Saturday, December 29, 2012

Epilog diri_1


Adat pertemuan, pasti disusuli dengan perpisahan. Di atas peta dunia, jasad kami terpisah. Di penghujung tahun 2012, sekali lagi bumi Edinburgh menjadi saksi pertemuan kami. Kesejukan bayu musim sejuk dihangatkan dengan pelukan rindu dan dakapan sayang atas nama Allah dan ukhuwwah yang terjalin.

Selepas 3 hari 2 malam berhimpun, melalui suka duka bersama, meredah hujan dan cuaca dingin bersama, tidak sah jika perpisahan ini disulami dengan 'drama air mata'. Tak puas rasanya menatap wajah bersih mereka, masih terngiang kata-kata semangat dan nasihat mereka. JUMS kali ketiga, juga mungkin yang terakhir buatku yang bakal pulang ke Malaysia Jun 2013, InsyaAllah, akan kurindui saat-saat manis kita semua. JUMS sentiasa di hati. Memori aku bersama mereka diukir buat pertama kalinya dengan JUMS. JUMS menjadi asbab aku merindui mereka. JUMS juga menjadi asbab untuk berjumpa dan berkumpul dengan mereka.

Allah, aku rindu!

Jika tak berkesempatan untuk bertemu di atas dunia, Kau temukanlah kami di Akhirat kelak..amin.

................................................................................................................

Hati berbaur..perasaan bercampur aduk terkenangkan sisa sisa waktu keberadaan di tanah Inggeris ini.. Hati melonjak suka apabila teringatkan kampung halaman, tak sabar rasanya nak capai kedua-tangan ayah mama, cium tangan pipi mereka, dan berada dalam dakapan mereka selepas 2 tahun tak bersua dan menjejak kaki ke Malaysia. Tapi, dalam pada masa yg sama, nun jauh di sudut hati kecil ini, aku pasti merindui bumi Eropah dan seisinya. suasana tarbiyyah yang aku dapat di sini..pasti aku rindu...

 Bermula perkenalan yang singkat di Malaysia, selepas lebih kurang 7 tahun tak berjumpa, aku diajak menyertai JUMS pada tahun pertama ak di UK..(anda tahu siapa anda), perkenalan sebagai kawan sekolah rendah mmbuahkan bibit-bibit cinta dan rindu setiap kali berjauhan..JUMS yang pertama berjaya mmbuka mata dan minda, dan yang paling penting, membuka hatiku yang sememangnya penuh titik hitam ini untuk terus melangkah ke hadapan , mencari makna diri ini dan erti kehidupan yg sebenar...terima kasih kakak..

Tahun pertama di UK sangat bermakna buatku. Membina tali ukhuwah antara akhawat yang tak pernah bersua muka adalah detik yang sangat gembira. JUMS sebagai satu titik bermulanya ukhuwah kami. JUMS juga adalah titik bermulanya perjalanan dan langkah pentarbiyahan aku di bumi permaisuri ini. Melalui JUMS juga aku belajar bagaimana bekerja dalam organisasi Islamik dengan strategi dan penuh hikmah. Yang paling penting, aku belajar dari mereka bagaimana untuk mencurahkan bakti dan tenaga dalam organisasi, tetapi pada masa yang sama, tidak mengabaikan fokus utama dihantar ke UK iaitu belajar. Ramai dan majoriti mereka adalah dari golongan bakal professional seperti doktor, jurutera dan ahli farmasi. Aku kagum dengan budaya kerja mereka, kesanggupan menginfakkan tenaga bukan dari segi fizikal malah mereka tak pernah berkira dari segi wang ringgit. Salah satu kesedaran dan azam yang aku ambil daripada sikap murni mereka adalah ‘Biarlah elaun yang ada dibelanjakan dengan membeli tiket ke program daripada dihabiskan dengan ‘shopping’ dan perkara lagha’.

JUMS adalah yang pertama, tapi bukanlah yang terakhir. Pentarbiyahan aku tak berakhir di sini. Walaupun selama hampir 2 tahun aku ‘berseorangan’ di tanah yang paling hujung di selatan UK, dan selama itu  juga aku memendam rasa sepi dan sunyi. Aku cemburu dengan akhawat lain yang ramai di lokaliti lain. Tetapi Alhamdulillah, Allah tahu sepi aku. Dia rancangkan yang terbaik, Dia yang campakkan kesempatan dan peluang kepada kami untuk berjumpa sekurang-kurangnya 2 bulan sekali di program-program anjuran ISMA dan juga organisasi lain. Wang ringgit dan kesempitan waktu bukanlah penghalang kami untuk bertemu menghilangkan rasa rindu di hati. Setiap pertemuan kami dibasahi dengan kata-kata semangat, tak kurang juga dengan air mata. Itu satu kemestian. Pelukan akan diiringan dengan air mata ukhuwwah. Sempit rasanya dada untuk melepaskan pelukan dan pandangan mata dari mereka. Allah saja yang tahu perasaan kami.



Wednesday, December 26, 2012

Jaulah kami ke Daulatul Anbiya_4

Teringat kata-kata seorang sahabat " Manusia hanya nampak keburukan melebihi kebaikan, negatif melebih positif". Terima kasih sahabat, kata-kata anda menyedarkan saya!


Ya benar, 3 entries berkenaan jaulah ke Mesir, semuanya buruk-buruk belaka kan?! Baru ku sedar, ada masih banyak kelebihan Mesir jika mahu dibandingkan dengan budaya-budaya negatif yang lain.

Antaranya ialah, setiap kali aku masuk ke dalam kereta (teksi, bas atau van), hanya berkumandang ayat suci AlQuran. Tiada lagu rock kapak, pop dan balada yang dimainkan. Allahuakbar. Ayat suci al Quran yang menjadi halwa telinga mereka sehari-hari. Mereka lebih hebat berbanding aku rupanya. Bukan sahaja mendengar, malah boleh mengikuti satu persatu lagu-lagu hits hari ini. Sungguh, ini memang kelebihan yang bukan calang-calang. Tahniah orang Mesir, anda jauh lebih hebat dari kami.

Yang kedua - Masjid yang tak putus-putus menerima pengunjung setiap kali masuk waktu solat, yang rata-rata dapat ku lihat dari golongan rakyat tempatan (tekaan berdasarkan cara pemakaian). Baik muslimin, baik muslimat. Ruang solat penuh! Malah bersesak-sesak. Walaupun tak sebesar ruang solat muslimin, tetapi masih memanfaat setiap inci ruang dengan solat dan iktikaf.

Yang ketiga- yang paling terharu dan dirindui, semestinya layanan dan sambutan sahabiah Mesir yang sangat-sangat 'first class'. Ada yang tak pernah kenal, ada yang pernah kenal suatu masa dahulu, semuanya mengukirkan senyuman mesra ketika menyambut ketibaan kami. Masa sanggup dilapangkan semata-mata hendak menjalankan tanggungjawab melayan dan mendahulukan tetamu. Semoga Allah memberkati pengorbanan kalian, dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian..

Banyak lagi kebaikan, yang mungkin tak dapat diconteng dan ditulis, tapi perlu diamati sendiri di sana. 

Wallahualam
Pemandangan matahari hampir terbenam ketika perjalanan pulang melalui Sungai Nil

Friday, November 30, 2012

Jaulah kami ke Daulatul Anbiya'_3

Hari ketiga kami ke Giza. Ada piramid! Ada Sphinx!
Piramid sinonim dengan Firaun dan nabi Musa a.s.

Berkata tourguide kami, Ustaz Fauzi: ' Di Mesir, akan berjumpa dengan 2 jenis manusia.

1. Yang perangai bagus dan elok seperti Nabi Musa a.s., dan
2. Yang buruk seperti Firaun'.

Pesan ustaz lagi, nanti jangan jalan sendiri, jangan berpecah dari kumpulan.

Tak dapat aku (dan mungkin kami semua) bayangkan bagaimana sifat dan sikap sebenar manusia di Mesir. Rupa-rupanya, fuhh..perlukan kesabaran yang tinggi.

Ustaz cerita, ada sekumpulan pelajar (kalau xsilap dari UK jugak), datang ke Giza dan yang tak bernasib baiknya adalah, diorang kena tipu!!!

Nak naik unta, dikenakan caj LE900 (900 genih), bersamaan £100. Allahuakbar.
Mungkin ini yang dikatakan manusia seperti Firaun. Elok lah, kena tipu pulak area Pyramid. Mentang-mentang itu tempat dia...

Dalam hati, reflek diri, reflek ummah, reflek bangsa, reflek negara.

Macam mana nak ubah minda, nak ubah sikap dan akhlak ummah?
Macam mana nak majukan Islam, kalau diri sendiri tak maju, dan cuba majukan orang lain?! hurm...

*Piramid di Giza*


Monday, November 5, 2012

Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_2

Aku teringat satu kata-kata yang 'menuduh'  "negara Islam tidak akan pernah maju jika mengikut aturan dan undang-undang Islam. Lihat Barat, yang tiada terikat dengan Islam, kemajuan mereka tidak dapat dilawan oleh negara-negara lain, terutamanya Islam."

Ini salah!!!

Mesir tidak maju bukan kerana mereka mengikut undang-undang Islam, tapi kerana mereka TIDAK mengikut undang-undang dan acuan yang sebetulnya. Begitu juga Malaysia, UK dan negara lain. Bagaimana hendak maju jika kebersihan tidak dititikberatkan, azan tidak dihiraukan, pergaulan dan ikhtilat dipandang mudah, aurat tak ditutup dengan sempurna.


Satu perbezaan yang aku boleh nampak antara Mesir dan Arab Saudi adalah, apabila azan berkumandang, penjual-penjual di sekitar Masjidil Haram akan tutup kedai dan bergegas ke masjid untuk tunaikan solat. Sedihnya, ini tidak berlaku di Mesir. Ada seorang dua, tapi tidak semua. Wallahualam, ini hanya peramatan aku sepanjang 5 hari di sana, satu tempoh yang tidak lama untuk aku membuat pernilaian. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pasar-pasar malam yang riuh, bersesakan dengan pengunjung, yang kemungkinan besar mengabaikan seruan solat ataupun melengah-lengahkan ibadat tersebut. Bagaimana hendak maju?

Jika mahu membandingkan dengan UK, ya, memang bersih, orangnya jujur, peramah. Tetapi dari sudut akhlak, mereka KOSONG! Lihat sahaja bahasa mereka, kelakuan mereka *terutamanya pada waktu malam (parti dan pub). Adakah ini yang dikatakan maju??

Lagi satu, Mesir juga masih menghidupkan budaya 'Tarian Gelek', yang memang sangat popular. Sampaikan ada seorang akhawat berkata, seorang gadis mestilah pandai menari, supaya dapat menghiburkan suami apabila sudah berkahwin. 

Masalahnya, bukan di depan suami sahaja, malah tarian ini sudah menjadi perhatian dan tontonan Umum (sesuai kepada semua peringkat umur??). Antara tempat yang menjadi pusat hiburan adalah di Sungai Nil. Dengan bayaran 3 genih, sesiapa sahaja boleh masuk dan menonton tarian gelek yang dipersembahkan oleh anak-anak muda, mungkin berumur belasan tahun. Lagu dipasang sangat kuat, mengalahkan azan yang berkumandang di masjid terdekat. Aduh! Rosak...rosak!!

Sedih, bertambah sedih.

Bagaimana hendak maju, jika budaya yang sia-sia dipertahan dan diteruskan, tetapi ibadah yang wajib diabaikan, dipandang enteng?

(Sungai Nil)

*bersambung*


Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_1

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in...

Assalamualaikum wbt. Semoga berada di bawah lindungan rahmat dan HidayahNya, insyaAllah...

Alhamdulillah, jaulah ke bumi anbiya' telah berakhir. Jazakumullah kepada semua sahabat yang bersusah payah melayan tetamu yang banyak kerenah dan ragam ni.

Sebelum menjejak kaki ke bumi anbiya', kisah tentang keadaan di sana telah aku ketahui melalui media dan cakap-cakap orang. Kotor dan kasar adalah 2 kata nama yang sering diperkatakan untuk menggambarkan keadaan orang dan tempat di sana. Tak tergambar diriku bagaimana realiti yang sebenar. Aku menggambarkan keadaan di Arab Saudi, sewaktu aku dan keluarga pergi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010.

Selepas lebih kurang 5 jam penerbangan, kami sampai di Cairo International Airport. Disambut oleh sahabat baru, seperti sudah lama kenal. Subhanallah, indahnya ukhuwah yang bersulamkan iman dan taqwa.

Seawal 4.15 pagi kami sampai, seusai solat Subuh terus menuju ke 'rumah penginapan' yang pertama di Abbasiyyah. Jalan lengang, mungkin kerana masih dalam mood bercuti hari raya Aidil Adha. Melewati lorong-lorong kecil, sudah kelihatan rupa sebenar Mesir. Bukan mengutuk, tetapi ini realiti. Kotor dengan sampah sarap yang hanya dibuang di depan rumah dan kedai, dan lalat mula menghurung. Sedih, perasaanku sedih. Kecewa juga dengan sikap saudara seagama yang mungkin bukan semua, tetapi kebanyakannya yang alpa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan seorang manusia.

Apabila ditanya seorang akhawat, 'Berdebu tak datang Mesir?' 'Biasala tu, jawab aku sambil tersenyum. Jauh di lubuk hati, bukan debu yang menjadi masalah, debu itu asalnya dari pasir-pasir, yang memang sudah sebati dengan negara Arab yang mempunyai padang pasir. Tetapi sampah yang menyakitkan mata dan hati yang membuatkan aku kehilangan kata dan senyum sepanjang melalui jalan-jalan di sana.

Mereka juga berkata, di Mesir, budaya mereka mengadakan korban adalah di atas jalan raya, di depan rumah, malah ada haiwan yang disembelih di dalam rumah. MasyaAllah, lagi satu fakta yang cukup membuatkan aku terkejut sekali lagi. Dengan keadaan yang tiada sistem perparitan atas sebab tiada hujan, ini menjadikan keadaan lebih tercemar dengan darah haiwan tersebut.

Tetapi, Alhamdulillah, setiap yang dijadikan Allah itu tidaklah sia-sia. Dengan kelebihan pasir yang wujud di Mesir, itu yang membuatkan darah tidak mengalir begitu jauh yang boleh membuatkan seluruh kawasan terkena darah. Malah, suhu yang sentiasa panas juga mempercepatkan lagi pengeringan darah.

Kali pertama melihatkan keadaan ini, aku terkejut.
Bukankah lebih elok diadakan 'slaughter house' (rumah penyembelihan), di mana disediakan tempat-tempat khas untuk sembelih haiwan, yang mungkin lebih tertutup dan jauh daripada pandangan orang. *hanya cadangan*
Mungkin ini biasa bagi mereka, tetapi terlalu luar biasa bagi kami yang baru menjejak kaki ke sini.

*bersambung*






Wednesday, September 12, 2012

Sembang santai kami adik beradik

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma Solli ala Muhammad, waala alihi wasohbihi ajma'in

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dikurniakan kesihatan dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNya, insyaAllah..

Ini kisah kami......

Kemaren, kakak tag pada artikel bagaimana seorang penganggur graduan uni boleh hidup sederhana dan berkahwin dengan hanya meniaga...Ya, 90% dari rezeki pun datangnya daripada perniagaan kan..Nasihat yang kakak bagi adalah:


"setiap org ada talent.contoh terdekat macam kucing...mana ada belajaq mana2 pon tapi sebab dia comel, ayah boleh bela sampai beranak pinak..xpenah xcukup makan.(bolehkah bg contoh macam ni??)..actually xpayah belajaq tinggi2 pon utk maju..janji mau usaha..rezeki allah ni luas..lagi berkat kena selalu mintak ampun kat ayah dgn mama...doa dari mama dgn ayah saja dah cukup utk berjaya plus hidup tenang....seriesss!!! "


(walaupun mcm xdak kena mengena sangat dengan kucing, tp xpa la..)



Hari ni nak smbung, sbb kemaren lupa nk gtau..salah satunya amalkan solat sunat dhuha, solat mintak buka dan permudah rezeki..ayah selalu buat, sbb 2 kami (dan kakak) bleh cakap, apa yang ayah buat menjadi, tanam sayur menjadi, kebun buah dia menjadi..Alhamdulillah, salah satunya sbb ayah amalkan solat sunat ni. Rasanya jarang la ayah terlepas, mungkin atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Ayah tak pernah mengeluh, walaupun kdg2 kalau mintak duet, dia akan tnya macam2 sebelum dia bagi, tp at last dia hulur jugak. Bukan apa, dari sini kami adik beradik belajar berjimat dan sederhana.


Situasi sama macam mama, 2-2 kerja besar (ayah dah pencen, harap maklum), tapi Alhamdulillah, kami tak ada masalah kesempitan wang.. Sebab hidup berduet tak semestinya cukup kan. Saya respect macam mana ayah dan mama didik kami adik beradik, tak pernah bermewah, dari segi pakai sampai ke makan. segalanya sederhana. Makan luar jarang sekali..

Lagi 1, daripada bacaan pagi tadi selepas subuh, ada ternampak kelebihan orang yang bertaqwa, iaitu dilepaskan daripada masalah hidup dan dimurahkan rezeki (Surah al-Talaq: 2-3)

Mafhumnya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup dan akan memberi rezeki dari mana sumbernya yang tidak disangka".

Apa maksud taqwa, secara ringkasnya ialah, memelihara, menjaga, menjauh, dan melindungi diri daripada melakukan dosa (kecil dan besar), kemusyrikan, perkara2 syubhah dan kejahatan.

Muslim tak semestinya Muttaqin :

Orang Islam tak semestinya orang yang bertaqwa. Sebab atas nama dan agama Islam, tak cukup membuktikan diri ini bertaqwa.

Jom, sama2 kita cari ilmu untuk perbaiki diri untuk menjadi orang Islam yang beriman dan bertaqwa insyaAllah..

Kita, Iblis dan sejadah

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma Solli ala Muhammad, wa ala alihi wasohbihi ajma'in..

Assalamualaikum, semoga semuanya dikurniakan kesihatan dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Nya, insyaAllah..

Terbaca satu artikel tulisan seorang hamba Allah warga Indonesia, tentang dialog Pak Kiai dengan Iblis.

*boleh klik di sini*

Tetiba teringat juga pengalaman ataupun realiti yang hampir sama berlaku, di Malaysia.

Pernah tak kita pergi berjemaah di masjid atau surau, dan ada jemaah wanita yang membentangkan sejadah masing-masing, dan tak mahu berginjak sedikit pun dari sejadah mereka, walhal kita diwajibkan untuk merapatkan saf-saf ketika solat?

Pernah berlaku kepada diri sendiri dan mungkin anda juga. Realiti ini selalunya berlaku dalam kalangan jemaah wanita, yang mana akan membawa telekung dan sejadah sendiri. *Mungkin berlaku dalam kalangan jemaah lelaki, wallahualam sebab tak pernah menjenguk ke luar saf lelaki*

Minta maaf ya wahai saudara wanita ku, bukan mahu menuding jari. Tapi ini salah satu realiti yang berlaku. Diri ini juga tak terlepas daripada membuat kesalahan yang sama, jujur.

Mari kita fikirkan...

Kenapa ya, tak boleh berjauhan daripada sejadah sendiri?
Kenapa ya, perlu solat di sejadah sendiri, dan tidak mahu rapatkan saf, bimbang tidak 'centre' kah sujud nanti?

Semakin lebar sejadah, semakin jauh la jurang antara saf. Semakin banyak jugak iblis-iblis yang 'masuk saf' tersebut.

Wallahualam.