Monday, May 9, 2011

Apa lagi yang tak cukup???

Aku terfikir sejenak,

Saat pandangan mata

berlabuh pada kehijauan pepohon,

Apa lagi yang perlu dibuktikan,

Malah itu sudah cukup untuk kita agungkan.


Daun melambai disapa angin,

Burung terbang mengicau girang,

Langit luas berwajah sayu,

Tanpa cahaya datang menemani,

Itu buktinya...


Dia berhak!


Langit itu Dia kuasai,

Bumi ini Dia terajui,

Jasad ini Dia lengkapi,

Jiwa ini Dia anugerahi.


Apa lagi yang manusia mahukan?

Apa lagi yang tak cukup?


Mengapa masih ada yang tidak ketahui,

malah mengingkari dan berpaling diri?


Mahu lebih lagi?


Tidak gentar dengan letusan gunung berapi?

Tidak takut dengan ancaman ombak tsunami?

Tidak terancam dengan goncangan plat bumi?

Apa lagi??


Allah bukan kejam, Allah bukan keji,

Juga bukan mahu menzalimi,

Bahkan untuk peringatan diri,

Memusing langkah ke jalan diredhai,

Bukan menghilangkan diri dalam syurga duniawi.


Sudah cukup bukan?

Sebetulnya, itulah yang perlu kita renungi,

Bukan semata mengadili,

Allah perancang yang tidak boleh ditandingi,

Setiap yang terjadi pasti ada hikmah diselangi,

Itulah Allah, al-Aziz, al-Alim..

Allahuakbar!


(gambar matahari hampir terbenam di Laut Merah)

No comments: