Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan kepada saya untuk mengucapkan kalimah “I love You” pada mama setiap kali di penghujung perbualan telefon. Dulu agak hambar, saya malu nak ucapkan ayat saya sayang mama. Tapi, sejak kami tinggal berjauhan, saya di Kelantan dan mama di Kedah, ayat itu sudah mudah untuk diucapkan. Betul kata orang, kita akan mula merindui apabila berjauhan. Kita tak akan menghargai seseorang yang berada di depan mata kita, kan?! Itu yang terjadi kepada saya sejak tinggal berjauhan dari keluarga.
Tapi, saya masih tak punya kekuatan untuk cakap: “Terima kasih mama, sebab lahirkan saya, besarkan saya, didik saya sampai jadi ‘orang’”. Saya tak pernah cakap lagi. Setakat tulis dalam kad birthday, kad selamat hari ibu memang dah selalu. Saya mohon Allah kekuatan untuk cakap terima kasih kepada mama sekurang-kurangnya sekali sebelum saya tutup mata.
Kadang-kadang saya terfikir, saya rasa mama cuma seorang dalam dunia. Mama, seorang wanita berjiwa kental dan selalu bersemangat. Berbadan kecil tak menjadi masalah untuk mama memandu ke Johor untuk pulang ke kampung, dan ia bukanlah penghalang untuk mama jadi pemimpin di sekolah. Saya nak jadi macam mama. Bekerja dengan sungguh-sungguh dan ikhlas, mama tak pernah kisah dengan ‘cakap-cakap belakang’ dan ‘surat layang’ yang sesungguhnya sebati dalam dirinya. Malah mama tidak cepat melatah dan hanya suka mendiamkan diri, sehinggakan khabar angin itu reda dengan sendirinya.
Mama dianugerahkan suara yang lantang, setiap bait perkataannya penuh makna dan motivasi. Seperti ayah, mama hanya guna ayat yang simple. Ayat yang selalu digunakan mama, “Mesti ada rasa tanggungjawab” telah diterapkan dalam diri kami 5 beradik. Kalau ibu-ibu lain akan menggosokkan pakaian sekolah anak-anak mereka sebelum ke sekolah, mama tidak. Kami sudah dibiasakan untuk membuat kerja-kerja rumah sendiri; basuh baju sekolah sendiri, seterika baju sendiri, kemas buku-buku sekolah sendiri, malah masak sendiri apabila mama tiada di rumah. Semua itu sudah sebati dalam diri kami. Secara tidak langsung, kami belajar untuk hidup berdikari.
Seperti ayah, mama juga seorang yang berjiwa sensitif. Mama boleh rasa kalau anak-anak ada masalah. Mama prihatin dengan jadual belajar dan peperiksaan anaknya. Mama akan baca Yasin untuk kami dan doa agar dimudahkan urusan untuk menjawab peperiksaan. Doa ibu mudah dimakbulkan Allah, bukan?! Alhamdulillah, walaupun tidak cemerlang, kami masih mendapat keputusan yang dapat memuaskan hati mama dan ayah. Berkat doa mama dan ayah.
Nak cerita pasal ibu bapa sendiri, memang tak akan habis. Coretan ini hanyalah mempamerkan sedikit sebanyak pengorbanan dan didikan ibu, yang mungkin tidak dizahirkan secara langsung. Tetapi, melalui kata-kata dan perbuatannya, sepatutnya kita sedar betapa kita berhutang dengan ibu dan ayah. Hutang yang tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit, malah sebanyak mana harta yang kita ada tidak dapat menggantikan segala jasa mereka.
Muhasabah diri dan cuba kita renungkan. Adakah perbuatan kita selama ini menyenangkan hati mereka? Pernahkah kita ungkapkan “I LOVE YOU” ataupun “TERIMA KASIH” kepada ibu dan ayah? Pernahkah ibu dan ayah meminta-minta untuk dibalas jasa dan pengorbanan mereka? Dan, adakah kita mampu melakukan perkara yang sama kepada anak-anak kita?
Mama, ayah, I love u so much. Terima kasih, sebab mama, sebab ayah, kite jadi orang hari ni.
Mama..Dulu..Kini dan Selamanya..
2 comments:
mama rocks.
agree with you dear, susah nak ckp i love you kat mak.
ngn mak leha pun same
menanges lagi aku! ahha
;)
huhu...nad!!
dulu ak pun segan gak nk cakap..tp skrg cm bnda yg wajib plak ckp kat mama..huhu..xpe nad..insyaALLAH mak leha tau anak dia sayang dia..heee~
Post a Comment