Bicara dimula dengan Bismillahirrahmanirrahim...
Terdapat satu persoalan yang bermain di minda : Apakah yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda hari ini adalah disebabkan oleh kekurangan didikan daripada pihak ibu bapa?
Pendapat saya: Ya dan Tidak
Kenapa Ya?
Ya, jika ibu bapa gagal atau kurang menitikberatkan soal halal haram (iaitu agama) di rumah. Mungkin mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada ustaz dan ustazah di sekolah, menghantar anak-anak mengaji Al-Quran, tetapi bukan daripada mereka sendiri.
Dan kenapa Tidak?
Pendapat saya, tiada yang salah, tiada yang betul dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Hati mana yang sanggup, mata siapa yang tahan melihat anak-anak bermasam muka hanya kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Lain ibu bapa, lain caranya.
Jadi, jangan tuding jari! Satu jari yang ditujukan buat mereka, empat jari berbalik kepada kita. Lihat diri sendiri.
Adakah kita merokok kerana bapa yang suruh? Adakah hijab ditanggalkan kerana ibu yang paksa?
Mungkin berlaku, tetapi pilihan tetap di atas tangan kita, bukan. Allah kurniakan akal untuk kita menilai dan membuat pertimbangan antara yang baik dan yang buruk.
Ya, kita wajib menurut perintah ibu bapa, SELAGI PERINTAH ITU TIDAK MELANGGAR PERINTAH ALLAH!
Tiada alasan lagi! Jangan salahkan ibu mengandung, jangan hukum didikan ayah!
p/s: ditulis dalam mood rindukan mama dan ayah! Love u 2 so much!!
No comments:
Post a Comment