Wednesday, January 25, 2012

Kursus Pra-Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar semua?! Semoga sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah..

Dah lama x dak entry kan?! Sorry la..busy dengan assignments and project suma..Ni pun curi masa sekejap dari buat assignment 2000 words *huhu* (release tension la konon)

Kali ni nak bercakap pasal Kursus Pra Perkahwinan yang BERJAYA dilaksanakan minggu lepas.. Sabtu dan Ahad (21-22 Januari 2012)...Alhamdulillah..

Tak mau bincang secara detail, cuma nak bagi mcm reflection la.. (penangan terlalu banyak assignments yang dah dibuat).

1. Skop perbincangan dalam Kursus Pra Perkahwinan bukan hanya tertumpu kepada bagaimana nak menjalani hidup selepas berkahwin, tetapi ianya melibatkan keseluruhan syariat. Kursus ni starting dia dengan menerangkan tentang IMAN, ISLAM dan IHSAN.. iaitu tentang asas-asas aqidah dan Islam. So, sila ubah mind set ye..Dia merangkumi semuanya, akhlak, ibadah, muamalah..macam2 lagi..

2. Kahwin bukan satu benda yang mudah, tapi kesusahannya itu yang membawa kepada kemanisan dan barakah. Kahwin ni banyak prosedur, secara sivil mahupun secara syariat. Nak kena daftar la, isi borang macam2..syariat pun sama, ada akad nikah, walimah semua 2..kalau tengok skali lalu, ya Allah, susah rupanya nak kahwin ni. Tapi, kalau niat dilandaskan atas meneruskan sunnah Nabi dan menghalalkan apa yang haram, InsyaAllah kemanisan nya datang selepas itu..

3. Lepas pegi kursus ni, baru la sedar diri yang banyak lagi nak kena improve, nak kena belajar. Contohnya, penah dengar kan, nak ikat suami, kena ikat perut dia dulu.. So, ustaz bg tips la, yang isteri kena la pandai masak..takkan nak bagi suami dok makan luar ja. xpun bibik yang masak. Benda ni jugak mama ngan ayah penah cakap dulu, kalau asyik makan bibik masak, jgn terkejut kalau laki 2 berkenan n kawen gn bibik 2.. sbb dah jatuh sayang ngan masakan bibik (ngan tuan masakan sekali)!!! *peringatan*

Lagi benda nak kena improve adalah tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa. Sementara bujang ni la nk berbakti spenunya kat mak ayah. Sebab nnt kalau dh bersuami, keutamaan diberi selepas Allah dan Rasul adalah kepada suaminya..huhu..So, kalau nk manja2 gn mama n ayah, time bujang ni la..takot pas kawen xdak can dah..


So, yang ni ja kot yang boleh dishare setakat ni. Memang tak banyak, tapi lebih baik kalau kita dapat amalkan apa yang sedikit ni daripada ada banyak, tapi xtak terbuat semuanya. InsyaAllah..



Friday, January 13, 2012

Analisis lagu Asy-Syifa (UNIC)

Bismillahhirrahmanirrahim.

Hari ni rasa cam nak buat analisis kat lagu ni..Lagu UNIC yang terbaru (rasanya la)

Saya sedar, saya xpandai sangat bahasa Arab ni..Pengetahuan yang ada cuma yg penah belajar dulu la..so, kalau da salah silap, harap teguq naa..

As-Syafi

'Alami... Ilahi....Tibbun Nabawi...

Hadirlah sebuah rasa
Dari keinsafan dosa
Langit pun terbuka bintang
bertaburan
Indahnya...indahnya tawakkal
Ud'uni...ud'uni astajib lakum

Dari bumi dari hati
Herba Penawar Al-Wahida
Halalan Thoyyiban

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi
Anta Syafi Ya Ilahi

Meratalah doa di langit luas
Tumbuh harapan hati yang ikhlas
Disinari cahaya rabbani
Syifaun linnasi
Anta syafi ya Ilahi
Anta syafi
Halalan Thoyyiban

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi
Anta Syafi Ya Ilahi

Izhabil ba'sa wasyfi
La syifaan illa syifauka
Syifaan la yughadiru saqoma
Anta syafi ya Ilahi

'Asal madu murni
Hijamah habbatus sauda
Al-'alamil al-Quran
Hudan lil muttaqin
Allahu Rabbi

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi
Anta Syafi Ya Ilahi



Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Tn Hj Ismail b Ahmad
Penerbit : Bazli UNIC
Susunan Muzik : Greg Henderson
Hakcipta : HPA Industries Sdn Bhd

1. As-Syafi mksudnya Penawarku. Syifa' maksudnya Penawar, tambah -i belakang bermaksud -ku.

2. Lagu ni dia list semua2 penawar , yang bukan chemical-based. Contoh:

a. keinsafan dosa

b. tawakkal

c. janji Allah : ud'uni, astajib lakum (berdoalah kepada Ku, nescaya Aku akan kabulkan doa kamu)

d. bumi: betulkan, kalau kita tadabbur alam, hati jadi relaks ja..ada ka orang yang marah2 bila tengok laut?!

e. herba.

f. Habatus Sauda

g. Halal Toyyiban: makanan, minuman, dan perkara2 yang halal sebagai penawar dan menjadikan segala amalan dan hati menjadi tenang dan sempurna.

h. doa!!!

i.hati yang ikhlas

j.madu

k. AL QURAN!!! Sebaik2 penawar..


Wallahualam


Sunday, January 8, 2012

Hari ini kami ber'circle'

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua!!! Semoga berada dalam keadaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik, InsyaAllah!!

Hari ni nak cerita pasal satu kejadian yang tak dirancang (oleh manusia), tapi Allah dah rancang tanpa pengetahuan (kami).

Mulanya, Ummi datang dengan niat nak masak-masak n makan-makan kat umah 20 (yang dhaif ni). Dia datang dengan jacket potatonya, tuna, sayur mayur, ayam (yang masih sempurna ke'frost'annya) dan macam2 lagi la.. *dah mcm dapur umah dia terbakar xleh guna pun ada..heee~*

Okay, so pagi tadi, dalam pukul 10.30 lebih kurang, dia pun mai la umah ni..Kami pun memulakan projek kami. Sambil2 makan brunch 2, tengok la TANAH KUBUR..sempat la dua episod kami tengok, sblum bersiap2 nk zohor. Alhamdulillah, kami berjemaah waktu zohor 2..

And after zohor, ajak la Ummi masak utk lunch. (Lunch ka, dh mcm minum petang pun ada jugak). Dia teringin nk makan mee hailam. So, buat la mee hailam (yang agak tak jadi). And, dia pun ajak skali housemate dia Aisyah mai makan sekali..So, kami pun makan. Sekali ngan Farah, my housemate *lupa nak mention*. Sambil2 makan, buka video ProductiveMuslim..Walaupun ketawa2, tapi insyaAllah da la ilmu yang bleh diambil dr video pendek 2..

Tepat 14.14, berkumandanglah azan Asar. Alhamdulillah, dah siap2 makan, kemas2 tmpat makan, kami pun terus siap2 nk solat jemaah lagi..

Tambah best lagi, lepas asar, kami terbuat tazkirah. Saya kongsikan salah satu hadith dalam buku yang diberi oleh ayah tersayang, 40 Hadis Penawar Hati.



Ni la circle kami..Banyak yang kami cerita, tapi hanya yang terpilih sahaja yg ditulis dalam entry ni..

*sebelum*

*abaikan background*

*selepas* :p


Lepas2 2, diorg akan sambung2, kami share2 pendapat, ataupun ilmu2 yg kami ada. Contohnya, hadith nabi.

Sebelum penutup, Aisyah da bagi 1 ANALOGI.

"Ada 2 bangunan, satu bangunan runtuh dan bangunan sebelah dia bangunan yg sempurna. Ada seorang manusia, dia bersih2kan bangunan yang runtuh 2. Esok tu, dia pegi bangunan yang cantik sebelah 2 pulak"

Soalannya, what represents the buildings?!

Jawapannya: ISLAM dan JAHILIYAH. Yang runtuh 2, ISLAM dan yang cantik itu JAHILIYAH. Keadaan umat sekarang, dia melakukan ibadah2 Islam, tapi pada masa yang sama, dia juga meng'imarah'kan ajaran2 Jahiliyah 2. Macam mana 2 eh?!


(tak pandai lukis) *anggaplah rumah kayu sebelah kiri 2 bangunan yang runtuh 2 ek?!

Satu analogi yang berjaya membuatkan kami terfikir dan termenung sebentar. Realiti Umat Hari Ini!!

Wallahualam

Saya JATUH HATI!!!

Bismillahhirrahmanirrahim..

Jangan terkejut!! Jangan salah paham eh!! Saya JATUH CINTA dengan ceramah USTAZ DON!!!!

*hehehe*

Dulu, sangat susah nak dengan ceramah online, sebab tak boleh fokus..Serius!!Dengaq xdan 10 min, terus wat bnda len..ceramah dok buka lagi, tapi telinga, minda dan jiwa tak fokus. Kenapa eh?!

Tapi, bila mai dengaq Ustaz Don ceramah, starting dari TV Al Hijrah punya slot 2, trus JATUH CINTA!!! Lepas tue, slalu la buka youtube, cari n dengaq ustaz ni ceramah..

Sempoi ja..best ja dgr..maybe sebab dia cakap Penang, senang paham kot..




p/s: Jom dengaq Ustaz Don!!! *pesanan penaja*

Saturday, January 7, 2012

Sharing is loving

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk menghadiri Sisters' Gathering kat Marjon.



Tuan rumah ajak baca Yasin sama-sama. Dihajatkan kepada saudara (adik ipar yg lebih tepat) sahabat kami, yang dikhabarkan berada dalam masalah kesihatan yang agak kritikal. Mintak pembaca mendoaka saudara kita tu, mintak disembuhkan penyakit dan kepada isteri dan anaknya, dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk menempuhi ujian ni. InsyaAllah...Terima kasih..

Okay! Berbalik kepada topik sebenar. Lepas baca Yasin 2, tuan rumah tak tetapkan tajuk untuk sharing. So, terbuka la kepada sesiapa yang nak bertanya atau nk menyampaikan. Tertarik untuk menulis tentang penyakit hati iaitu Riak, Takabbur, Sombong dan sewaktu dengannya...

Persoalan:

Apa beza riak, takbur, sombong?

Selepas digoogle2, dapat la maksud dia..

Boleh semak link ni kalau nak lebih jelas

RIAK ialah bila buat something, niat dia nak menunjuk-nunjuk.

TAKBUR sama dengan SOMBONG, BANGGA DIRI, maksudnya dia rasa diri dia lebih dari orang lain.

Persoalan lagi:

Macam mana kita nak elak dari riak, sebab bila kita nak wat benda baik, mesti kita takot akan jadi riak bila depan orang? Macam mana nak jadikan ibadah kita ikhlas?

Jawapan yang diberi (lebih kurang macam ni)

Untuk kita nak capai ikhlas, kita akan dan kena tempuh riak dulu. Lebih kurang macam ni la, kita nak solat sunat, niat nak ikhlas, tapi dalam masa yg sama kita akan rasa cm akan jadi riak pulak. So, kita buat jugak solat sunat 2, awal2 mmg la mybe kta akan rasa akan sdikit riak, tapi lama-lama kita akan bleh handle perasaan 2..InsyaALLAH..tapi sentiasa kita kena ingat yang segala amal ibadah kita buat biarlah hanya untuk ALLAH. Perasaan riak kita bleh lawan, dengan betulkan niat dan sentiasa berdoa, InsyaAllah...

Pastu dapatla satu nasihat atau tips daripada seorang akhawat yang saya sayang, dia share tips dari Imam Ghazali yang berbunyi macam ni:-

Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka itu lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih kurang melakukan dosa.
  2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadat berbanding kita.
  3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Dan ada jugak akhawat yang menambah:-

"Jangan riak dengan amalan2 ataupun kebaikan yang kita dah buat, takot2 Allah tarik balik Hidayah yang Dia dah bagi, and kita boleh jadi lebih teruk daripada dulu."

Nauzubillah, mintak dijauhkan..

Semoga sharing yang sedikit ni bleh membuat kita reflect balik hati..Huhu..banyak nya penyakit hati...Memang susah nak buang, tapi tak mustahil. Hati ni kena latih, kena selalu betulkan niat. InsyaAllah, mintak ALLAH permudahkan segala urusan..Amiinn...

Tuesday, January 3, 2012

Hati ini perlu dipujuk...

Bismillahirrahmanirrahim.

Bagaimana nak pujuk hati?!

Ada 3 situasi (kisah benar). Hayati dan fahami...*aicehhhh*


Situasi 1:

Hari ni dapat satu berita yang agak mengecewakan. Biasalah..Apa lagi kalau bukan pasal elaun.


Dengan keadaan sewa rumah yang agak tinggi..Hujung bulan pulak 2 kan..paham paham ja la..Dah sengkek *Tapi tak sampai tahap nak merempat lagi la*

Dalam tengah frust tu, mula la nak pujuk hati. Sambil2 pikir alternatif lain nak cari duet. Survey2 job centre dan macam2 lagi la...Sampai satu tahap nak pindah kluar, cari umah luar yang murah sket..

So, pujuk la hati ni..

"Naseb baik da saving hari 2. Lepas ni mmg kna btul2 berjimat..Kalau duet tu habes pegi program rasanya lebih baik daripada ntah kemana2 jalan"

So, mulakan tanam azam, InsyaAllah saving yang dah sedia ada tak mau kacau *seboleh2nya*. Duet baki akan digunakan sebaik mungkin. Kena bersangka baik dengan Allah, sebab Allah xkan bagi dugaan kalau Dia tau kita tak boleh buat. Masa ni la baru reflect balik ada orang yang lebih susah daripada aku. Tak makan, tak minum, baju tak bertukar. Dah dapat elaun cukup besar rahmat dah, tak payah nak mintak2 kat ayah ngan mama lagi...


Situasi 2:

Dulu, masa sekolah, sangat2 jeles kawan2 dapat handset. Tipulah kalau x jeles..Rasa2 cam nak curi ambik pun ada. Kadang2 orang cakap,

" Eh?! Mak ayah ang kan cikgu, pengetua lagi, xkan la xbagi enset kot?!"

Serius!!! memang xdak.

Ayah gaji beribu riban tu mmg xpakai handset, harap mama ja. 2 pun sebab telefon umah kabel kena curi.. Mama pun beli la satu enset cikai..

[Ni la rupa handphone mama suatu ketika dulu]


Dok asrama, jeles tengok kawan2 sebaya dok mesej2, compare2 enset, tukaq no phone bagai. Tapi tak penah terpikir nak mntak handset kat mama gn ayah.

Rupa2nya ada hikmah!!! Memang Allah tak bagi terdetik hati ni utk mntak enset, sebab,

1. Confirm!!ayah gn mama xkan bagi punya!!

2. Lagi 1, tak mau bagi aku lagha.

Walaupun bukan best student, siap penah fail lagi beberapa subjek, tapi bila buat ceramah motivasi kat budak2, at least aku boleh bangga n bagi tau tips belajar dengan baik adalah bukan dengan handset. Rata2 budak2 skolah skrg da handset kan?! Baik skolah rendah, baik skolah menengah.


Situasi 3:

Lagi kisah dulu2, sangat jeles bila tengok mak ayah orang lain hantaq skolah smpai depan klas, amek dr skolah, pegi hari anugerah cemerlang.


Sorry to say, mama gn ayah tak macam 2. Kalau sekolah rendah, ayah slalu antaq smpai atas la, mama antaq smpai depan pagaq ja *selalunya la*. Pastu kena jalan naik bukit p klas.. (Sapa tau SK Batu Lima mcm mana, dia tau la) Dulu jeles sangat!!!

Macammana pujuk hati?

"Alah, tu mak ayah orang, mana sama gn mama gn ayah sndri. Memang depa tak wat cm tu, tp apa ja yg depa xwat. Ayah buat bekal pagi2 p skolah, siap wat lebih lagi sbb nnt bleh kongsi gn kawan2. Mama, duet x berkira. Masa rehat sebelum nak p skolah agama petang, p singgah SMK Batu Lima (mama keja situ dulu), p kantin dia, makan ja apa nak makan, nnt masuk buku. Cukup bulan, mama bayaq. Siap bleh ajak kawan2 lagi".

Lain kan daripada mak ayah orang lain?!

Bila dah besaq, dh bleh pikir sket, barulah sedar. Rupa2nya, bila dok mengeluh, dok pikir susah diri, hati ni tak cukup bersyukur sebenarnya. Kita pikir kita susah, ada orang lain yang lebih susah. Kita pikir kita malang, ada orang lain yang lebih malang. Rezeki, kehidupan yang dah senang sekarang ni kna la dinikmati dan disyukuri, sebab takot2 Allah tarik nikmat 2 balik. Nyesal tak sudah nnti..


"Allah tidak akan menyeksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui" (4:147)



Sunday, January 1, 2012

Sekali lagi, sejarah berulang!

JUMS 2011 "LET'S FILL AND FEEL!!"


Bukan fans MU rasanya ni?!



Kami makan bersama






Apa yang penting?! KERJASAMA!!


Kami main hujan bersama!


Kami perah otak bersama!


Kami ambil gambar sama-sama!!



Senyuman kami semuanya sama!


Kami tetap bersama, InsyaAllah!!!




Ukhuwah dan Dakwah?!

Bismillahirrahmanirrahim

Perasan tak sejak kebelakangan ni, banyak plak menulis kat blog ni? *perasan*

Sila jangan pelik. Maybe sebab ada suara-suara yang menyokong dan meminta untuk terus menulis. *Kalau dia baca, dia maybe terasa la kot* heeeee~ (Anda tahu siapa anda >.<)

Tajuk malam ni??Hurm, Ukhuwah dan Dakwah kot.

Jangan rasa offensive eh. Bukan nak wat tazkirah kat sini. Cuma nak share pengalaman sendiri tentang 2 benda yang sama tapi tak serupa. Sebab apa sama eh? Dua benda ni berkait. Kalau xada ukhuwah, rasanya dakwah tak bleh berjalan kan? Takkan tiba2 kita jalan-jalan kat tepi padang contohnya, pastu kita nampak seorang hamba Allah duduk bawah pokok, terus kita pegi kat dia and cakap "ISLAM ITU SYUMUL...bla bla bla..." Siap bg hadis, ayat alQuran...Boleh, tak salah. Tapi lebih manis kalau kita buat dengan berhikmah dan bijaksana kan?!

Okay! Berbalik kepada niat utama tadi. Niat di hati nak bercerita. Ini kisah benar. Baru ja berlaku tak berapa lama sebelum entry ni wujud. (cepat2 tulis, takot lupa)

Kisahnya begini:

Hari ni 31 Disember 2011 *sekali lagi, xdak significance dengan tarikh ini*. Hari ni hari yang tak berapa effective. Rasa badan tak sihat, sakit tekak, rasa cam nak demam. Tapi alhamdulillah, plan nk sambung assignment drama tercapai (walaupun dapat xsampai 100 words pun =.='). Pas isyak, hajat nak tidur terus sebab kepala rasa berat. (Bayangkan tidur lepas isyak kul 6.30, dan bangun subuh esok pukul 6.30 am = 12 jam TU!!)

Dah tutup lampu, siap2 baca doa tido, 3 kul semua. TAPI, xlena. Puas dah lelap. FAILED! Masa tu jugak BB bunyik tanda whatsapp masuk..Bangun dan baca mesej yang masuk..dari AKHAWAT rupanya!!! Ingatkan nak ignore, tapi Allah da rancangan lain rupanya. After about an hour atas katil, berusaha gigih untuk lena, saya surrendered!! Bangun, buka lampu dan reply mesej2 whatsapp 2. 2 la, Allah ni secretive dan penuh dengan surprise.. Sapa sangka apa yang Dia boleh buat!

Rupa-rupanya, hadirnya mesej2 akhawat ni membuatkan penutup hari saya yang konon-kononnya x effective tadi menjadi SANGAAAAATTTTTTT BERMAKNA!!! *exaggerate*

Serius!!

Tang mana yg kaitan UKHUWAH dan DAKWAH nya?

Sat na..nak cakap la ni...

Kami ber'whatsapp', tp bukan semuanya sia-sia..Betul ka?! Ni buktinya!!!


Memangla, sembang2 kosong 2 susah la nk jauhkan, cuma kami jugak selitkan nasihat, kata-kata semangat. Daripada tadi kepala berat, terus rasa ok (walaupun still da rasa sket2 la). Tak dapat sembang face-to-face, tapi bla dapat mesej diorg, dah besar rahmat. Try cari manusia yang boleh hidup sorang..Ada ka dalam dunia ni? Rasa cam xdak kan. Fitrah manusia, dia tak boleh hidup sorang2. Kalau x, xdak la Allah anugerahkan Hawa kepada Nabi Adam. Kan?!

Kat sini yang nak dicakapkan tentang UKHUWAH nya. Hati-hati kami dah diikat! Simpul mati terus! Susah nak leraikan! Kalau satu hati rasa susah, hati-hati lain ada disekeliling untuk tenangkan. MasyaAllah, hebatkan UKHUWAH!

Dengan UKHUWAH juga lahirnya DAKWAH. Dia macam MLM la kan. Nak ajak orang masuk MLM, kena la pujuk2, kawan dulu, bagi dia yakin. Macam tu jugak DAKWAH! Memang diakui, benda ni susah tapi x mustahil. Rasulullah dulu pun sorang2 jugak tyme nak sebarkan Islam. Tapi, tengok lepas 2. Brapa ramai yang peluk ISLAM. Kita pun x mustahil bleh wat macam 2 kan?

"Di mana ada kemahuan, di situ Allah tunjukkan jalan"