Monday, October 24, 2011

Soalan Klise

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya mulakan pagi ini dengan lagu yang boleh memberi ketenangan jiwa kepada kita semua...

Maula Ya Salli Wa Sallim

Hari ni nak bercakap tentang satu persoalan yang saya kira popular, ditujukan daripada seorang bukan Islam kepada seorang hamba Allah yang Islam.

Dialog dia lebih kurang mcm ni..

A: I am sorry, I want to ask you something. Maybe this is quite sensitive for you, but I cannot find any answers for it. What I know is, the good person will enter to the Heaven, and the bad person will be taken into the Hell. If the good person has done a bad thing, does he will enter the Hell and all the good deeds he did will be not taken into account at all? God loves us right?! Why does He make the Heaven and the Hell? Why does not He just make the Heaven, so that all people can enter the Heaven?

B: This situation is the same with the situation in the classroom, where we have all the rewards and punishments. We praise our students if they behave, and we punish them if they do not. There is something special about God (Allah). He does not make the Heaven only for the good people, and the Hell only for the bad people. The bad people always have the chance to repent for their mistakes, and God will always accept their repentance.


Sesi soal jawab tertangguh atas sebab sesi pembelajaran formal akan bermula dalam masa terdekat..Maka, kami menyambung sesi ini melalui FB..


B: Continuation of your question just now, Why does God make the Hell?
Rational thinking...Will we just step back and do nothing if somebody arrested ourselves, or somebody else?

A: No, we won't...

B: Thats why we have all those rules and punishment...Same goes to God (Allah). He makes the rules (rewards and punishments)..Hell does not show His cruelty, but actually His warning...He loves us so that He makes the Heaven and the Hell...the Heaven is the one He asks us to choose actually,.but still, human is still human..we have our weaknesses...n Allah always offers us the space and room to repent.

A: So, does it mean that the warning He impose on us is temporary? bcos i thought we wud already be dead when we have to undergo that...so does that mean we still have a chance of going to heaven even after we've been to hell?

B: Yup...we still got the chance...its not a guarantee if we make all the good deeds, we will enter the heaven just like that...it depends on our 'niat' also..if we do all the good things without the sincerety or 'niat' of worshipping to Him, it is nothing...that is not sincere...And, sometimes, the bad guys have the chance to enter the Heaven because of their tiny good deed they did in their life...I can say that, the Heaven and the Hell do not depend on our deeds only, but His judgment also will be taken into account too..

A: I see...at the end of the day, it depends on us to do the right thing while we are still alive. Thanks for the explanation, B. I really appreciate it.

B: Yup!!! its ok!! no prob...i hope it answers your curiosity...n if u hv any to ask me, please just ask...


Tamat setakat itu...


Klise kan? soalan yang selalu kita baca melalui nota FB, blog2, tapi tiba masa kita sendiri disoal, apa reaksi kita? Terkejut? Terkedu?

Apa yang penting, soalan-soalan yang sensitif dan 'tricky' ini tidak mampu menggoyah iman selagi mana kita yakin dengan Iman dan Islam yang ada dalam diri. Mungkin kekurangan hujah daripada Al Quran dan Hadis, tetapi bagi saya, setiap persoalan berkaitan dengan Allah dan Islam, masih ada perkaitan dengan kehidupan seharian. Contohnya, B menjawab soalan A, dengan bertanya tentang tindakan A jika ada seseorang yang melakukan jenayah terhadap orang lain. Itu adalah salah satu perkaitan terdekat yang boleh dikaitkan dengan rasional Allah menjadikan syurga dan neraka.

Kisah pengajaran tentang taubat seorang pembunuh


Firman Allah dalam Surah Al-Zalzalah (9:7-8):

Thursday, October 6, 2011

Jom Reflek Diri

Manusia ini unik

Kenapa?

1. Allah beri akal

Kita boleh buat pilihan dan pertimbangan, antara yang baik dan yang buruk.



2. Allah beri fizikal

Kita boleh bergerak, bekeja mencari nafkah dan kita juga dapat beribadah.



3. Allah beri jiwa

Dia adakan pelbagai perasaan,

sebagai pelengkap diri dan penyeri hidup



4. Allah juga kurnia deria

Supaya kita dapat melihat, mendengar, bercakap, bernafas dan merasa.



Belum lagi dikira dengan nikmat syurga di akhirat kelak,

Belum lagi termasuk dengan sifat2 pengasihNya yang sentiasa menerima taubat dan rayu tangis hamba-hambaNya,



Semua Allah beri ini tanpa dipinta sebarang balasan...Dia hanya mahu kita menjalankan tugas dan kewajipan kita sebagai manusia...



Tegarkah kita berpaling? Daripada nikmat yang sentiasa ditawarkan ini?



Fikir-fikirkan....

Ukhuwah

Inikah yang dinamakan UKHUWAH..dimana kita sayang seseorang, rindu seseorang, bertanya khabar kerana Allah, dan sedih berpisah dengannya kerana kewajipan kepada Allah...


Ya ALLAH, peliharalah silaturrahim kami, dekatkan hati-hati kami, pandulah hati, mental dan fizikal kami ke arah jalan yang Kau redhai...dan jangan Kau tarik hidayah yang telah Kau berikan kepada kami....

Tuesday, June 21, 2011

Warkah untuk mereka

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah,

aku seorang anak

kepada seorang ibu yang baik,

ibu yang penyayang,

ibu yang tak pernah menghampakan harapan

anak-anaknya.



Ya Allah,

aku seorang anak,

juga kepada seorang bapa,

bapa yang penyabar,

sabar dengan ragam dan kerenah,

bapa yang tak pernah lokek

material dan kasih sayang.



Ya Allah,

aku bersyukur,

kerana Kau kurniakan mereka,

aku juga bersyukur,

aku beruntung menjadi anak mereka.



Tapi Ya Allah,

aku banyak dosa

aku buat silap

dengan mereka

selama ini.



Aku takut Ya Allah,

aku takut

mengguris hati mereka tanpa aku sedar,

setitik air mata mereka,

selangkah aku dekat dengan nerakaMu Ya Allah.



Aku takut...



Ya Allah,

redha mereka tanda redhaMu kepadaku.

jauhkan aku daripada menjadi anak derhaka,

anak yang tak menghargai

pengorbanan mereka selama ini.



Pintaku yang terakhir Ya Allah,

berikan yang terbaik buat mereka,

kurniakan kesihatan yang baik,

permudahkan segala urusan,

dan peliharalah mereka di dunia dan di akhirat

sebagai mana mereka pelihara ku dari kecil.

sesungguhnya Kau pemelihara kami.

Friday, June 10, 2011

n.o.t.h.i.n.g

Saya memang tak pandai marah!

Teringin nak marah orang, tapi...

takot orang yang kena marah kecik ati..

saya sendiri takot nak marah orang...

mmg diri saya macam ni...


p/s: mcm mana nk jadi cikgu yang garang???







Thursday, June 9, 2011

Bukan salah mereka!


Bicara dimula dengan Bismillahirrahmanirrahim...



Terdapat satu persoalan yang bermain di minda : Apakah yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda hari ini adalah disebabkan oleh kekurangan didikan daripada pihak ibu bapa?



Pendapat saya: Ya dan Tidak



Kenapa Ya?

Ya, jika ibu bapa gagal atau kurang menitikberatkan soal halal haram (iaitu agama) di rumah. Mungkin mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada ustaz dan ustazah di sekolah, menghantar anak-anak mengaji Al-Quran, tetapi bukan daripada mereka sendiri.



Dan kenapa Tidak?

Pendapat saya, tiada yang salah, tiada yang betul dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Hati mana yang sanggup, mata siapa yang tahan melihat anak-anak bermasam muka hanya kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Lain ibu bapa, lain caranya.



Jadi, jangan tuding jari! Satu jari yang ditujukan buat mereka, empat jari berbalik kepada kita. Lihat diri sendiri.



Adakah kita merokok kerana bapa yang suruh? Adakah hijab ditanggalkan kerana ibu yang paksa?



Mungkin berlaku, tetapi pilihan tetap di atas tangan kita, bukan. Allah kurniakan akal untuk kita menilai dan membuat pertimbangan antara yang baik dan yang buruk.



Ya, kita wajib menurut perintah ibu bapa, SELAGI PERINTAH ITU TIDAK MELANGGAR PERINTAH ALLAH!



Tiada alasan lagi! Jangan salahkan ibu mengandung, jangan hukum didikan ayah!





p/s: ditulis dalam mood rindukan mama dan ayah! Love u 2 so much!!


Monday, May 9, 2011

Apa lagi yang tak cukup???

Aku terfikir sejenak,

Saat pandangan mata

berlabuh pada kehijauan pepohon,

Apa lagi yang perlu dibuktikan,

Malah itu sudah cukup untuk kita agungkan.


Daun melambai disapa angin,

Burung terbang mengicau girang,

Langit luas berwajah sayu,

Tanpa cahaya datang menemani,

Itu buktinya...


Dia berhak!


Langit itu Dia kuasai,

Bumi ini Dia terajui,

Jasad ini Dia lengkapi,

Jiwa ini Dia anugerahi.


Apa lagi yang manusia mahukan?

Apa lagi yang tak cukup?


Mengapa masih ada yang tidak ketahui,

malah mengingkari dan berpaling diri?


Mahu lebih lagi?


Tidak gentar dengan letusan gunung berapi?

Tidak takut dengan ancaman ombak tsunami?

Tidak terancam dengan goncangan plat bumi?

Apa lagi??


Allah bukan kejam, Allah bukan keji,

Juga bukan mahu menzalimi,

Bahkan untuk peringatan diri,

Memusing langkah ke jalan diredhai,

Bukan menghilangkan diri dalam syurga duniawi.


Sudah cukup bukan?

Sebetulnya, itulah yang perlu kita renungi,

Bukan semata mengadili,

Allah perancang yang tidak boleh ditandingi,

Setiap yang terjadi pasti ada hikmah diselangi,

Itulah Allah, al-Aziz, al-Alim..

Allahuakbar!


(gambar matahari hampir terbenam di Laut Merah)