Tuesday, February 21, 2012

Dakwah dan Kita

Bismillahirrahmanirrahim..

Selepas ber'kampung' di Alum Rock Mosque, Birmingham selama 2 hari dan 2 malam, Alhamdulillah, telah tergolong dalam hamba-hamba yang telah dipilih Allah untuk menimba ilmu yang bukan semua orang boleh dapat. Membedah Risalah Hassan al Banna adalah satu pengalaman yang sangat unik kali ini, sebab risalah-risalah ini berjaya membuka mata dan minda tentang DAKWAH.

Antara input-input yang 'appealing' daripada risalah-risalah tersebut:-

  1. Dakwah tidak menerima kompromi.
  2. Orang yang terima dakwah akan hidup bersama dakwah dan dakwah akan hidup bersamanya.
  3. Orang yang tidak bersedia menanggung tanggungjawab akan kehilangan ganjaran sebagai para mujahid, dan berada sebaris dalam barisan orang yang tercicir bersama orang yang berpeluk tubuh.
  4. Yang mengukuhkan dakwah ialah IMAN dan UKHUWWAH.
  5. Dakwah adalah mengajak manusia ke arah ISLAM, dan mengharapkan semata-mata ganjaran REDHA dan SYURGA Allah.
  6. Dakwah tidak akan membuahkan HASIL secara serta-merta.
  7. Kita berdakwah atas perasaan SAYANG dan SIMPATI dengan keadaan masyarakat yang semakin tenat supaya kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar.


Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan satu idea :

PENDAKWAH BERMINDA KORPORAT.

Berdasarkan pemahaman peribadi (saya bukan seorang pelajar Bisnes/Keusahawanan), pendakwah berminda korporat bermaksud, ciri-ciri seorang pendakwah yang menjalankan atau memperjuangkan medan dakwah ini menggunakan asas-asas korporat sebagai medium.

Ini yang saya 'list down' semasa perbincangan kami:-

1. Modal: sebagai satu kemestian dalam memulakan perniagaan. begitu juga dengan DAKWAH, ilmu sebagai modal untuk disampaikan kepada masyarakat.

2. Strategi: bagaimana untuk menarik pelanggan, begitu juga pendekatan dakwah yang berbeza mengikut 'target group'.

3. Imej/Slogan/Matlamat: manifesto dan piagam pelanggan yang ditaburkan supaya dapat menarik para pelabur dan pelanggan untuk terus mendekati perniagaan, begitu juga dengan imej PENDAKWAH yang diketengahkan supaya dapat meyakinkan masyarakat bahawa prinsip yang dibawa bukanlah satu kefahaman yang terpesong, malah ditunjukkan kepada Islam yang sebenar.

4. Budaya kerja: bermula 8 pagi, tutup kedai 9 malam adalah salah satu budaya dalam perniagaan, di mana komitmen amat-amat diperlukan. Begitu juga DAKWAH, yang memerlukan disiplin dalam bekerja, dan budaya kerja Islam perlu diwujudkan untuk menjalankan kerja-kerja dakwah secara strategik dan tersusun.

5. Mengaut keuntungan: Siapa yang tidak mahu keuntungan? Dalam DAKWAH, untung di sini adalah hanya REDHA dan SYURGA Allah. Pendakwah tidak mengharapkan keuntungan dari segi material keduniaan, nama dan pujian. Semua ini akan menjadikan kerja dakwah mereka sebagai satu yang sia-sia, dan sebenarnya mereka mengalami KERUGIAN, dan bukanlah UNTUNG.

6. Risiko /Loss: berlawanan dengan untung, persamaan antara BISNES dan DAKWAH adalah risiko seperti kerugian. Risiko ini tidak dapat dielakkan, tetapi boleh dikurangkan dengan adanya strategi dan 'backup plan'.

7. AKTIF/LELAP?: tak dinafikan, dalam perniagaan, ada ahli AKTIF, dan ada juga ahli LELAP, dimana ahli AKTIF adalah orang yang bergerak di barisan hadapan untuk melebarkan sayap perniagaan, tetapi ahli LELAP adalah ahli yang mungkin menyumbangkan modal tetapi selepas itu hanya menunggu untung/hasil tanpa melakukan apa-apa kerja di lapangan. Dalam dakwah, di manakah kedudukan kita? Ahli AKTIF, atau ahli LELAP?!


Dakwah bukan satu kerja yang mudah, ia memerlukan pengorbanan tenaga, masa dan harta bagi sesiapa yang komited untuk menjalankannya. Ianya juga satu tuntutan kepada setiap manusia sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam surah Al-Haj:

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan- Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Iamenamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al- Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan" (Al-Haj: 77-78)


Sebagai penutup, mari sama-sama reflek dan muhasabah diri dengan mafhum hadis di bawah:

Muadz bin Jabal meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Tidak berganjak kaki Anak Adam pada hari Kiamat sehingga disoal kepadanya 4 perkara: 1) Tentang usianya, pada apa dihabiskan; 2)Tentang masa mudanya, dan apa yang telah diperjuangkannya; 3) Tentang hartanya, dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakan; dan 4) Tentang ilmunya, apa yang telah dibuatnya." (Riwayat At-Tirmidzi)


~WALLAHUALAM~





Wednesday, February 15, 2012

Sedikit? Banyak?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua!! Kaifahalukum?! Ana bikhair, Alhamdulillah..

Dah lama x tulis entry lepas dok homeSIK hari tu kan?! Hurm..

Kali ni nak sembang2 pasal DUET la...

Alhamdulillah..Elaun dah masuk..walaupun agak lambat sket, tp xpa la..saving pun masih ada, so x la rsau sgt *padahal dalam akaun tu nyawa2 ikan ja jumlah duet*

Cakap pasal DUET, bnda ni subjektif kan..


1. RM 100 ja? MANA CUKUP TUE! SIKIT sangat

2. RM 100 CUKUP la, buat pa nak banyak2..

3. Eh!!Buat apa banyak2?! RM 100 tu dah LEBIH DARI CUKUP dah!!


Macam mana plak jadi macam ni, padahal jumlahnya sama?

Jawapannya: terpulang kepada bagaimana pandangan kita terhadap nilai RM100 tersebut...

Bak kata pepatah: Ukur baju di badan sendiri..

Sama la kalau nak berbelanja pun. Ikut keperluan, BUKAN kemahuan. Mana yang perlu dan penting, diutamakan. Yang berkenan di hati 2, mungkin boleh ditangguhkan atau dilambat2kan sket pembeliannya..Kalau x, jadi la macam kat bawah ni ha..



Dan mula la kita nak berhutang..adoi..hutang tu sbnarnya, bnda yang TAK BEST tau x..Seboleh2nya xpayah la nk berhutang melainkan kita dah memang sesak sangat2..ok..fine, boleh tolerate lagi la kan...


Tapi, dalam dok banyak duet 2, jangan lupa, ayah selalu cakap :

"Dalam rezeki kita ni, ada jugak bahagian orang lain. Bukan RM5000++ gaji kita bulan2 tu hak kita semua tau.."

Sebab tu kadang2 kita dok rasa x cukup kan?! Rupa2nya termakan bahagian orang lain. Tak berkat rezeki kita 2..huhu

SEDEKAH la sikit..Kalau tak mau nampak OBVIOUS sangat, bleh blanja kawan2 makan ka, blanja roti ka..ok la 2, dr kita habiskan duet tu sorang2..ish3..*reflek diri*


Sebagai penutup, hayati kalam2 Allah ni...Sekian, Wassalam



Wallahualam

id=

Monday, February 6, 2012

Rindunya pada mereka!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, aku sangat sangat RINDU pada mereka, Ya Allah..sesak dada menahan rindu..

Tika membaca AlQuran, boleh menitis air mataku, memang! memang tak khusyuk membaca kalam Mu itu..sebab aku RINDU mereka, Ya Allah!! Baru tadi bercakap dengan mama. n baru beberapa hari lepas call ayah dan bersembang dengan ayah.. Dan sekarang, aku menangis ingatkan mereka..

Tak dapat aku bayangkan kalau mereka tak ada dalam hidup aku. Aku tak puas berbakti pada mereka. Walaupun selama ni, lebih banyak buat mereka sedih daripada gembira.. Walaupun selama ni hanya membebankan mereka, bukan menyenangkan.. Tapi aku belum puas menatap wajah mereka, mendengar suara mereka.. Ya Allah sakitnya dada ini menahan rindu..

Dalam diri, aku berazam nak jadi anak yang baik, solehah..ak nak jadi anak yang doanya dimakbulkan ketika mereka dah tak ada di dunia ni.. aku nak jadi anak yang dapat membanggakan mereka.. aku nak jadi anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat..Aku nak jadi anak yang dapat meringankan beban mereka apabila disoal di sana kelak..

Agaknya, macam ni jugak keadaan mereka merindui aku?! Atau lebih berat?!


Ya Allah, jangan biar mereka menitis air mata kerana ku, kerana setiap titisan itu satu dosa buatku...

Ya ALLAH, peliharalah mereka seperti mana mereka dah memelihara aku sejak kecil, dan jangan Kau bebankan mereka dengan ujian yang mereka tak dapat tanggung..



Wednesday, January 25, 2012

Kursus Pra-Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar semua?! Semoga sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah..

Dah lama x dak entry kan?! Sorry la..busy dengan assignments and project suma..Ni pun curi masa sekejap dari buat assignment 2000 words *huhu* (release tension la konon)

Kali ni nak bercakap pasal Kursus Pra Perkahwinan yang BERJAYA dilaksanakan minggu lepas.. Sabtu dan Ahad (21-22 Januari 2012)...Alhamdulillah..

Tak mau bincang secara detail, cuma nak bagi mcm reflection la.. (penangan terlalu banyak assignments yang dah dibuat).

1. Skop perbincangan dalam Kursus Pra Perkahwinan bukan hanya tertumpu kepada bagaimana nak menjalani hidup selepas berkahwin, tetapi ianya melibatkan keseluruhan syariat. Kursus ni starting dia dengan menerangkan tentang IMAN, ISLAM dan IHSAN.. iaitu tentang asas-asas aqidah dan Islam. So, sila ubah mind set ye..Dia merangkumi semuanya, akhlak, ibadah, muamalah..macam2 lagi..

2. Kahwin bukan satu benda yang mudah, tapi kesusahannya itu yang membawa kepada kemanisan dan barakah. Kahwin ni banyak prosedur, secara sivil mahupun secara syariat. Nak kena daftar la, isi borang macam2..syariat pun sama, ada akad nikah, walimah semua 2..kalau tengok skali lalu, ya Allah, susah rupanya nak kahwin ni. Tapi, kalau niat dilandaskan atas meneruskan sunnah Nabi dan menghalalkan apa yang haram, InsyaAllah kemanisan nya datang selepas itu..

3. Lepas pegi kursus ni, baru la sedar diri yang banyak lagi nak kena improve, nak kena belajar. Contohnya, penah dengar kan, nak ikat suami, kena ikat perut dia dulu.. So, ustaz bg tips la, yang isteri kena la pandai masak..takkan nak bagi suami dok makan luar ja. xpun bibik yang masak. Benda ni jugak mama ngan ayah penah cakap dulu, kalau asyik makan bibik masak, jgn terkejut kalau laki 2 berkenan n kawen gn bibik 2.. sbb dah jatuh sayang ngan masakan bibik (ngan tuan masakan sekali)!!! *peringatan*

Lagi benda nak kena improve adalah tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa. Sementara bujang ni la nk berbakti spenunya kat mak ayah. Sebab nnt kalau dh bersuami, keutamaan diberi selepas Allah dan Rasul adalah kepada suaminya..huhu..So, kalau nk manja2 gn mama n ayah, time bujang ni la..takot pas kawen xdak can dah..


So, yang ni ja kot yang boleh dishare setakat ni. Memang tak banyak, tapi lebih baik kalau kita dapat amalkan apa yang sedikit ni daripada ada banyak, tapi xtak terbuat semuanya. InsyaAllah..



Friday, January 13, 2012

Analisis lagu Asy-Syifa (UNIC)

Bismillahhirrahmanirrahim.

Hari ni rasa cam nak buat analisis kat lagu ni..Lagu UNIC yang terbaru (rasanya la)

Saya sedar, saya xpandai sangat bahasa Arab ni..Pengetahuan yang ada cuma yg penah belajar dulu la..so, kalau da salah silap, harap teguq naa..

As-Syafi

'Alami... Ilahi....Tibbun Nabawi...

Hadirlah sebuah rasa
Dari keinsafan dosa
Langit pun terbuka bintang
bertaburan
Indahnya...indahnya tawakkal
Ud'uni...ud'uni astajib lakum

Dari bumi dari hati
Herba Penawar Al-Wahida
Halalan Thoyyiban

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi
Anta Syafi Ya Ilahi

Meratalah doa di langit luas
Tumbuh harapan hati yang ikhlas
Disinari cahaya rabbani
Syifaun linnasi
Anta syafi ya Ilahi
Anta syafi
Halalan Thoyyiban

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi
Anta Syafi Ya Ilahi

Izhabil ba'sa wasyfi
La syifaan illa syifauka
Syifaan la yughadiru saqoma
Anta syafi ya Ilahi

'Asal madu murni
Hijamah habbatus sauda
Al-'alamil al-Quran
Hudan lil muttaqin
Allahu Rabbi

Ya Syafi Ya Syafi Ya Syafi
Anta Syafi Ya Ilahi



Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Tn Hj Ismail b Ahmad
Penerbit : Bazli UNIC
Susunan Muzik : Greg Henderson
Hakcipta : HPA Industries Sdn Bhd

1. As-Syafi mksudnya Penawarku. Syifa' maksudnya Penawar, tambah -i belakang bermaksud -ku.

2. Lagu ni dia list semua2 penawar , yang bukan chemical-based. Contoh:

a. keinsafan dosa

b. tawakkal

c. janji Allah : ud'uni, astajib lakum (berdoalah kepada Ku, nescaya Aku akan kabulkan doa kamu)

d. bumi: betulkan, kalau kita tadabbur alam, hati jadi relaks ja..ada ka orang yang marah2 bila tengok laut?!

e. herba.

f. Habatus Sauda

g. Halal Toyyiban: makanan, minuman, dan perkara2 yang halal sebagai penawar dan menjadikan segala amalan dan hati menjadi tenang dan sempurna.

h. doa!!!

i.hati yang ikhlas

j.madu

k. AL QURAN!!! Sebaik2 penawar..


Wallahualam


Sunday, January 8, 2012

Hari ini kami ber'circle'

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua!!! Semoga berada dalam keadaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik, InsyaAllah!!

Hari ni nak cerita pasal satu kejadian yang tak dirancang (oleh manusia), tapi Allah dah rancang tanpa pengetahuan (kami).

Mulanya, Ummi datang dengan niat nak masak-masak n makan-makan kat umah 20 (yang dhaif ni). Dia datang dengan jacket potatonya, tuna, sayur mayur, ayam (yang masih sempurna ke'frost'annya) dan macam2 lagi la.. *dah mcm dapur umah dia terbakar xleh guna pun ada..heee~*

Okay, so pagi tadi, dalam pukul 10.30 lebih kurang, dia pun mai la umah ni..Kami pun memulakan projek kami. Sambil2 makan brunch 2, tengok la TANAH KUBUR..sempat la dua episod kami tengok, sblum bersiap2 nk zohor. Alhamdulillah, kami berjemaah waktu zohor 2..

And after zohor, ajak la Ummi masak utk lunch. (Lunch ka, dh mcm minum petang pun ada jugak). Dia teringin nk makan mee hailam. So, buat la mee hailam (yang agak tak jadi). And, dia pun ajak skali housemate dia Aisyah mai makan sekali..So, kami pun makan. Sekali ngan Farah, my housemate *lupa nak mention*. Sambil2 makan, buka video ProductiveMuslim..Walaupun ketawa2, tapi insyaAllah da la ilmu yang bleh diambil dr video pendek 2..

Tepat 14.14, berkumandanglah azan Asar. Alhamdulillah, dah siap2 makan, kemas2 tmpat makan, kami pun terus siap2 nk solat jemaah lagi..

Tambah best lagi, lepas asar, kami terbuat tazkirah. Saya kongsikan salah satu hadith dalam buku yang diberi oleh ayah tersayang, 40 Hadis Penawar Hati.



Ni la circle kami..Banyak yang kami cerita, tapi hanya yang terpilih sahaja yg ditulis dalam entry ni..

*sebelum*

*abaikan background*

*selepas* :p


Lepas2 2, diorg akan sambung2, kami share2 pendapat, ataupun ilmu2 yg kami ada. Contohnya, hadith nabi.

Sebelum penutup, Aisyah da bagi 1 ANALOGI.

"Ada 2 bangunan, satu bangunan runtuh dan bangunan sebelah dia bangunan yg sempurna. Ada seorang manusia, dia bersih2kan bangunan yang runtuh 2. Esok tu, dia pegi bangunan yang cantik sebelah 2 pulak"

Soalannya, what represents the buildings?!

Jawapannya: ISLAM dan JAHILIYAH. Yang runtuh 2, ISLAM dan yang cantik itu JAHILIYAH. Keadaan umat sekarang, dia melakukan ibadah2 Islam, tapi pada masa yang sama, dia juga meng'imarah'kan ajaran2 Jahiliyah 2. Macam mana 2 eh?!


(tak pandai lukis) *anggaplah rumah kayu sebelah kiri 2 bangunan yang runtuh 2 ek?!

Satu analogi yang berjaya membuatkan kami terfikir dan termenung sebentar. Realiti Umat Hari Ini!!

Wallahualam

Saya JATUH HATI!!!

Bismillahhirrahmanirrahim..

Jangan terkejut!! Jangan salah paham eh!! Saya JATUH CINTA dengan ceramah USTAZ DON!!!!

*hehehe*

Dulu, sangat susah nak dengan ceramah online, sebab tak boleh fokus..Serius!!Dengaq xdan 10 min, terus wat bnda len..ceramah dok buka lagi, tapi telinga, minda dan jiwa tak fokus. Kenapa eh?!

Tapi, bila mai dengaq Ustaz Don ceramah, starting dari TV Al Hijrah punya slot 2, trus JATUH CINTA!!! Lepas tue, slalu la buka youtube, cari n dengaq ustaz ni ceramah..

Sempoi ja..best ja dgr..maybe sebab dia cakap Penang, senang paham kot..




p/s: Jom dengaq Ustaz Don!!! *pesanan penaja*