Bismillahirrahmanirrahim...
Jom selawat!!! (habit baru sebelum tulis entry)
Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa ala alihi wasohbihi ajmain.. (Nak upload tulisan bahasa arab tak boleh, tapi tau kan sebutan nya macam mana? Alhamdulillah)
Berbalik kepada tajuk perbincangan: KECIL vs BESAR..
Apa yang bermain di fikiran sekarang? Saiz sesuatu barang mungkin yang kebanyakan orang akan fikir. Betul la tu..tapi saiz ni ada pragmatic meaning, maksudnya, bukan ukuran saiz barang tetapi ukuran dari sudut penilaian. *blurrr*
Ok! Contohnya:
Mencuri vs. Ambil tanpa pengetahuan
Mungkin dalam pemikiran, mencuri itu adalah satu perbuatan yang berdosa, manakala ambil barang tanpa pengetahuan tuannya adalah sedikit ringan. Tetapi, sedarkah anda yang kedua-duanya membawa maksud yang sama? Maknanya taraf hukuman@kesilapan yang dibuat adalah setara: iaitu BERDOSA dan HARAM hukumnya..
Kedua-duanya membawa maksud mengambil hak orang lain tanpa kebenaran, sama ada secara paksa atau sembunyi-sembunyi..
Hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab r.a yang bermaksud, dia berkata: "Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah saw datang menghadap kepada beliau, kemudian mereka berkata: " Si Fulan itu mati syahid,dan si Fulan itu mati syahid", sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang lelaki lalu berkata "Si Fulan itu juga mati syahid". Lalu Nabi Muhammad saw bersabda: " Tidak! Sama sekali tidak! Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadis) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan)". H.R. Muslim
Mungkin kita anggap mengambil barang-barang yang kecil macam pen, buku adalah perkara yang remeh, kawan sendiri pulak, tiada hal la..Tapi ingat, jangan biasakan..Takut-takut disebabkan pen yang diambil itu, tak sempat dipulangkan semasa hidup, kaki dihalang untuk melangkah ke dalam syurga.
Contoh lagi:
Tak hadir ke kelas tiada sebab yang kukuh
Rasanya ini perkara 'biasa' dibuat oleh pelajar, terutamanya mahasiswa/siswi (tinggal jauh dari keluarga). Kenapa saya katakan tinggal jauh dari keluarga? Sebabnya, kalau tinggal dengan mak ayah, memang tak berpeluang la nak 'tuang' kelas..Jadi group focus adalah pelajar kolej/universiti.
Tapi, sedar atau tidak, bahawa itu adalah Amanah? Dah bayar fee teruk-teruk, segala macam buku dah dibeli, tapi tak pergi kelas.. Ok, fine. PTPTN @ Biasiswa ya..Sama sahaja...Duit yang digunakan milik siapa sebenarnya? Rakyat bukan? Mak ayah sendiri dan mak ayah orang lain jugak...Tak rasa bersalah kah kita dengan biasiswa yang dapat, bukan semua orang berpeluang, tetapi kita salah guna?
Dalam Kalam suci Al Quran, mafhum ayat 27, Surah Al-Anfal:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
Amanah itu tanggungjawab, tugas yang dah diletakkan di bahu seseorang atas dasar keupayaan dan kepercayaan. Dalam konteks pelajar, seperti saya, yang dihantar kerajaan dengan biasiswa penuh, makna kata, kerajaan meletakkan kepercayaan bahawa saya tidak akan mensia-siakan peluang dan kelebihan yang diberi..
Tapi, masih ada yang memandang remeh akan hal ini. Hadir ke kelas/kuliah/seminar/tutorial mungkin tidak dianggap sebagai kewajipan, cuma sebagai 'memenuhi syarat'. Maka berbaloikah dengan pelaburan kerajaan? Tidak hadir ke kelas kerana menganggap subjek tidak menarik, kehadiran tidak diambil kira, pensyarah 'boring', assignment yang due datenya sudah hampir..Alasan semata! *tegas di situ*
Jika kuliah itu dianggap ibadah, seharusnya tiada yang memberi alasan remeh seperti itu. Jika kelas diletakkan sebagai tempat menuntut ilmu yang Allah sudah menjanjikan bahawa malaikat memayungi orang yang menuntut ilmu, mendoakan mereka yang berada dalam majlis ilmu, maka tidak sepatutnya alasan itu direka.
Isu kecil dan besar ini ada kaitannya dengan Wara', yang dari sudut mafhumnya ialah satu sikap yang takut untuk melakukan/mendekati perkara yang was-was dan tidak jelas.
Wallahualam. Sekadar perkongsian yang kadang-kala diri ini terutamanya, lalai dan terlepas pandang. Masih tidak terlambat untuk mengubah diri, Allah sentiasa membuka pintu rahmat dan taubat untuk kita...InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment