Tuesday, June 21, 2011

Warkah untuk mereka

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah,

aku seorang anak

kepada seorang ibu yang baik,

ibu yang penyayang,

ibu yang tak pernah menghampakan harapan

anak-anaknya.



Ya Allah,

aku seorang anak,

juga kepada seorang bapa,

bapa yang penyabar,

sabar dengan ragam dan kerenah,

bapa yang tak pernah lokek

material dan kasih sayang.



Ya Allah,

aku bersyukur,

kerana Kau kurniakan mereka,

aku juga bersyukur,

aku beruntung menjadi anak mereka.



Tapi Ya Allah,

aku banyak dosa

aku buat silap

dengan mereka

selama ini.



Aku takut Ya Allah,

aku takut

mengguris hati mereka tanpa aku sedar,

setitik air mata mereka,

selangkah aku dekat dengan nerakaMu Ya Allah.



Aku takut...



Ya Allah,

redha mereka tanda redhaMu kepadaku.

jauhkan aku daripada menjadi anak derhaka,

anak yang tak menghargai

pengorbanan mereka selama ini.



Pintaku yang terakhir Ya Allah,

berikan yang terbaik buat mereka,

kurniakan kesihatan yang baik,

permudahkan segala urusan,

dan peliharalah mereka di dunia dan di akhirat

sebagai mana mereka pelihara ku dari kecil.

sesungguhnya Kau pemelihara kami.

Friday, June 10, 2011

n.o.t.h.i.n.g

Saya memang tak pandai marah!

Teringin nak marah orang, tapi...

takot orang yang kena marah kecik ati..

saya sendiri takot nak marah orang...

mmg diri saya macam ni...


p/s: mcm mana nk jadi cikgu yang garang???







Thursday, June 9, 2011

Bukan salah mereka!


Bicara dimula dengan Bismillahirrahmanirrahim...



Terdapat satu persoalan yang bermain di minda : Apakah yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda hari ini adalah disebabkan oleh kekurangan didikan daripada pihak ibu bapa?



Pendapat saya: Ya dan Tidak



Kenapa Ya?

Ya, jika ibu bapa gagal atau kurang menitikberatkan soal halal haram (iaitu agama) di rumah. Mungkin mereka memberi sepenuh kepercayaan kepada ustaz dan ustazah di sekolah, menghantar anak-anak mengaji Al-Quran, tetapi bukan daripada mereka sendiri.



Dan kenapa Tidak?

Pendapat saya, tiada yang salah, tiada yang betul dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Hati mana yang sanggup, mata siapa yang tahan melihat anak-anak bermasam muka hanya kerana kehendak mereka tidak dipenuhi. Lain ibu bapa, lain caranya.



Jadi, jangan tuding jari! Satu jari yang ditujukan buat mereka, empat jari berbalik kepada kita. Lihat diri sendiri.



Adakah kita merokok kerana bapa yang suruh? Adakah hijab ditanggalkan kerana ibu yang paksa?



Mungkin berlaku, tetapi pilihan tetap di atas tangan kita, bukan. Allah kurniakan akal untuk kita menilai dan membuat pertimbangan antara yang baik dan yang buruk.



Ya, kita wajib menurut perintah ibu bapa, SELAGI PERINTAH ITU TIDAK MELANGGAR PERINTAH ALLAH!



Tiada alasan lagi! Jangan salahkan ibu mengandung, jangan hukum didikan ayah!





p/s: ditulis dalam mood rindukan mama dan ayah! Love u 2 so much!!