Definisi sahabat secara peribadi
Dia adalah:
- Yang tidak jemu mata memandang, wajahnya yang sentiasa menenangkan, walaupun sekadar menatap gambar.
- Yang sedia berada di sisi, susah dan senang.
- Yang sentiasa mengingatkan ketika alpa, mengejutkan ketika lena, membangunkan ketika jatuh, merapatkan ketika jauh, mengeratkan ketika longgar dan memimpin ketika buta, memenuhkan apa yang kosong
- Yang dirindui dan merindui, disayangi dan menyayangi kerana Allah.
Mungkin ada lagi definisi lain, tetapi inilah sahabat bagi saya.
Secara peribadi, tak dapat saya klasifikasikan antara sahabat rapat, sahabat sejati dan sahabat biasa. Kerana bagi saya, selagi dia bukan musuh, dia adalah sahabat saya. Biarlah kami berbeza segalanya. Itulah gunanya sahabat. Dia menyempurnakan apa yang kurang.
Tanpa sahabat, saya bukan siapa-siapa. Tak semua perkara boleh dikongsikan dengan ibu bapa dan adik beradik. Sahabat yang akan pertamanya dicari di kala diri dihimpit konflik. Sahabat juga cermin diri, dimana baiknya sahabat, baik jugalah diri ini.
TERIMA KASIH ALLAH, KAU KURNIAKAN SAHABAT YANG BAIK KEPADA KU!
No comments:
Post a Comment