Tuesday, June 29, 2010

TIPS KEJAYAAN..

*Semua pekerjaan bergantung kepada niatnya, maka niatlah semua pekerjaan dengan yang baik, nescaya akan memberikan manfaat kepada kita dan dapat mencegah kejahatan...

*Jangan lemahkan kesabaran anda dengan datangnya cubaan, kerana itu akan dapat melunturkan keteguhan, mengotori akal fikiran yang waras dan menimbulkan keraguan...

*Kesungguhan adalah jalan yang paling penting untuk meraih kejayaan. Kesungguhan ketika bekerja bagaikan minyak angin dalam mengubati penat-penat, bagaikan ubat segala penyakit dan bahkan ianya adalah harta yang paling berharga...

*Orang yang berjaya tidak akan dapat dikalahkan oleh hawa nafsu, kesabaran yang tidak pernah lemah, tidak goyah dengan godaan dan tidak dikalahkan oleh kegagalan yang dialaminya...

*Kenikmatan makan adalah setelah lapar, kesegaran air setelah haus, kenyenyakan tidur setelah bekerja keras, dan seindah-indah kejayaan adalah setelah jerih payah...

*Kelmarin ada orang yang mati, hari ini ada orang yang menikah, tetapi esok belum tentu ada yang melahirkan...Guna waktumu kerana waktu adalah kekayaan yang diam...


sumber: MUTIARA HIKMAH Daripada AL QURAN dan AS SUNNAH, Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

No comments: