Sunday, February 6, 2011

My Life...




First day arrived at Marjon...

The very dull of my bed, with the plain cream wall.

After few months....



Red..red..red...this colour reminds me to my brother, Shafiq..he loves RED very much..




The persons I love and miss everyday!!


Tuesday, February 1, 2011

Ayah ~

Dari kejauhan, terbayang-bayang raut wajah ayah. Kenapa ayah? Bukankah selalu orang yang paling diingati ialah ibu? Ya, benar. Wajah mama selalu dalam ingatan. Selalu disisipkan doa buat kedua-dua mereka. Rindunya pada mama, tidak dapat digambarkan. Tetapi, aku lagi rindu kepada ayah. Sebab? Aku rindu mama, aku akan telefon dan bercakap dengan mama selama mungkin. Hal duit dihabiskan beli topup perkara kedua. Yang penting, dapat melepaskan rindu. Tetapi, ayah? Ayah bukanlah seorang yang banyak cakap. Tak macam mama, tak macam kami adik beradik. Ayah bercakap bila perlu. Ayah banyak bercakap bila dia tengok berita di TV, dia akan jadi pengulas berita yang kedua daripada yang utama. Tapi, bila dalam telefon, ayah sangat sedikit percakapannya. Kadang-kadang cukup dia tanya khabar anak yang jauh ni dan dia akan bagi orang lain pulak bercakap. Itu ayah saya.

Selalunya, apabila pendaftaran hari pertama sekolah ataupun matrik, ibu bapa akan hantar anak mereka. Tapi tidak saya. Ayah yang menguruskan saya masuk ke KMKN, ayah juga yang mengambil dan menghantar saya pada hujung minggu pulang ke asrama. Ayah juga yang sanggup mengambil cuti mengikut saya ke Kelantan untuk mengambil barang-barang di asrama sebelum datang ke UK. Boleh dikatakan kebanyakan masa saya dihabiskan dengan ayah.
Tetapi, walaupun dia tak banyak cakap, tapi sesekali dia bercakap, ada nasihat yang dititipkan. Selalu dia pesan “Pi mana-mana pun, jangan tinggal sembahyang.” Itu pesan yang dia wajib cakap kepada anak-anak sewaktu nak pulang ke universiti ataupun asrama. Sampai sekarang, kalau telefon ayah, walaupun cakap tak sampai 5 minit, pesan tetap tak lupa.

Pernah ayah cakap, “Dalam rezeki kita, ada jugak bahagian orang lain. Sebab tu Allah suruh kita rajin bersedekah”. Masa ni, saya pertikaikan, kenapa ayah selalu buat jamuan dekat staf-staf pejabat di sekolah. Dia selalu bawak balik buah-buahan nak dijamu kepada staf-staf. Dan, kadang-kadang ayah akan bagi hadiah yang diberikan oleh pelajar-pelajar masa Hari Guru kepada kami adik beradik.


Dalam senyap-senyap ayah, ayah ada hati yang cukup sensitif. Sebelum ni, kita selalu nak jaga hati ibu, tanpa kita sedar kita juga ada ayah yang perlu dijaga hatinya. Hati ayah sensitif bila masa dia sedar bahawa seorang anak dia berada jauh di mata. Abang-abang dan kakak selalu update cerita-cerita dari rumah. Semua kisah berkisarkan tentang ayah yang merindui anaknya. Ayah menangis buat kali pertama saya telefon dari UK. Pada mulanya, suara ayah biasa saja, tetapi selepas itu, suara ayah serak. Saya mula menangis, tapi berbohong pada ayah mengatakan saya selsema akibat cuaca yang sejuk. Hati ayah juga sensitif apabila anaknya meminta sesuatu, dia akan cuba memenuhi. Alhamdulillah, setakat ini, tiada apa yang saya minta saya tak dapat. Malah, saya juga menjadi orang tengah untuk adik beradik meminta sesuatu dari ayah. Mungkin kami rapat berbanding yang lain. Malah, aku juga jadi tukang pujuk ayah jika ada sesuatu yang ayah susah nak ‘approve’. Alhamdulillah, hati ayah cair apabila anak ini yang memujuk.


Dari bab fizikal pulak, ayah seorang yang sangat simple. Pakaiannya bukan yang sentiasa berjenama, selagi mana selesa dan bersih, dia akan pakai. Cukup dengan t shirt ataupun kemeja, seluar slack hitam dan sandal, dia sudah siap hendak ke Sungai Petani. Malah, pakaian itu juga dipakai pada hari raya, kenduri-kendara dan juga ke pasar. Dari jauh, jika tidak kenal, orang tidak akan tahu bahawa itu adalah seorang pengetua sekolah. Itu ayah. Anak-anak selalu ‘komplen’, “ Ayah pakai tak smart la, tak nampak macam pengetua langsung”. Apa kata ayah? “Tak smart tak apa, janji kita pandai, ada duit. Jangan pakai smart, tapi habuk pun xdak”. Itu kata ayah, kata-kata yang santai, tapi penuh dengan makna.


Tujuan saya bercerita bukan semata-mata pasal ayah, tetapi saya mahu mengajak sahabat-sahabat untuk merenung kembali kenangan-kenangan bersama ayah, orang yang terpenting dalam hidup selepas ibu. Kadang-kadang kita lupa oleh sebab banyak masa kita dihabiskan dengan bercakap dengan ibu. Malah, kadang-kadang kita hanya mahu berjumpa dengan ibu, bukan dengan ayah. Ingatlah, ayah juga wajib ditaati dan disayangi seperti mana kita sayang ibu.


SAYA SAYANG AYAH SAYA!




Gambar dengan ayah di ladang unta

Monday, January 24, 2011

niat

Hadis 1: " Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada NIAT dan setiap orang akan diganjari dengan apa yang diniatkan".

Berkenaan dgn hadis ni, da satu kisah benar yang berlaku pada diri sendiri di Tanah Suci Mekah.


Bulan 6, 2010, saya dan ahli keluarga yang lain kecuali abang kedua pergi menunaikan umrah dan ziarah. Dari Malaysia lagi, saya minta nak jumpa dgn arwah Atuk dan Nenek di depan Kaabah. Lebih kurang mcm ni la " Ya Allah, kalau boleh aku nak jumpa gn Embah Yan (Atuk dlm bhsa jawa) ngan Embah Yeng (Nenek dlm bhasa Jawa) depan Kaabah". saya asyik ckp bnda yang sama, smpaikan nak naik kapal terbang di KLIA pun still saya ckp lagi impian saya ni...sebabnya, saya rindu sgt dgn Atuk n Nenek saya..


Lepas beberapa hari di Madinah, kami bertolak ke Mekah utk buat umrah. Apabila berada di depan Kaabah, memang saya mencari kelibat arwah dgn harapan saya bleh jumpa mereka...tapi, hampa. Mungkin xde rezeki saya masa ni..tp still lagi, saya doa kat Allah, nak sangat2 jumpa..kalau xbleh 2-2 orang, jumpa sorg pun jadi la..itu harapan saya sblum nk kembali ke Msia..


Hari kedua terakhir sblum balik, saya, kakak dan ayah pergi ke Tan'eim utk niat Miqat di sana..Mama, abang dan adik tak ikut sbb masalah kesihatan (demam). Selepas solat sunat umrah dan berniat, sementara nak tunggu ayah,saya dan kakak tggu di luar masjid..tiba2 kakak cakap, "Adak, 2 mcm Embah ja". dia tunjuk pada sorg lelaki tua, berdiri jauh dr kami lbh kurang 10 meter dr tmpat km duduk..Subhanallah..mmg sebijik cm Embah..saya tergamam..kami tergamam..pas2, saya cari ayah, nak tnjuk kat ayah yg km nmpak Embah..kami tengok ja Embah, n Embah tgok balik kami..tak terfikir utk pergi dekat, n sembang2..xlama lpas 2, saya kalih badan utk cari ayah, kalih semula, Embah dah xda..Sedihnya..


Pulang dari umrah, saya cerita dkat family pa yg kami nmpak..n suma cakap " Untungnya dpt jumpa Embah".


Alhamdulillah, niat saya ALLAH kabulkan, n smpai bla2 pun xleh lupa bnda ni..wpun sy x dpt apa yg sy niatkan,sekurang2nya Allah bagi peluang utk sy tgok Embah stlah bbrapa taun dia pergi..


So, the moral of this story is, sentiasalah berniat baik dan bersangka baik gn Allah..insyaAllah, niat yg baik akan dikabulkan, dan jika tidak, maka Allah tau apa yg terbaik buat kita..


Wallahualam..

(Apa yang baik itu dr Allah, apa yg buruk dr kelemahan diri sendiri)


gambar2 Kaabah






Thursday, January 13, 2011

~JALINAN UKHUWAH 1~

Awwalul Kalam: Assalamualaikum w.b.t

Dah lama x update blog ni..ish3..malas dan ketandusan mood, maka blog ni dibiarkan tidak berpenghuni dh lbh kurang 4 bulan kot..

entry kali ni, nk crita sal JUMS!!! Winter Gathering organised by ISMA EROPAH

Date: 23-26 Dec 2010

Venue: Lapwing Lodge, Glasgow, Scotland

Theme: Let's Colour the Future!



BEST!!! aktiviti2 n talk yg sgt best...

yg paling best, leh kenal2...kami boleh bersembang, melawak macam dh lama kenal..solat sama2, gelak sama2, main sama2, makan sama2, tidur pun sama2..

memang x leh lupa kenangan kat sana...



So, let the photos 'talk' more!!

















Wednesday, September 22, 2010

uk..


current location:
HOUSE 6, Student Village, UCP Marjon St Mark and St John,
Derriford Road, PL6 8BH Plymouth

time:
7.15 pm

temperature:
about 16 degree celcius


salam
hye everyone..
alhamdulillah, i reached UK safely...
malaysia, i always miss u..huhu

so,
ni pics thats can make u imagine what MARJON looks like..hehehe














Tuesday, June 29, 2010

TIPS KEJAYAAN..

*Semua pekerjaan bergantung kepada niatnya, maka niatlah semua pekerjaan dengan yang baik, nescaya akan memberikan manfaat kepada kita dan dapat mencegah kejahatan...

*Jangan lemahkan kesabaran anda dengan datangnya cubaan, kerana itu akan dapat melunturkan keteguhan, mengotori akal fikiran yang waras dan menimbulkan keraguan...

*Kesungguhan adalah jalan yang paling penting untuk meraih kejayaan. Kesungguhan ketika bekerja bagaikan minyak angin dalam mengubati penat-penat, bagaikan ubat segala penyakit dan bahkan ianya adalah harta yang paling berharga...

*Orang yang berjaya tidak akan dapat dikalahkan oleh hawa nafsu, kesabaran yang tidak pernah lemah, tidak goyah dengan godaan dan tidak dikalahkan oleh kegagalan yang dialaminya...

*Kenikmatan makan adalah setelah lapar, kesegaran air setelah haus, kenyenyakan tidur setelah bekerja keras, dan seindah-indah kejayaan adalah setelah jerih payah...

*Kelmarin ada orang yang mati, hari ini ada orang yang menikah, tetapi esok belum tentu ada yang melahirkan...Guna waktumu kerana waktu adalah kekayaan yang diam...


sumber: MUTIARA HIKMAH Daripada AL QURAN dan AS SUNNAH, Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

KALIMAH CINTA....

APA ITU CINTA??

cinta itu kasih sayang, pengorbanan, keluhuran dan kerinduan...
cinta itu sesuatu yang mulia, menyenangkan dan bersinar...
cinta itu manis yang akhirnya membawa kepada kebahagiaan dan keindahan dalam kehidupan...

"Allah mencintai mereka, dan mereka pun mencintaiNya" (Al-Maidah;54)

ADA APA DENGAN CINTA??

~Sebab CINTA, orang yang tidur, bangkit daripada tempat tidur yang empuk dan menyelak selimut yang hangat untuk SOLAT SUBUH...
~Kerana CINTA, air mata mengalir tanpa terasa, hati bersedih dan tiada ucapan selain ucapan yang diredhai Allah...
~Dengan CINTA, tiada permusuhan dan peperangan sebagaimana peredaran planet-planet dalam orbitnya tidak berlanggar...
~Adanya CINTA, kita dapat merasakan damainya hidup, peroleh kemuliaan ilmu dan ketahui rahsia tertentu...
~Kerana CINTA, tentera mengikut arahan pimpinannya maju berperang, hukum dipatuhi dan dillaksanakan rakyatnya...
~Sebab CINTA, ibu menyusui anaknya tanpa kata...

~Tanpa CINTA, seorang murid tidak akan faham akan penjelasan gurunya, isteri tidak akan lagi setia pada suaminya, dan si anak tidak akan meratap pilu atas penderitaan sakit tua ibu bapanya...
~Tanpa CINTA, lebah akan menjauhi bunga, burung akan terbang entah ke mana tidak melewati kebun, dan burung merpati tidak akan bersama-sama lagi...
~Tanpa CINTA, dunia ini akan menjadi hamparan dataran yang luas, tandus, tidak berpenghuni...
~Hilangnya CINTA, berlakulah peperangan, pepecahan antara manusia, pembunuhan di mana-mana dan korbannya jiwa dan harta...
~Pudarnya CINTA, rumah yang dibina akan runtuh, tentera berperang dengan kucar-kacir...

p/s:
Definisi cinta itu banyak, kita lah yang menentukan bagaimana cinta yang kita inginkan...
Ingat, cintailah Pencipta terlebih dahulu, barulah mencintai Yang Dicipta...

sumber:MUTIARA HIKMAH Daripada AL QURAN dan AS SUNNAH, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni