Saturday, December 31, 2011

WHO MOVED MY CHEESE??!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Kehangatan JUMS 2011 masih terasa, tak hilang, malah semakin membara. Atas permintaan akhawat2 yang sangat disayangi, terpanggil untuk menulis tentang topik yang dibincangkan dalam slot JUMS: Who Moved My Cheese?

Ni sebenarnya adalah tajuk buku yang ditulis oleh Dr Spencer Johnson(buku motivasi la)

Secara ringkasnya (tapi panjang jugak la):

Kisah pasal cheese ni melibatkan 4 makhluk kecik, iaitu 2 ekor tikus yang bernama Scurry dan Sniff, dan 2 orang manusia kecik molek yang bernama Hem dan Haw. Diorang tinggal dalam kawasan yang sama (dalam maze).



(ni rupa maze diorang lebih kurang)

Setiap pagi, diorang akan menuju ke Stesen C, di mana tempat bekalan cheese diorang. Hari-hari diorang wat benda yang sama. Diorang dah xpkir untuk cari bekalan lain sebab diorang dah rasa selesa dengan bekalan cheese yang ada (mybe diorg ingat tahan lama la kot). Sampaikan diorang wat Stesen C tu macam umah sendiri, decorate dinding bagai. Kat dinding tu diorang tulis :

HAVING CHEESE MAKES YOU HAPPY!!!!

Sampai satu hari, 2 ekor tikus pergi Stesen C tu macam biasa dan tengok-tengok cheese dah habes!!! Tapi diorang x gelabah, sbb diorang dah prepare. Diorang tau, yang cheese kalau dah dimakan, lama-lama akan hbes jugak..So, diorang pun pegi la cari lagi cheese kat tempat lain.

Lain pulak dengan 2 orang manusia tadi tu. Diorang tak sedar yang cheese makin berkurang saban hari, asyik makan ja...Sampai kat Stesen C, cheese dah tak ada!! Apa lagi, terkejut la..Meraung-raung la cari cheese. Hem ni emo sket. Dia yang tak puas hati. Dia asyik dok tanya-tanya, sapa amek cheese dia? Haw jenis yang tak layan sangat Hem ni. Lantaklah dia nak meratap ka apa.

Masalahnya sekarang, diorang tau yang cheese dah habes, tapi x reti2 nak cari..Hari-hari diorang akan pegi ke Stesen C 2, dengan harapan konon-kononnya cheese kat situ ada balik la..HARI-HARI!!!

Pada masa yang sama, Si Sniff ngan Si Scurry tu dah jumpa tempat baru cheese!!

Sampai dah lama kemudian, baru lah Si Haw ni ada kesedaran sket. Dia tulis kat dinding :

THE MORE IMPORTANT YOUR CHEESE IS TO YOU, THE MORE YOU WANT TO HOLD ONTO IT!!

Esoknya, diorang pegi la ke Stesen C (ish2...xserik2 jugak diorg ni). Masa tu la, pakat2 nak analysis punca kehilangan cheese. Diorg jugak baru sedar yang 2 ekor tikus 2 dah lama x tunjuk batang hidung. Haw pelik, dia tnya kat Hem :"agak2 apa la yang 2 ekor tikus tu buat bla tau cheese dh hbes?". Hem jawab " Diorang kan tikus, diorang mesti la terus ja act apa yang sepatutnya. Dah tak pikir panjang dah"

Hem tambah lagi "Kita manusia lain. Bukan kita yang wat cheese ni habes, so aku nak tau sapa punya keja ni! "

(elok la..pikir panjang sangat. tikus 2 ekor tu dah kenyang dah)

Lama lepas tu, Haw ni terpikir, kalau tikus tu dah jumpa cheese, mesti diorg tgah bersuka ria makan cheese 2..dah la 2 ekor ja, memang nikmat la. Dia pun terbayang kalau dia yang jumpa cheese tu, mesti HEAVEN la. Makanya, dia dapat satu semangat!!

"JOM!! Ikut aku cari cheese!", Haw ajak Si Hem.

Hem tak mau, dia takot. Dia cakap bahaya luar sana. Dia nak dok ja situ, tunggu cheese..

(lantak ang la, Hem)

So, Haw pun kluar g cari cheese. Memang, awal2 dia takot gak nk kuar g cari cheese, tapi sampai bla nk tunggu? That was yesterday's cheese. I need to find NEW CHEESE.

Nak mengelakkan dari sesat, si Haw ni pun tulis la something kat dinding maze 2, sebab senang kalau dia nak patah balik ke rumah. And yang paling penting, kalau Hem nak ikut dia, dia dah wat panduan kat dinding2.

Dia kuatkan semangat! Kalau 2 ekor tikus boleh buat, dia manusia xkan tak boleh kot?!

Dia cari-cari, kadang2 jumpa, tp cheese tu dh buruk. So dia tulis lagi kat dinding:

SMELL YOUR CHEESE OFTEN SO THAT YOU KNOW WHEN IT IS GETTING OLD.

Semakin lama Haw jalan2, dia rasa seronok pulak. Dah hilang dah rasa takut travel sorang2 td. Dia conteng dinding lagi:

WHEN YOU MOVE BEYOND YOUR FEAR, YOU FEEL FREE!

Dah enjoy2 tu, dia pun berangan la ala-ala mat jenin. Dia berangan yang dia jumpa cheese yang sangat-sangat banyak, berenang di lautan cheese, makan sorang2, xdak sapa yang kacau!!!

Pastu, dia conteng dinding lagi:

IMAGINING MYSELF ENJOYING NEW CHEESE EVEN BEFORE I FIND IT, LEADS ME TO IT!

Selepas penat lelah, basah baju dgn peluh, AKHIRNYA!!! Haw jumpa satu stesen yang PEEEENNNUUHHHH dengan cheese!!!

Dia pun terpikir, kalau la dia travel awal lagi, lagi best, lagi awal dia dapat cheese yang baru ni, kan?!

Sebelum kaki melangkah masuk ke stesen 2, dia tulis lagi:

THE QUICKER YOU LET GO THE OLD CHEESE, THE SOONER YOU FIND THE NEW CHEESE!!!

Apa jadi kat HEW eh?

Dia keras kepala!! Dia xmau cheese lain, dia nak cheese yang sama macam cheese yang dah hbes 2..ishh..xpaham betul!

-------------------------------------------------------------

Lebih kurang la critanya...

Apa ibrahnya? BANYAK!!!

Sila senaraikan!!!

Nak jadi cam sapa? Sniff? Scurry? Hem? Haw? Pilihan atas diri sendiri









Friday, December 30, 2011

post-JUMS 2011

Bismillahirrahmanirrahnim

(pasni nak biasakan la mula kalam dgn basmalah) *take note adak!*

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa di bawah naungan rahmat dan perlindungan Allah.

Hari ni dah 30 Disember. Tak ada significance apa2. Satu tarikh dan hari yang biasa2 saja. Cuma hari ni nak wat reflection sket pasal JUMS 2011.

Alhamdulillah, dah selesai berJUMS di Lake District. (23-26 Disember 2011)

Perasaan?

Sangat2 enjoy being there and rindu membuak2 menantikan masa bertemu dengan akhawat lagi.

Inilah yang dinamakan ukhuwah, bila mana hati-hati ini telah diikat, disimpul dengan satu ikatan yang berlandaskan kepada aqidah yang sama. Senda gurau tak boleh dipisahkan, tapi pada masa yang sama, nasihat, kata-kata semangat dan teguran juga diselitkan untuk sentiasa 'aware' dengan kestabilan iman.

Tema?

Lets fill and feel.

Diberi analogi cawan yang kosong, apabila diisi dgn air sehingga penuh, tambahan pula diminum ketika kehausan, sudah tentu nikmatnya itu terasa. Jika nak dibandingkan dengan keadaan yang ketiadaan air ataupun cawan diisi hanya separuh, mungkin kurang rasa nikmat untuk menghilangkan dahaga. Begitulah fitrah manusia yang beriman, di mana dia akan sentiasa mencari, memenuhkan ilmu dan menikmati ilmu dengan cara mengamalkannya. Kadang-kadang ilmu yang banyak itu masih tidak cukup. Pernahkan orang cakap, semakin banyak kita belajar, semakin kita rasa kita tak tahu apa2. Allah berfirman dalam sura Az Zumar (39:9), mafhumnya:

"Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

Pengisian?

Tahun ni, JUMS fokus kepada 10 muwassafat tarbiyah. Tau x apa itu?

Haaaa...ni la 10 muwassafat tarbiyah tu. Banyak aktiviti yang based in these values. Kami buat persembahan, explorace, debat dan macam2 lagi la..semuanya berdasarkan sifat2 ini. Motifnya, mungkin untuk refresh 10 sifat, yang selalu kita dengar dalam talk atau tazkirah, tapi maybe jarang kita amalkan. Nampak simple, nampak bosan, tapi tidak! 10 sifat ini yang membuka mata saya (dan mungkin para peserta yg lain) tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri..[ooo..banyak lagi nak kena improve ni]

lagi pengisian?

Ustaz Abdul Halim Abdullah dijemput khas untuk memberikan talk tentang 'CHEESE'




1. Who moved my cheese?

2. Smell your cheese.

3. Master your cheese

4. Cheesecakes

Cheese di sini bermaksud 'ISLAM', 'AKIDAH'. Talk yang diberikan berkenaan dgn masalah dan isu semasa umat Islam, di mana Islam yang ada pada nama, bukan amalan. Kenapa begitu? Sebabnya ialah, Islam sekarang telah diselitkan dengan anasir jahiliyah. So, talk ni sangat sangat sangat best, yang membincangkan tentang keseluruhan isu daripada punca kepada cara mengatasi.

luar JUMS?

Kami da membincangkan tentang Dakwah Fardiyah. Memang diakui, tajuk ni agak berat, tapi dia akan jadi senang kalau tidak dirigidkan kepada satu cara sahaja. Bila bercakap tentang dakwah, mindset akan mengatakan 'Ajak orang buat baik', buat tazkirah, ceramah sana sini. Tapi bagi saya, dakwah juga boleh berlaku jika nilai-nilai mahmudah ditunjukkan dari segi keperibadian (secara slow). Dalam konteks pelajar, yang ilmu tidak seberapa, dakwah masih boleh dilaksanakan, asalkan kita KREATIF!! Macam-macam cara. Asalkan tidak bertentangan dengan syarak dan syariat.





Terkesan dengan ungkapan Saidina Umar al-Khattab:

"Jika aku tidur siang, maka aku mengabaikan manusia. Jika aku tidur malam, maka aku mengabaikan diriku"


Tersiratnya: kita kena keluar dari comfort zone dan mula menggarap langkah dan memikirkan cara untuk mula berdakwah.



post-JUMS?

---> rindu membuak-buak.

---> try nak improve yang mana kurang (cthnya: nak baikkan hubungan dengan Allah dan manusia, nak kurangkan masa lagha dan macam-macam lagi)

*minta Allah permudahkan segala urusan dan istiqamah*

---> Sgt tak sabar tunggu JUMS taun depan, insyaAllah..




p/s: montaj penutup JUMS 2011..LAYANNNNNN~

SILA KLIK SINI

Thursday, December 1, 2011

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum pembuka bicara. After a while, baru nak menulis lagi. Kisah kali ini berkisarkan tentang sahabat.

Definisi sahabat secara peribadi

Dia adalah:

  • Yang tidak jemu mata memandang, wajahnya yang sentiasa menenangkan, walaupun sekadar menatap gambar.
  • Yang sedia berada di sisi, susah dan senang.
  • Yang sentiasa mengingatkan ketika alpa, mengejutkan ketika lena, membangunkan ketika jatuh, merapatkan ketika jauh, mengeratkan ketika longgar dan memimpin ketika buta, memenuhkan apa yang kosong
  • Yang dirindui dan merindui, disayangi dan menyayangi kerana Allah.


Mungkin ada lagi definisi lain, tetapi inilah sahabat bagi saya.

Secara peribadi, tak dapat saya klasifikasikan antara sahabat rapat, sahabat sejati dan sahabat biasa. Kerana bagi saya, selagi dia bukan musuh, dia adalah sahabat saya. Biarlah kami berbeza segalanya. Itulah gunanya sahabat. Dia menyempurnakan apa yang kurang.

Tanpa sahabat, saya bukan siapa-siapa. Tak semua perkara boleh dikongsikan dengan ibu bapa dan adik beradik. Sahabat yang akan pertamanya dicari di kala diri dihimpit konflik. Sahabat juga cermin diri, dimana baiknya sahabat, baik jugalah diri ini.

TERIMA KASIH ALLAH, KAU KURNIAKAN SAHABAT YANG BAIK KEPADA KU!