Friday, November 30, 2012

Jaulah kami ke Daulatul Anbiya'_3

Hari ketiga kami ke Giza. Ada piramid! Ada Sphinx!
Piramid sinonim dengan Firaun dan nabi Musa a.s.

Berkata tourguide kami, Ustaz Fauzi: ' Di Mesir, akan berjumpa dengan 2 jenis manusia.

1. Yang perangai bagus dan elok seperti Nabi Musa a.s., dan
2. Yang buruk seperti Firaun'.

Pesan ustaz lagi, nanti jangan jalan sendiri, jangan berpecah dari kumpulan.

Tak dapat aku (dan mungkin kami semua) bayangkan bagaimana sifat dan sikap sebenar manusia di Mesir. Rupa-rupanya, fuhh..perlukan kesabaran yang tinggi.

Ustaz cerita, ada sekumpulan pelajar (kalau xsilap dari UK jugak), datang ke Giza dan yang tak bernasib baiknya adalah, diorang kena tipu!!!

Nak naik unta, dikenakan caj LE900 (900 genih), bersamaan £100. Allahuakbar.
Mungkin ini yang dikatakan manusia seperti Firaun. Elok lah, kena tipu pulak area Pyramid. Mentang-mentang itu tempat dia...

Dalam hati, reflek diri, reflek ummah, reflek bangsa, reflek negara.

Macam mana nak ubah minda, nak ubah sikap dan akhlak ummah?
Macam mana nak majukan Islam, kalau diri sendiri tak maju, dan cuba majukan orang lain?! hurm...

*Piramid di Giza*


Monday, November 5, 2012

Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_2

Aku teringat satu kata-kata yang 'menuduh'  "negara Islam tidak akan pernah maju jika mengikut aturan dan undang-undang Islam. Lihat Barat, yang tiada terikat dengan Islam, kemajuan mereka tidak dapat dilawan oleh negara-negara lain, terutamanya Islam."

Ini salah!!!

Mesir tidak maju bukan kerana mereka mengikut undang-undang Islam, tapi kerana mereka TIDAK mengikut undang-undang dan acuan yang sebetulnya. Begitu juga Malaysia, UK dan negara lain. Bagaimana hendak maju jika kebersihan tidak dititikberatkan, azan tidak dihiraukan, pergaulan dan ikhtilat dipandang mudah, aurat tak ditutup dengan sempurna.


Satu perbezaan yang aku boleh nampak antara Mesir dan Arab Saudi adalah, apabila azan berkumandang, penjual-penjual di sekitar Masjidil Haram akan tutup kedai dan bergegas ke masjid untuk tunaikan solat. Sedihnya, ini tidak berlaku di Mesir. Ada seorang dua, tapi tidak semua. Wallahualam, ini hanya peramatan aku sepanjang 5 hari di sana, satu tempoh yang tidak lama untuk aku membuat pernilaian. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pasar-pasar malam yang riuh, bersesakan dengan pengunjung, yang kemungkinan besar mengabaikan seruan solat ataupun melengah-lengahkan ibadat tersebut. Bagaimana hendak maju?

Jika mahu membandingkan dengan UK, ya, memang bersih, orangnya jujur, peramah. Tetapi dari sudut akhlak, mereka KOSONG! Lihat sahaja bahasa mereka, kelakuan mereka *terutamanya pada waktu malam (parti dan pub). Adakah ini yang dikatakan maju??

Lagi satu, Mesir juga masih menghidupkan budaya 'Tarian Gelek', yang memang sangat popular. Sampaikan ada seorang akhawat berkata, seorang gadis mestilah pandai menari, supaya dapat menghiburkan suami apabila sudah berkahwin. 

Masalahnya, bukan di depan suami sahaja, malah tarian ini sudah menjadi perhatian dan tontonan Umum (sesuai kepada semua peringkat umur??). Antara tempat yang menjadi pusat hiburan adalah di Sungai Nil. Dengan bayaran 3 genih, sesiapa sahaja boleh masuk dan menonton tarian gelek yang dipersembahkan oleh anak-anak muda, mungkin berumur belasan tahun. Lagu dipasang sangat kuat, mengalahkan azan yang berkumandang di masjid terdekat. Aduh! Rosak...rosak!!

Sedih, bertambah sedih.

Bagaimana hendak maju, jika budaya yang sia-sia dipertahan dan diteruskan, tetapi ibadah yang wajib diabaikan, dipandang enteng?

(Sungai Nil)

*bersambung*


Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_1

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in...

Assalamualaikum wbt. Semoga berada di bawah lindungan rahmat dan HidayahNya, insyaAllah...

Alhamdulillah, jaulah ke bumi anbiya' telah berakhir. Jazakumullah kepada semua sahabat yang bersusah payah melayan tetamu yang banyak kerenah dan ragam ni.

Sebelum menjejak kaki ke bumi anbiya', kisah tentang keadaan di sana telah aku ketahui melalui media dan cakap-cakap orang. Kotor dan kasar adalah 2 kata nama yang sering diperkatakan untuk menggambarkan keadaan orang dan tempat di sana. Tak tergambar diriku bagaimana realiti yang sebenar. Aku menggambarkan keadaan di Arab Saudi, sewaktu aku dan keluarga pergi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010.

Selepas lebih kurang 5 jam penerbangan, kami sampai di Cairo International Airport. Disambut oleh sahabat baru, seperti sudah lama kenal. Subhanallah, indahnya ukhuwah yang bersulamkan iman dan taqwa.

Seawal 4.15 pagi kami sampai, seusai solat Subuh terus menuju ke 'rumah penginapan' yang pertama di Abbasiyyah. Jalan lengang, mungkin kerana masih dalam mood bercuti hari raya Aidil Adha. Melewati lorong-lorong kecil, sudah kelihatan rupa sebenar Mesir. Bukan mengutuk, tetapi ini realiti. Kotor dengan sampah sarap yang hanya dibuang di depan rumah dan kedai, dan lalat mula menghurung. Sedih, perasaanku sedih. Kecewa juga dengan sikap saudara seagama yang mungkin bukan semua, tetapi kebanyakannya yang alpa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan seorang manusia.

Apabila ditanya seorang akhawat, 'Berdebu tak datang Mesir?' 'Biasala tu, jawab aku sambil tersenyum. Jauh di lubuk hati, bukan debu yang menjadi masalah, debu itu asalnya dari pasir-pasir, yang memang sudah sebati dengan negara Arab yang mempunyai padang pasir. Tetapi sampah yang menyakitkan mata dan hati yang membuatkan aku kehilangan kata dan senyum sepanjang melalui jalan-jalan di sana.

Mereka juga berkata, di Mesir, budaya mereka mengadakan korban adalah di atas jalan raya, di depan rumah, malah ada haiwan yang disembelih di dalam rumah. MasyaAllah, lagi satu fakta yang cukup membuatkan aku terkejut sekali lagi. Dengan keadaan yang tiada sistem perparitan atas sebab tiada hujan, ini menjadikan keadaan lebih tercemar dengan darah haiwan tersebut.

Tetapi, Alhamdulillah, setiap yang dijadikan Allah itu tidaklah sia-sia. Dengan kelebihan pasir yang wujud di Mesir, itu yang membuatkan darah tidak mengalir begitu jauh yang boleh membuatkan seluruh kawasan terkena darah. Malah, suhu yang sentiasa panas juga mempercepatkan lagi pengeringan darah.

Kali pertama melihatkan keadaan ini, aku terkejut.
Bukankah lebih elok diadakan 'slaughter house' (rumah penyembelihan), di mana disediakan tempat-tempat khas untuk sembelih haiwan, yang mungkin lebih tertutup dan jauh daripada pandangan orang. *hanya cadangan*
Mungkin ini biasa bagi mereka, tetapi terlalu luar biasa bagi kami yang baru menjejak kaki ke sini.

*bersambung*






Wednesday, September 12, 2012

Sembang santai kami adik beradik

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma Solli ala Muhammad, waala alihi wasohbihi ajma'in

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dikurniakan kesihatan dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNya, insyaAllah..

Ini kisah kami......

Kemaren, kakak tag pada artikel bagaimana seorang penganggur graduan uni boleh hidup sederhana dan berkahwin dengan hanya meniaga...Ya, 90% dari rezeki pun datangnya daripada perniagaan kan..Nasihat yang kakak bagi adalah:


"setiap org ada talent.contoh terdekat macam kucing...mana ada belajaq mana2 pon tapi sebab dia comel, ayah boleh bela sampai beranak pinak..xpenah xcukup makan.(bolehkah bg contoh macam ni??)..actually xpayah belajaq tinggi2 pon utk maju..janji mau usaha..rezeki allah ni luas..lagi berkat kena selalu mintak ampun kat ayah dgn mama...doa dari mama dgn ayah saja dah cukup utk berjaya plus hidup tenang....seriesss!!! "


(walaupun mcm xdak kena mengena sangat dengan kucing, tp xpa la..)



Hari ni nak smbung, sbb kemaren lupa nk gtau..salah satunya amalkan solat sunat dhuha, solat mintak buka dan permudah rezeki..ayah selalu buat, sbb 2 kami (dan kakak) bleh cakap, apa yang ayah buat menjadi, tanam sayur menjadi, kebun buah dia menjadi..Alhamdulillah, salah satunya sbb ayah amalkan solat sunat ni. Rasanya jarang la ayah terlepas, mungkin atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Ayah tak pernah mengeluh, walaupun kdg2 kalau mintak duet, dia akan tnya macam2 sebelum dia bagi, tp at last dia hulur jugak. Bukan apa, dari sini kami adik beradik belajar berjimat dan sederhana.


Situasi sama macam mama, 2-2 kerja besar (ayah dah pencen, harap maklum), tapi Alhamdulillah, kami tak ada masalah kesempitan wang.. Sebab hidup berduet tak semestinya cukup kan. Saya respect macam mana ayah dan mama didik kami adik beradik, tak pernah bermewah, dari segi pakai sampai ke makan. segalanya sederhana. Makan luar jarang sekali..

Lagi 1, daripada bacaan pagi tadi selepas subuh, ada ternampak kelebihan orang yang bertaqwa, iaitu dilepaskan daripada masalah hidup dan dimurahkan rezeki (Surah al-Talaq: 2-3)

Mafhumnya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup dan akan memberi rezeki dari mana sumbernya yang tidak disangka".

Apa maksud taqwa, secara ringkasnya ialah, memelihara, menjaga, menjauh, dan melindungi diri daripada melakukan dosa (kecil dan besar), kemusyrikan, perkara2 syubhah dan kejahatan.

Muslim tak semestinya Muttaqin :

Orang Islam tak semestinya orang yang bertaqwa. Sebab atas nama dan agama Islam, tak cukup membuktikan diri ini bertaqwa.

Jom, sama2 kita cari ilmu untuk perbaiki diri untuk menjadi orang Islam yang beriman dan bertaqwa insyaAllah..

Kita, Iblis dan sejadah

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma Solli ala Muhammad, wa ala alihi wasohbihi ajma'in..

Assalamualaikum, semoga semuanya dikurniakan kesihatan dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Nya, insyaAllah..

Terbaca satu artikel tulisan seorang hamba Allah warga Indonesia, tentang dialog Pak Kiai dengan Iblis.

*boleh klik di sini*

Tetiba teringat juga pengalaman ataupun realiti yang hampir sama berlaku, di Malaysia.

Pernah tak kita pergi berjemaah di masjid atau surau, dan ada jemaah wanita yang membentangkan sejadah masing-masing, dan tak mahu berginjak sedikit pun dari sejadah mereka, walhal kita diwajibkan untuk merapatkan saf-saf ketika solat?

Pernah berlaku kepada diri sendiri dan mungkin anda juga. Realiti ini selalunya berlaku dalam kalangan jemaah wanita, yang mana akan membawa telekung dan sejadah sendiri. *Mungkin berlaku dalam kalangan jemaah lelaki, wallahualam sebab tak pernah menjenguk ke luar saf lelaki*

Minta maaf ya wahai saudara wanita ku, bukan mahu menuding jari. Tapi ini salah satu realiti yang berlaku. Diri ini juga tak terlepas daripada membuat kesalahan yang sama, jujur.

Mari kita fikirkan...

Kenapa ya, tak boleh berjauhan daripada sejadah sendiri?
Kenapa ya, perlu solat di sejadah sendiri, dan tidak mahu rapatkan saf, bimbang tidak 'centre' kah sujud nanti?

Semakin lebar sejadah, semakin jauh la jurang antara saf. Semakin banyak jugak iblis-iblis yang 'masuk saf' tersebut.

Wallahualam.

Monday, September 10, 2012

Bukan sifat kita itu...

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli ala Saidina Muhammad, waala alihi wasohbihi wabarik wasallim..

Assalamualaikum wbt. Apa khabar, zahir dan batin? Semoga semuanya berada di bawah rahmat dan lindunganNya, insya Allah..

Apa 'bukan sifat kita itu' itu?

Iaitu PUTUS ASA. Sifat yang dipilih secara rawak... apabila teringatkan keluarga di tanah air.

Saya punya seorang adik, lelaki. Yang kini sudah berumur 18 tahun, masih belajar dan menuntut di Tingkatan 6 Bawah, SMK Sik. Teringat dialog tak lama dulu, ketika bulan Ramadhan. Niat asalnya mahu bersembang dengan mama, tapi nasib tak baik, mama dah tidur. Dan yang menjawab telefon adalah adik, satu-satunya.

Mula bertanya tentang hal-hal di rumah, dan kemudiannya dia mula bersembang tentang sekolahnya. Sibuk dengan homework dan presentation, dan sedang menyiapkan slide presentation yang akan dibentangnya pada Ahad minggu depan.

Adik: Ang tau Adak (saya), cikgu aku ada pesan, belajar ni antara mau ngan tak mau ja. Aku baru tau Adak.
Saya: Haaa...tau pun..patutnya ang sedaq dari dulu lagi. Kalau 5 taun lepas ang sedaq benda ni, mesti SPM ang ari tu gempak.
Adik: Tu la. Dulu tak tau, budak-budak lagi. Tak matang. 
Saya: Cikgu ang tu betul. Kalau pandai, tapi malas, tak guna jugak. Tapi kalau tak pandai, tapi mau belajaq, insyaAllah boleh punya.
Adik: Hurm..aku baru tau la ni..tu la kan....

Dari dialog kami yang tak seberapa ini, saya dapat merasakan yang adik saya, yang dahulunya seorang yang suka ambil lewa tentang pelajarannya, kini sudah sedar. Adik saya istimewa. Kata mama, disebabkan dulu pernah ada sejarah diambil air tulang belakang atas sebab demam pada usianya yang masih kecil, adik saya ini membesar tidak seperti orang lain. Mudah sakit, lelah dan demam jika ada tersalah makan atau terlebih aktif bermain. Maka, tahap pelajarannya juga merosot. Pernah dia mengadu pada mama, yang dia tak pernah dapat no 1 dalam kelas, tak pandai macam kawan-kawannya yang lain....

Tapi, Alhamdulillah, malam itu, terkesan dengan kata-kata gurunya, dan sedikit nasihat daripada saya, dia (mungkin) berubah. Memandangkan hanya dia yang masih bersekolah, sedangkan abang-abang dan kakak-kakaknya sudah pun bekerja dan belajar di universiti, mungkin dia melihat kami sebagai pembangkit semangat untuk terus belajar dan berusaha. Dalam nada bergurau, saya berkata, "Ki, ang jangan bagi malu kluarga kita tau, kami semua lepas masuk u, wpun memang sejarah kluarga kita yang lelaki akan masuk Form 6 n yang perempuan akan terus masuk matriks/u". Tak kisah la sejauh mana perjalanannya, janji semangat tidak putus, malah sentiasa berkobar-kobar untuk terus mengisi dada dengan ilmu. InsyaAllah..

Wish you luck, my bro!

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk mengubah nasib mereka".

Wednesday, August 8, 2012

Tergesa, menggesa atau digesa?!

Bismillahhirrahmanirrahim..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa'ala Alihi Wasohbihi Wasallim..

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadhan, Salam Barakah untuk semua!

Hari ni 19 Ramadhan 1433. Bagaimana puasa semua? InsyaAllah semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang lepas dan semoga kita dapat menempuh baki fasa ke 2 nanti, InsyaAllah..

Hidup di UK tak sama dengan hidup di Malaysia. Di UK, antara habit orang-orang sini adalah jalan LAJU.



Laju dia memang laju habis. Mungkin boleh nak bayangkan kalau kita dah lambat ke kelas, macam mana kita berjalan, haa..macam tu la orang sini berjalan. Padahal rasanya diorang on time kot, punctual. Orang Malaysia yang renek, comel-comel ni memang kalah la, tak terkejar. Rasanya kena berlari kot kalau nak berjalan saing dengan diorang...

Tapi, rasanya ni fitrah, yang Allah dah berfirman dalam surah Al-Anbiya' (37):


Mafhum bagi separuh ayat yang awal:
Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa...

Abaikan kisah di UK, cuba reflek diri...

Adakah kita juga tergolong dalam orang yang laju (tergesa-gesa)?

Tergesa-gesa yang bagaimana?

Tergesa-gesa keluar dari kelas untuk menunaikan solat yang baru masuk waktunya?
Tergesa-gesa mengejar bas untuk cepat sampai di rumah, supaya dapat solat di awal waktu?
Tergesa-gesa menunaikan solat atas sebab yang remeh, contohnya menonton TV?

Senaraikan sahaja sifat tergesa-gesa kita, dan kira, adakah yang positif lebih ataupun sebaliknya?

Sambungan mafhum ayat di atas ialah ...Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) Ku, Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya.

Allah bagi warning, jangan KALUT, jangan TERGESA-GESA. 
Kalau disorotkan lagi ayat selebihnya, Allah bagi warning bagi mereka yang bertanyakan tentang Hari Kiamat.

Tapi, mungkin boleh jugak untuk kita faham, Allah suruh kita bersabar. 

"Aku dah solat 5 waktu sehari, tunggang terbalik sehari semalam, tapi xdapat jugak. Doa tu tak payah cakap la"
Dialog ni kadang-kadang laju ditutur, mengeluh, suarakan ketidakpuasan hati atas 'reward' yang tak 'balik modal'. Mulalah mengungkit segala usaha yang dah dibuat, yang akhirnya sia-sia atas sebab keluhan itu.

Di sini maksudnya, kita menggesa Allah supaya tunjukkan/berikan balasan.

Pernah kan kita jadi macam ni? Diri ini juga tak lepas daripada situasi ini. Selalu. Banyak kali...

Allahuakbar. Benar lah, manusia ini sifatnya tergesa-gesa. Hari ini buat, esok nak dapat hasil dah. Kalau hari ni buat hari dapat lagi bagus..Bonus..

Hellooo! Tanam pokok taugeh hari ini pun, esok belum tentu bercambah tau. Ini pulak nak reward yang bukan calang-calang. Ingat! Dalam separuh ayat yang kedua tu, Allah dah janji, 'akan Aku perlihatkan kekuasaanKu'. Isunya sekarang adalah LAMBAT atau CEPAT saja. Sebab, Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah. Tak perlu tergesa-gesa dengan reward, kalau ibadah yang dibuat pun tak ikhlas, hanya harapkan balasan. 

Wallahualam.

Selamat Berpuasa!