupanya2, tak! Kat sini dh reflect, kemaren tak menjanjikan kesamaan pada hari ni. Rasa-rasa ada tak orang yang hari-hari dia saaaaama ja? Rasa macam tak dak...ada ka org yang bangun pagi tepat pukul 7, p keja pakai baju yang sama (exactly the same dari atas smpai bawah), minum kopi dengan suhu air yang sama (ok, itu ekstrem)...So, conclusion nya, xdak kan?! Sebab itu semua rahsia Allah.

Dalam seminggu akan ada jugak yang kita terlepas breakfast, sebab bangun lambat, ataupun gas habes... Kita tak rancang kan semua 2, tapi Allah!!! Sebab apa eh?

Sebab Dia dah tau apa yang terbaik untuk kita! Ada sebab dan hikmah Dia buat semua tue. Mungkin tak sempat breakfast kat rumah sebab Dia dah plan akan ada orang yang nak belanja. Sengaja Dia buat kita lambat pegi keja, sebab mungkin nak elakkan kita dari ditimpa kemalangan.. Kita tak tau kan..So, kat sini jugak, kita kena prasangka BAIK dengan Dia. Jangan nak sumpah seranah tak tentu hala..

ok, lari dari tajuk asal.

Tapi tu la, kadang-kadang kita selalu terfikir, apa la yang akan jadi lagi lepas ni? Banyak sangat ketidaksangkaan yang jadi, yang kita tak plan pun. Tapi ingatlah, Allah itu Maha Berkuasa atas segala-galaNya.


"Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;"

(Al Furqan:45)



Langit yang canteeeeeekkkkk!!!

Ni la konon2 nya tasek 2...

Sedang membaca..err..ka amek gambarr?