Sunday, May 1, 2011

Mengapa masih tak bersyukur?

Mengapa masih tak bersyukur
Sedang mereka menelan sisa
Kita menikmati juadah mewah

Mengapa tak bersyukur
Sedang mereka bertarung separuh nyawa
Kita hidup aman sentosa

Mengapa tak bersyukur
Sedang mereka tiada arah haluan
Kita sudah tersusun jadual harian


Mengapa tak bersyukur
Sedang mereka hilang anggota badan
Kita sempurna fizikal dan fikiran


Mengapa tak bersyukur
Sedang mereka penat membanting tulang 4 kerat
Kita hanya bergoyang kaki duduk berehat


Mengapa tak bersyukur
Sedang mereka hilang keluarga, hilang teman
Kita bahagia bergelak ketawa


Mengapa tak bersyukur
Sedang mereka masih dalam proses mengenal aksara
Kita sudah memegang status mahasiswa


Mengapa masih tak bersyukur
Sedang Allah kurnia sekalian nikmat
Kita masih kufur dan ingkar?!




" Nay! But worship Allah (alone and none esle), and be among the grateful" (Az-Zumar: 66)

MENGAPA TAKUT KELAINAN?




Suka untuk saya berkongsi satu kisah.

Sedari dulu, aku terjebak dengan kata nama ini.Dalam ramai-ramai adik beradik aku, hanya aku seorang yang terlepas masuk SMKA gara-gara keputusan UPSR yang bagus. Oleh sebab takut dan tak biasa, aku pernah merancang untuk menggagalkan diri dalam kertas Bahasa Arab Komunikasi PMR. Alasannya? Supaya aku diarahkan pindah ke sekolah menengah harian biasa.

Percaturan Allah itu tiada tandingan.

Di SMKA ini aku belajar banyak benda. Mungkin kerana persekitaran Islamik, mulut aku terkunci apabila berhadapan dengan lelaki. Aku hanya bercakap apabila perlu, dan mulutku mula dibuka apabila berhadapan dengan rakan-rakan berlainan jantina yang kononnya ‘sekepala’ denganku. Itu saja. Tak lebih daripada itu.

Di sini juga aku mengenal erti menutup aurat yang sebenarnya. Sejak daripada darjah enam sehingga tingkatan 5, sepupu lelaki sebelah mama dibawa tinggal bersama. Tiada batasan aurat yang aku tunjukkan sepanjang keberadaan sepupuku itu di rumah. Pada suatu hari di Dorm 5, sedang aku berkongsi cerita keluarga dengan seorang senior, tidak terlepas aku menceritakan tentang sepupuku di rumah. Dan senior tersebut menegur tentang auratku di rumah. Pulang ke rumah pada hujung minggu, aku cuba untuk memakai tudung dan t shirt lengan panjang. Ayah pernah menegur “Kenapa pakai tudung dalam rumah? Rambut gugur ke?” Jawabku ringkas, “Sebab Mat (bukan nama sebenar) ada.”

Sejak dari itu, aku mula belajar untuk menutup aurat walaupun secara ‘slow’. Seminggu lagi Hari Raya. Aku resah memikirkan tentang penampilan baruku untuk ditunjukkan kepada saudara-mara di kampung. Aku tahu aku nampak lain daripada orang lain di sana. Makcik juga pernah berkata “Waaahh…Siti (bukan namaku yang sebenar) dah jadi ustazah.” Sedikit sebanyak, hati ini terguris. Tapi, aku simpan menjadi satu azam dalam diri untuk meneruskan ‘perjuangan’ku ini. Dan Alhamdulillah, lama-kelamaan, aku semakin berasa selesa dengan penampilan ‘bertudung di rumah’.

Disebabkan ‘kelainan’ ini, aku dapat rasakan yang sepupu-sepupuku yang lain mula menjauhkan diri. Mungkinkah hanya perasaan aku semata, tetapi ianya jelas. Jika itu harga yang perlu aku bayar atas ‘kelainan’ itu, aku redha. Aku berdoa semoga Allah membuka hati mereka untuk berubah dan kembali ke jalanNya. InsyaAllah.

Bagaimana?

Kadang-kadang, hati ini terfikir, kenapa perlu takutkan kelainan? Adakah sebab takutkan sahabat lari tinggalkan kita? Ataupun, takut dipandang ‘lain’ oleh masyarakat? Itulah hakikatnya. Inilah bayarannya jika mahu menjadi lain daripada orang lain. Malah, kelainan ini mendapat pandangan lain daripada Allah. Pesanan untuk diri sendiri dan juga untuk anda yang saya sayangi kerana Allah.







Thursday, April 21, 2011

AKU SOLAT, TAPI....?

Aku solat, tapi dadaku terbuka





Aku solat, tapi kulit lenganku terserlah





Aku solat, tapi jari jemari kaki masih ku dedah





Aku solat, tapi pakaianku masih tidak menutupi bentuk badanku yang sebenar





Aku solat, tapi masih setia meng'upload' gambar pelbagai gaya





Aku solat, tapi pandanganku tidak terjaga





Aku solat, tapi suaraku tidak kupelihara





Aku solat, tapi pergaulanku tidak mengenal jantina





Aku solat, tapi masih bergelumang dengan salah





Aku solat, tapi dimana maluku?





Aku solat, tapi mengapa masih tidak berhijrah?





Aku solat, tapi dimana silapnya???!!!





"Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al-Ankabut: 45)







Tuesday, March 22, 2011

Anjing?

Mode merapu datang lagi!!!!Ding dang tora datang lagi!!!!



_kembali kepada tajuk perbincangan_





Kalau orang cakap, tengok alam boleh menenangkan fikiran. Memang betul! Tapi, bagi saya, tengok makhluk lain (yang bukan manusia) juga boleh menenangkan fikiran. Iaitu binatang!





Apa yang kita rasa bila kita pergi zoo? Mestila rasa best kan?! Da tak orang pergi zoo, pastu dia nangis-nangis?! Setakat ni xpernah jumpa lagi la.Kalau ada pun, mesti orang itu adalah baby2 yang lapar susu, ataupun sebab pampers basah.





Sebab tu saya berani cakap, tengok binatang pun kita akan rasa best..





I am cats' lover. Saya sangat suka kucing..Kat rumah ada 5 ekor kucing (buat masa sekarang). tak termasuk yang dah mati, lari dr rumah, sakit tua dan macam2 lagi. Tapi bila sampai UK, sy xde kucing nak dibela..ada la kucing dlm area marjon ni, tp kucing 2 x mesra rakyat..huhu..so, apa yg saya wat? bila kuar jalan2 g city or asda, sy suka tgok anjing2 kt sini..serius, anjing kat sini cantik n best kalau nk tgok...rindunya pada kucing kat rumah smpaikan saya rasa nk peluk anjing2 kat sini..senang cakap, sy akan rasa excited kalau nampak anjing kat sini...even, kalau terserempak atau berselisih jalan gn anjing pun, saya tak lari, just mengelak je, sbb takot tersentuh..bajet cool~





terkenangkan kat rumah,kucing2 kat rumah sgt best..Kadang2 manja terlebih, tp gelagat kucing2 ni mmbuatkan saya terhibur...suka tidur sama2, bla mengadap laptop, diorg pun sibuk juga mengadap laptop..mama jahit baju, diorg pun sibuk nak tlg ukur kain bagai...ayah mesin rumput, diorg pun sibuk nak kais rumput...pendek kata, mmg lucu la kucing2 kat rumah..rindu rindu..





So, nak ajak kawan2 suma, try la buat. tgok la haiwan2 kat luar 2, msti kta rasa seronok. Kalau kita boleh seronok tgok bunga2 yang sdg berkembang (spring la katakan), kenapa kita tak boleh buat benda yang sama bila kta tgok anjing? pupuk rasa sayang dalam hati....






Moralnya kat sini: Berlaku adillah kepada setiap makhluk Allah di atas muka bumi ini..





adek dalam kenangan~

PLAN YOUR WORK AND WORK YOUR PLAN

Hari-hari, kita terikat dengan jadual. Yang belajar dengan jadual belajarnya. Yang bekerja dengan jadual kerjanya...Sampaikan masing-masing ada diari atau planner utk "tentatif program" pada hari tersebut.

Apa pentingnya jadual @ planner ni?

Untuk mendidik diri supaya berdisiplin dan teratur. Maksudnya, kita akan sentiasa ada 'kerja', ataupun, hari-hari akan terisi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat.

Itu planner dunia. Planner akhirat macam mana plak?

Planner akhirat, insyaAllah tidak akan berubah, cuma akan bertambah.

Tak berubah? Macammana tu?

Betul la kan. Hari-hari kita solat 5 waktu.

Kenapa bertambah?

Sebab, takkan hari-hari kita nak kekalkan benda yang sama ja.

Kalau hari ini, kita solat sempurna 5 waktu. Untuk esok pulak, kita tambah dalam planner kita 'Solat pada awal waktu'.

Lepas tu, kita tambah lagi '5 minit Al Quran sebelum solat'.

Dan begitulah seterusnya...

Inilah yang saya maksudkan dgn planner Akhirat.

Planner akhirat ni sama dgn planner dunia, tujuannya untuk kita sentiasa istiqamah dengan ibadat yg kita buat. Sebab manusia ni lemah, kita mudah lupa. Hari ini kita baca Al-Quran selepas Maghrib, tapi esok belum tentu. So, dengan adanya planner ni, insyaAllah kita akan di'guide'. Lama-lama kita akan ingat sendiri...


InsyaAllah, jom mulakan azam baru! Tampalkan dinding anda dgn planner akhirat...