Saturday, January 7, 2012

Sharing is loving

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk menghadiri Sisters' Gathering kat Marjon.



Tuan rumah ajak baca Yasin sama-sama. Dihajatkan kepada saudara (adik ipar yg lebih tepat) sahabat kami, yang dikhabarkan berada dalam masalah kesihatan yang agak kritikal. Mintak pembaca mendoaka saudara kita tu, mintak disembuhkan penyakit dan kepada isteri dan anaknya, dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk menempuhi ujian ni. InsyaAllah...Terima kasih..

Okay! Berbalik kepada topik sebenar. Lepas baca Yasin 2, tuan rumah tak tetapkan tajuk untuk sharing. So, terbuka la kepada sesiapa yang nak bertanya atau nk menyampaikan. Tertarik untuk menulis tentang penyakit hati iaitu Riak, Takabbur, Sombong dan sewaktu dengannya...

Persoalan:

Apa beza riak, takbur, sombong?

Selepas digoogle2, dapat la maksud dia..

Boleh semak link ni kalau nak lebih jelas

RIAK ialah bila buat something, niat dia nak menunjuk-nunjuk.

TAKBUR sama dengan SOMBONG, BANGGA DIRI, maksudnya dia rasa diri dia lebih dari orang lain.

Persoalan lagi:

Macam mana kita nak elak dari riak, sebab bila kita nak wat benda baik, mesti kita takot akan jadi riak bila depan orang? Macam mana nak jadikan ibadah kita ikhlas?

Jawapan yang diberi (lebih kurang macam ni)

Untuk kita nak capai ikhlas, kita akan dan kena tempuh riak dulu. Lebih kurang macam ni la, kita nak solat sunat, niat nak ikhlas, tapi dalam masa yg sama kita akan rasa cm akan jadi riak pulak. So, kita buat jugak solat sunat 2, awal2 mmg la mybe kta akan rasa akan sdikit riak, tapi lama-lama kita akan bleh handle perasaan 2..InsyaALLAH..tapi sentiasa kita kena ingat yang segala amal ibadah kita buat biarlah hanya untuk ALLAH. Perasaan riak kita bleh lawan, dengan betulkan niat dan sentiasa berdoa, InsyaAllah...

Pastu dapatla satu nasihat atau tips daripada seorang akhawat yang saya sayang, dia share tips dari Imam Ghazali yang berbunyi macam ni:-

Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih kurang melakukan dosa.
  2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadat berbanding kita.
  3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Dan ada jugak akhawat yang menambah:-

"Jangan riak dengan amalan2 ataupun kebaikan yang kita dah buat, takot2 Allah tarik balik Hidayah yang Dia dah bagi, and kita boleh jadi lebih teruk daripada dulu."

Nauzubillah, mintak dijauhkan..

Semoga sharing yang sedikit ni bleh membuat kita reflect balik hati..Huhu..banyak nya penyakit hati...Memang susah nak buang, tapi tak mustahil. Hati ni kena latih, kena selalu betulkan niat. InsyaAllah, mintak ALLAH permudahkan segala urusan..Amiinn...

2 comments:

Addien said...

riak itu memakan amalan sebagaimana api membakar ranting-ranting kayu

nur shuhada binti miskin said...

yup..thanks atas sharing