Tuesday, June 21, 2011

Warkah untuk mereka

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah,

aku seorang anak

kepada seorang ibu yang baik,

ibu yang penyayang,

ibu yang tak pernah menghampakan harapan

anak-anaknya.



Ya Allah,

aku seorang anak,

juga kepada seorang bapa,

bapa yang penyabar,

sabar dengan ragam dan kerenah,

bapa yang tak pernah lokek

material dan kasih sayang.



Ya Allah,

aku bersyukur,

kerana Kau kurniakan mereka,

aku juga bersyukur,

aku beruntung menjadi anak mereka.



Tapi Ya Allah,

aku banyak dosa

aku buat silap

dengan mereka

selama ini.



Aku takut Ya Allah,

aku takut

mengguris hati mereka tanpa aku sedar,

setitik air mata mereka,

selangkah aku dekat dengan nerakaMu Ya Allah.



Aku takut...



Ya Allah,

redha mereka tanda redhaMu kepadaku.

jauhkan aku daripada menjadi anak derhaka,

anak yang tak menghargai

pengorbanan mereka selama ini.



Pintaku yang terakhir Ya Allah,

berikan yang terbaik buat mereka,

kurniakan kesihatan yang baik,

permudahkan segala urusan,

dan peliharalah mereka di dunia dan di akhirat

sebagai mana mereka pelihara ku dari kecil.

sesungguhnya Kau pemelihara kami.

2 comments:

Hana Nasir said...

huhuhu..ni buaq lg x sabaq nk balik ni ada!!ttb takut xdan nk mntk maaf:|

nur shuhada binti miskin said...

kami terpikiaq td..huhuhu...12 jam perjalanan mcm2 bleh jadi...insyaAllah, doakan selamat sumanya