Wednesday, December 18, 2013

Buah hati saya, dunia dan akhirat

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, wa'ala alihi Saidina Muhammad.

Assalamualaikum wbt semua! Setelah sekian lama, baru nak update blog ni. Fuh fuh *tiup habuk*

Alhamdulillah, terkini tentang hidup saya. Dah BFG dari UK, sedang sambung pengajian untuk setahun lagi di IPG Kota Bharu. Baru-baru ni baru sahaja selesai menguruskan perkahwinan kakak dan abang. Alhamdulillah, tahun ni dapat seorang abang ipar dan kakak ipar, dan bakal anak buah kedua jugaaaakk!

Cakap pasal kahwin. Kakak, lepas kahwin pernah pesan, "dah kawen nanti susah sikit, kita nak kena ikut cakap suami. Sementara ang dok bujang ni, cuti sekolah jangan p mana. Dok umah, bagi mama dan ayah nampak depan mata sentiasa"

Dan itu jugalah azam cuti sekolah saya jugak. Nak try sedaya upaya untuk berbakti dan teman mama dan ayah masa cuti sekolah. Saya rasa azam tersebut berjaya dilaksanakan, sehingga satu ketika mama ajak balik kampung di Segamat, Johor sebab nak uruskan majlis kawen abang kedua, Shafiq. Masa tu, ada mama, ayah, saya dan adik lelaki. Kakak dan abang tak dapat cuti. Awal-awal dah janji dengan mama, nak ikut dia balik kampung. Tapi last minute saya cancel. Saya suruh adik lelaki yang temankan, dan saya teman ayah sebab kami akan balik naik bas. Ayah tak mau tinggal rumah tu lama-lama sebab trauma dengan kejadian pecah rumah yang baru sangat jadi masa bulan posa hari tu.

Sejak dari hari tu, bila kol/mesej mama, kadang2 ja dia angkat/reply. Yang lain-lain mesti mak sedara atau abang yang kol balik. Masa tu dah tak sedap hati. Dalam hati, "mesti mama merajuk sebab tak teman dia balik kampung".

Beberapa hari lepas tu, selepas mendapat kekuatan dan menyusun ayat sebab tak mau bagi mama makin terasa hati, saya mesej mama. 3 muka panjangnya. Penjelasan yang sedaya upaya tak mau mama terasa hati lagi, sebabnya saya dah cukup berdosa sebab mama yang tengah merajuk tu.

Alhamdulillah, sampainya di kampung, mama sambut saya dan ayah depan pintu. Pukul 10.30 baru kami sampai Segamat. Cium tangan mama, cium pipi kiri kanan. Alhamdulillah, rasa lega di hati. Lepas tu, layanan mama kembali seperti biasa.

Kejadian ni menyedarkan saya. Inilah kehidupan saya sekarang, yang saya tak perlu nak buat pilihan, buat masa sekarang. Ini peluang yang Allah bagi sementara saya masih bujang, dengan masa dan kudrat yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Mereka juga 'buah hati' saya yang saya tak perlu nak susah2 cari kat luar sana. Dah ada depan mata. Allah bagi, dunia dan akhirat.

2 comments:

~A journey 2 Remember~ said...

betulaa dik.kita slalu tak perasan benda ni..dok la merungut boring la kat rumah boring la kat umah..tp padahal byk bende bley buat bersama org tua kita..ni tak asyik mengadap tv tak pun ngn lappy buat kerja kita...haishh..terus rasa nk p sembng ngn depa :)

nur shuhada binti miskin said...

kan??hehe..kalau xdak benda nak sembang pun, stakat lekat depan mata depa pun rasanya depa dah rasa seronok..bila lagi, satg dah tak dak depan mata baru rasa menyesal..huhu