Friday, November 30, 2012

Jaulah kami ke Daulatul Anbiya'_3

Hari ketiga kami ke Giza. Ada piramid! Ada Sphinx!
Piramid sinonim dengan Firaun dan nabi Musa a.s.

Berkata tourguide kami, Ustaz Fauzi: ' Di Mesir, akan berjumpa dengan 2 jenis manusia.

1. Yang perangai bagus dan elok seperti Nabi Musa a.s., dan
2. Yang buruk seperti Firaun'.

Pesan ustaz lagi, nanti jangan jalan sendiri, jangan berpecah dari kumpulan.

Tak dapat aku (dan mungkin kami semua) bayangkan bagaimana sifat dan sikap sebenar manusia di Mesir. Rupa-rupanya, fuhh..perlukan kesabaran yang tinggi.

Ustaz cerita, ada sekumpulan pelajar (kalau xsilap dari UK jugak), datang ke Giza dan yang tak bernasib baiknya adalah, diorang kena tipu!!!

Nak naik unta, dikenakan caj LE900 (900 genih), bersamaan £100. Allahuakbar.
Mungkin ini yang dikatakan manusia seperti Firaun. Elok lah, kena tipu pulak area Pyramid. Mentang-mentang itu tempat dia...

Dalam hati, reflek diri, reflek ummah, reflek bangsa, reflek negara.

Macam mana nak ubah minda, nak ubah sikap dan akhlak ummah?
Macam mana nak majukan Islam, kalau diri sendiri tak maju, dan cuba majukan orang lain?! hurm...

*Piramid di Giza*


Monday, November 5, 2012

Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_2

Aku teringat satu kata-kata yang 'menuduh'  "negara Islam tidak akan pernah maju jika mengikut aturan dan undang-undang Islam. Lihat Barat, yang tiada terikat dengan Islam, kemajuan mereka tidak dapat dilawan oleh negara-negara lain, terutamanya Islam."

Ini salah!!!

Mesir tidak maju bukan kerana mereka mengikut undang-undang Islam, tapi kerana mereka TIDAK mengikut undang-undang dan acuan yang sebetulnya. Begitu juga Malaysia, UK dan negara lain. Bagaimana hendak maju jika kebersihan tidak dititikberatkan, azan tidak dihiraukan, pergaulan dan ikhtilat dipandang mudah, aurat tak ditutup dengan sempurna.


Satu perbezaan yang aku boleh nampak antara Mesir dan Arab Saudi adalah, apabila azan berkumandang, penjual-penjual di sekitar Masjidil Haram akan tutup kedai dan bergegas ke masjid untuk tunaikan solat. Sedihnya, ini tidak berlaku di Mesir. Ada seorang dua, tapi tidak semua. Wallahualam, ini hanya peramatan aku sepanjang 5 hari di sana, satu tempoh yang tidak lama untuk aku membuat pernilaian. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pasar-pasar malam yang riuh, bersesakan dengan pengunjung, yang kemungkinan besar mengabaikan seruan solat ataupun melengah-lengahkan ibadat tersebut. Bagaimana hendak maju?

Jika mahu membandingkan dengan UK, ya, memang bersih, orangnya jujur, peramah. Tetapi dari sudut akhlak, mereka KOSONG! Lihat sahaja bahasa mereka, kelakuan mereka *terutamanya pada waktu malam (parti dan pub). Adakah ini yang dikatakan maju??

Lagi satu, Mesir juga masih menghidupkan budaya 'Tarian Gelek', yang memang sangat popular. Sampaikan ada seorang akhawat berkata, seorang gadis mestilah pandai menari, supaya dapat menghiburkan suami apabila sudah berkahwin. 

Masalahnya, bukan di depan suami sahaja, malah tarian ini sudah menjadi perhatian dan tontonan Umum (sesuai kepada semua peringkat umur??). Antara tempat yang menjadi pusat hiburan adalah di Sungai Nil. Dengan bayaran 3 genih, sesiapa sahaja boleh masuk dan menonton tarian gelek yang dipersembahkan oleh anak-anak muda, mungkin berumur belasan tahun. Lagu dipasang sangat kuat, mengalahkan azan yang berkumandang di masjid terdekat. Aduh! Rosak...rosak!!

Sedih, bertambah sedih.

Bagaimana hendak maju, jika budaya yang sia-sia dipertahan dan diteruskan, tetapi ibadah yang wajib diabaikan, dipandang enteng?

(Sungai Nil)

*bersambung*


Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_1

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma Solli 'ala Saidina Muhammad, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in...

Assalamualaikum wbt. Semoga berada di bawah lindungan rahmat dan HidayahNya, insyaAllah...

Alhamdulillah, jaulah ke bumi anbiya' telah berakhir. Jazakumullah kepada semua sahabat yang bersusah payah melayan tetamu yang banyak kerenah dan ragam ni.

Sebelum menjejak kaki ke bumi anbiya', kisah tentang keadaan di sana telah aku ketahui melalui media dan cakap-cakap orang. Kotor dan kasar adalah 2 kata nama yang sering diperkatakan untuk menggambarkan keadaan orang dan tempat di sana. Tak tergambar diriku bagaimana realiti yang sebenar. Aku menggambarkan keadaan di Arab Saudi, sewaktu aku dan keluarga pergi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010.

Selepas lebih kurang 5 jam penerbangan, kami sampai di Cairo International Airport. Disambut oleh sahabat baru, seperti sudah lama kenal. Subhanallah, indahnya ukhuwah yang bersulamkan iman dan taqwa.

Seawal 4.15 pagi kami sampai, seusai solat Subuh terus menuju ke 'rumah penginapan' yang pertama di Abbasiyyah. Jalan lengang, mungkin kerana masih dalam mood bercuti hari raya Aidil Adha. Melewati lorong-lorong kecil, sudah kelihatan rupa sebenar Mesir. Bukan mengutuk, tetapi ini realiti. Kotor dengan sampah sarap yang hanya dibuang di depan rumah dan kedai, dan lalat mula menghurung. Sedih, perasaanku sedih. Kecewa juga dengan sikap saudara seagama yang mungkin bukan semua, tetapi kebanyakannya yang alpa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan seorang manusia.

Apabila ditanya seorang akhawat, 'Berdebu tak datang Mesir?' 'Biasala tu, jawab aku sambil tersenyum. Jauh di lubuk hati, bukan debu yang menjadi masalah, debu itu asalnya dari pasir-pasir, yang memang sudah sebati dengan negara Arab yang mempunyai padang pasir. Tetapi sampah yang menyakitkan mata dan hati yang membuatkan aku kehilangan kata dan senyum sepanjang melalui jalan-jalan di sana.

Mereka juga berkata, di Mesir, budaya mereka mengadakan korban adalah di atas jalan raya, di depan rumah, malah ada haiwan yang disembelih di dalam rumah. MasyaAllah, lagi satu fakta yang cukup membuatkan aku terkejut sekali lagi. Dengan keadaan yang tiada sistem perparitan atas sebab tiada hujan, ini menjadikan keadaan lebih tercemar dengan darah haiwan tersebut.

Tetapi, Alhamdulillah, setiap yang dijadikan Allah itu tidaklah sia-sia. Dengan kelebihan pasir yang wujud di Mesir, itu yang membuatkan darah tidak mengalir begitu jauh yang boleh membuatkan seluruh kawasan terkena darah. Malah, suhu yang sentiasa panas juga mempercepatkan lagi pengeringan darah.

Kali pertama melihatkan keadaan ini, aku terkejut.
Bukankah lebih elok diadakan 'slaughter house' (rumah penyembelihan), di mana disediakan tempat-tempat khas untuk sembelih haiwan, yang mungkin lebih tertutup dan jauh daripada pandangan orang. *hanya cadangan*
Mungkin ini biasa bagi mereka, tetapi terlalu luar biasa bagi kami yang baru menjejak kaki ke sini.

*bersambung*