Wednesday, December 18, 2013

Buah hati saya, dunia dan akhirat

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad, wa'ala alihi Saidina Muhammad.

Assalamualaikum wbt semua! Setelah sekian lama, baru nak update blog ni. Fuh fuh *tiup habuk*

Alhamdulillah, terkini tentang hidup saya. Dah BFG dari UK, sedang sambung pengajian untuk setahun lagi di IPG Kota Bharu. Baru-baru ni baru sahaja selesai menguruskan perkahwinan kakak dan abang. Alhamdulillah, tahun ni dapat seorang abang ipar dan kakak ipar, dan bakal anak buah kedua jugaaaakk!

Cakap pasal kahwin. Kakak, lepas kahwin pernah pesan, "dah kawen nanti susah sikit, kita nak kena ikut cakap suami. Sementara ang dok bujang ni, cuti sekolah jangan p mana. Dok umah, bagi mama dan ayah nampak depan mata sentiasa"

Dan itu jugalah azam cuti sekolah saya jugak. Nak try sedaya upaya untuk berbakti dan teman mama dan ayah masa cuti sekolah. Saya rasa azam tersebut berjaya dilaksanakan, sehingga satu ketika mama ajak balik kampung di Segamat, Johor sebab nak uruskan majlis kawen abang kedua, Shafiq. Masa tu, ada mama, ayah, saya dan adik lelaki. Kakak dan abang tak dapat cuti. Awal-awal dah janji dengan mama, nak ikut dia balik kampung. Tapi last minute saya cancel. Saya suruh adik lelaki yang temankan, dan saya teman ayah sebab kami akan balik naik bas. Ayah tak mau tinggal rumah tu lama-lama sebab trauma dengan kejadian pecah rumah yang baru sangat jadi masa bulan posa hari tu.

Sejak dari hari tu, bila kol/mesej mama, kadang2 ja dia angkat/reply. Yang lain-lain mesti mak sedara atau abang yang kol balik. Masa tu dah tak sedap hati. Dalam hati, "mesti mama merajuk sebab tak teman dia balik kampung".

Beberapa hari lepas tu, selepas mendapat kekuatan dan menyusun ayat sebab tak mau bagi mama makin terasa hati, saya mesej mama. 3 muka panjangnya. Penjelasan yang sedaya upaya tak mau mama terasa hati lagi, sebabnya saya dah cukup berdosa sebab mama yang tengah merajuk tu.

Alhamdulillah, sampainya di kampung, mama sambut saya dan ayah depan pintu. Pukul 10.30 baru kami sampai Segamat. Cium tangan mama, cium pipi kiri kanan. Alhamdulillah, rasa lega di hati. Lepas tu, layanan mama kembali seperti biasa.

Kejadian ni menyedarkan saya. Inilah kehidupan saya sekarang, yang saya tak perlu nak buat pilihan, buat masa sekarang. Ini peluang yang Allah bagi sementara saya masih bujang, dengan masa dan kudrat yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Mereka juga 'buah hati' saya yang saya tak perlu nak susah2 cari kat luar sana. Dah ada depan mata. Allah bagi, dunia dan akhirat.

Saturday, April 13, 2013

Jenjalan Jordan 2013

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Solli 'ala Muhammad wa'ala alihi wasohbihi ajma'in

Situasi Satu:
A: Macam mana Jordan kak?
B: Okay. Terima ja la tempat dia dh macam ni..

Situasi Dua:
A: Akak cakap tak bunyi UK pun..
B: UK ada bunyi ka??
A: Ada org UK datang Jordan, ada jugak la bunyi UK diorg..
B: Errr...

Dua persoalan yang sentiasa bermain di dalam minda.
1. Adakah insan2 B di atas 'menyanjung' UK lebih daripada Jordan?
2. Bagaimanakah characters 'orang-orang UK' yang datang Jordan ya??

Dialog di atas bukan rekaan, tapi mungkin sedikit berbeza dengan apa yang dah berlaku. InsyaAllah isinya masih sama.

Terasa pelik apabila diajukan soalan-soalan seperti di atas. Jordan berdebu, kotor,  dan sebagainya. Ya, itu memang kenyataan. Tapi jangan sangkakan UK ini sangat bersih jugak. Ada juga tandas-tandas yang tak terjaga kebersihannya. Masih boleh ternampak sampah-sampah di tepi-tepi jalan, malah di celah-celah pokok renek juga terselit.

Berdebu? Itu kerana geografinya sebegitu.

Terima keadaan nya begitu. Jadi seperti ikan laut yang hidup, tak akan jadi masin walaupun tinggal di dalam air yang masin. tapi apabila mati, boleh la diproses jadi ikan masin. Kenapa? kerana bezanya antara hidup dan mati. Begitu juga manusia. Jadi manusia yang hidup hati dan imannya, apabila dicampak di mana-mana sahaja, tak akan senang terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang negatif. Kalau puak Arab itu kurang atau tak sabar, kita yang Malaysia jangan ikut tak sabarnya. Senyum dan sabar, itukan lebih indah dan menenangkan.

Kalau puak Arab buang sampah merata-rata, jangan diikut buang sampah merata-rata jugak. Jangan pentingkan diri dengan mengatakan " Depa pun buang ikut sesuka hati". Mana tak bertimbun sampah tu, kalau semua orang berfikiran yang serupa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.. Tak perlu risau untuk nampak pelik kalau mata melilau cari tong sampah sebab jaga kebersihan tu kan amalan mulia. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Buktikan keimanan itu!

Situasi Dua lebih kepada characteristics dua golongan pelajar oversea yang berlainan negara. Budak UK vs budak Jordan. Ingatlah, personality itu identity. Anggapan saya, mungkin ada orang UK yang datang Jordan bercakap dengan British accent dengan budak Jordan. Dan budak Jordan menganggap semua orang UK akan bercakap dengan style yang sama. InsyaAllah jawapan saya tidak. Mungkin susah nak dengar accent Sik saya, tapi saya tak rasa Bahasa Melayu perlu di'accent'kan dengan British apabila bercakap (daily conversation).. Mungkin juga sebab itu stylenya, dah terbiasa kot. Saya akui, saya tak pandai sangat berbahasa Inggeris walaupun belajar di UK. Tak ada sebab untuk saya cakap dengan accent British kalau macam tu kan?!

Saya akan berbangga bahawasanya saya pelajar UK untuk menaikkan semangat kawan-kawan yang nak datang belajar di sini, tapi untuk assimilate ke dalam culture baratnya, itu salah. Saya akan berbangga dengan tarbiyyah yang saya dapat di UK, tapi untuk menyanjungi teknologi secara berlebihan, itu silap besar.

UK mungkin terkenal dengan kepesatan infrastruktur dan teknologinya dari sudut pandangan mata kasar. Tapi, UK juga bermasalah. UK juga mengalami masalah kewangan, cukai tinggi, kadar jenayah yang tinggi dan lain-lain. Saya fikir, anda mungkin bermasalah jika anda membandingkan negara-negara mengikut apa yang ternampak secara zahir.

Walaupun Jordan punya masalah air dan elektrik yang kerap, tapi anda perlu bersyukur. Walaupun tak ada air untuk memasak, anda boleh berjalan keluar ke kedai-kedai makan yang CONFIRM HALAL yang bersepah di sekeliling rumah...Boleh berjalan ke masjid untuk wudhuk dan solat, kalau da rezeki boleh berjemaah lagi.. Bayangkan UK (dan Plymouth), yang mana kedai halalnya cuma beberapa buah, itupun jauh di bandar. Masjidnya cuma satu, itu juga di bandar. Bila mana krisis air berlaku, susah untuk masak dan berwudhu untuk solat. Allah dah janji kan, bersama kesusahan itu akan ada kesenangan. Mungkin air susah dapat, tapi makanan halal dan masjid senang didapati kan??!!


p/s: aseef kalau ada siapa2 yang terasa, sbb bukan niat untuk melukakan hati sesiapa, malah tidak ditujukan kepada sesiapa secara specifik..hanya untuk renungan dan muhasabah diri





Monday, February 25, 2013

Rehat dengan Solat

Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)

Sebelum ni selalu terfikir, macam mana rehat dengan solat, sedangkan solat tu kan bergerak? Selama ni, rehat hanya difahami dengan "tak buat apa-apa, tidur, buka FB dll". Solat dilakukan atas definisi ketetapan dan hak syariat Islam, yang perlu dan selalunya 'terpaksa' buat. Tak dikira lagi dengan solat malam; yang semestinya bukan satu kerehatan buat diri yang mementingkan tidur yang cukup.

Rupa-rupanya, solat bukan setakat itu. Kalau solat dianggap pergerakan yang bukan satu kerehatan, kita (dan saya) silap! Jika solat itu dibuat sekadar memenuhi syariat dan terpaksa, kita juga silap! Dan jika kita fikir kita tak boleh berehat dengan solat, kita masih silap!

Hari ini, selepas solat asar (GMT UK/IRE), baru terfikir. Solat akan jadi satu kerehatan bagi orang yang "memutuskan" sekejap pertalian silaturrahim minda dan hatinya daripada ukhuwwah keduniaan. Nikmat kerehatan yang tak terhingga jika kita merancang urusan dunia dalam lingkungan waktu solat, bukan sebaliknya.

Contohnya, belajar dari pukul 10-11.30 pagi, rehat sekejap untuk solat dhuha, sambung belajar, berhenti solat zohor.

Tetapi, apa yang kebiasaan berlaku adalah (terutamanya semasa keluar shopping @ berjalan): Shopping dulu, atau berjalan dulu, nanti berhenti kat mana-mana boleh solat. Kita memasukkan ibadah solat dalam jadual urusan dunia.

Itu silap!

Akhirnya, akan berlakulah situasi dimana kita akan melewat-lewatkan solat, kerana tindakan ini menunjukkan kita meremehkan ibadah solat dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang akan bertukar menjadi rutin jika dibiasakan.

Solat sepatutnya menjadi item yang utama dalam jadual seharian sebagai "waktu rehat" kita.



Jom, masih ada masa dan ruang untuk perbaiki diri sendiri insyaAllah...

Saturday, December 29, 2012

Epilog diri_1


Adat pertemuan, pasti disusuli dengan perpisahan. Di atas peta dunia, jasad kami terpisah. Di penghujung tahun 2012, sekali lagi bumi Edinburgh menjadi saksi pertemuan kami. Kesejukan bayu musim sejuk dihangatkan dengan pelukan rindu dan dakapan sayang atas nama Allah dan ukhuwwah yang terjalin.

Selepas 3 hari 2 malam berhimpun, melalui suka duka bersama, meredah hujan dan cuaca dingin bersama, tidak sah jika perpisahan ini disulami dengan 'drama air mata'. Tak puas rasanya menatap wajah bersih mereka, masih terngiang kata-kata semangat dan nasihat mereka. JUMS kali ketiga, juga mungkin yang terakhir buatku yang bakal pulang ke Malaysia Jun 2013, InsyaAllah, akan kurindui saat-saat manis kita semua. JUMS sentiasa di hati. Memori aku bersama mereka diukir buat pertama kalinya dengan JUMS. JUMS menjadi asbab aku merindui mereka. JUMS juga menjadi asbab untuk berjumpa dan berkumpul dengan mereka.

Allah, aku rindu!

Jika tak berkesempatan untuk bertemu di atas dunia, Kau temukanlah kami di Akhirat kelak..amin.

................................................................................................................

Hati berbaur..perasaan bercampur aduk terkenangkan sisa sisa waktu keberadaan di tanah Inggeris ini.. Hati melonjak suka apabila teringatkan kampung halaman, tak sabar rasanya nak capai kedua-tangan ayah mama, cium tangan pipi mereka, dan berada dalam dakapan mereka selepas 2 tahun tak bersua dan menjejak kaki ke Malaysia. Tapi, dalam pada masa yg sama, nun jauh di sudut hati kecil ini, aku pasti merindui bumi Eropah dan seisinya. suasana tarbiyyah yang aku dapat di sini..pasti aku rindu...

 Bermula perkenalan yang singkat di Malaysia, selepas lebih kurang 7 tahun tak berjumpa, aku diajak menyertai JUMS pada tahun pertama ak di UK..(anda tahu siapa anda), perkenalan sebagai kawan sekolah rendah mmbuahkan bibit-bibit cinta dan rindu setiap kali berjauhan..JUMS yang pertama berjaya mmbuka mata dan minda, dan yang paling penting, membuka hatiku yang sememangnya penuh titik hitam ini untuk terus melangkah ke hadapan , mencari makna diri ini dan erti kehidupan yg sebenar...terima kasih kakak..

Tahun pertama di UK sangat bermakna buatku. Membina tali ukhuwah antara akhawat yang tak pernah bersua muka adalah detik yang sangat gembira. JUMS sebagai satu titik bermulanya ukhuwah kami. JUMS juga adalah titik bermulanya perjalanan dan langkah pentarbiyahan aku di bumi permaisuri ini. Melalui JUMS juga aku belajar bagaimana bekerja dalam organisasi Islamik dengan strategi dan penuh hikmah. Yang paling penting, aku belajar dari mereka bagaimana untuk mencurahkan bakti dan tenaga dalam organisasi, tetapi pada masa yang sama, tidak mengabaikan fokus utama dihantar ke UK iaitu belajar. Ramai dan majoriti mereka adalah dari golongan bakal professional seperti doktor, jurutera dan ahli farmasi. Aku kagum dengan budaya kerja mereka, kesanggupan menginfakkan tenaga bukan dari segi fizikal malah mereka tak pernah berkira dari segi wang ringgit. Salah satu kesedaran dan azam yang aku ambil daripada sikap murni mereka adalah ‘Biarlah elaun yang ada dibelanjakan dengan membeli tiket ke program daripada dihabiskan dengan ‘shopping’ dan perkara lagha’.

JUMS adalah yang pertama, tapi bukanlah yang terakhir. Pentarbiyahan aku tak berakhir di sini. Walaupun selama hampir 2 tahun aku ‘berseorangan’ di tanah yang paling hujung di selatan UK, dan selama itu  juga aku memendam rasa sepi dan sunyi. Aku cemburu dengan akhawat lain yang ramai di lokaliti lain. Tetapi Alhamdulillah, Allah tahu sepi aku. Dia rancangkan yang terbaik, Dia yang campakkan kesempatan dan peluang kepada kami untuk berjumpa sekurang-kurangnya 2 bulan sekali di program-program anjuran ISMA dan juga organisasi lain. Wang ringgit dan kesempitan waktu bukanlah penghalang kami untuk bertemu menghilangkan rasa rindu di hati. Setiap pertemuan kami dibasahi dengan kata-kata semangat, tak kurang juga dengan air mata. Itu satu kemestian. Pelukan akan diiringan dengan air mata ukhuwwah. Sempit rasanya dada untuk melepaskan pelukan dan pandangan mata dari mereka. Allah saja yang tahu perasaan kami.



Wednesday, December 26, 2012

Jaulah kami ke Daulatul Anbiya_4

Teringat kata-kata seorang sahabat " Manusia hanya nampak keburukan melebihi kebaikan, negatif melebih positif". Terima kasih sahabat, kata-kata anda menyedarkan saya!


Ya benar, 3 entries berkenaan jaulah ke Mesir, semuanya buruk-buruk belaka kan?! Baru ku sedar, ada masih banyak kelebihan Mesir jika mahu dibandingkan dengan budaya-budaya negatif yang lain.

Antaranya ialah, setiap kali aku masuk ke dalam kereta (teksi, bas atau van), hanya berkumandang ayat suci AlQuran. Tiada lagu rock kapak, pop dan balada yang dimainkan. Allahuakbar. Ayat suci al Quran yang menjadi halwa telinga mereka sehari-hari. Mereka lebih hebat berbanding aku rupanya. Bukan sahaja mendengar, malah boleh mengikuti satu persatu lagu-lagu hits hari ini. Sungguh, ini memang kelebihan yang bukan calang-calang. Tahniah orang Mesir, anda jauh lebih hebat dari kami.

Yang kedua - Masjid yang tak putus-putus menerima pengunjung setiap kali masuk waktu solat, yang rata-rata dapat ku lihat dari golongan rakyat tempatan (tekaan berdasarkan cara pemakaian). Baik muslimin, baik muslimat. Ruang solat penuh! Malah bersesak-sesak. Walaupun tak sebesar ruang solat muslimin, tetapi masih memanfaat setiap inci ruang dengan solat dan iktikaf.

Yang ketiga- yang paling terharu dan dirindui, semestinya layanan dan sambutan sahabiah Mesir yang sangat-sangat 'first class'. Ada yang tak pernah kenal, ada yang pernah kenal suatu masa dahulu, semuanya mengukirkan senyuman mesra ketika menyambut ketibaan kami. Masa sanggup dilapangkan semata-mata hendak menjalankan tanggungjawab melayan dan mendahulukan tetamu. Semoga Allah memberkati pengorbanan kalian, dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian..

Banyak lagi kebaikan, yang mungkin tak dapat diconteng dan ditulis, tapi perlu diamati sendiri di sana. 

Wallahualam
Pemandangan matahari hampir terbenam ketika perjalanan pulang melalui Sungai Nil

Friday, November 30, 2012

Jaulah kami ke Daulatul Anbiya'_3

Hari ketiga kami ke Giza. Ada piramid! Ada Sphinx!
Piramid sinonim dengan Firaun dan nabi Musa a.s.

Berkata tourguide kami, Ustaz Fauzi: ' Di Mesir, akan berjumpa dengan 2 jenis manusia.

1. Yang perangai bagus dan elok seperti Nabi Musa a.s., dan
2. Yang buruk seperti Firaun'.

Pesan ustaz lagi, nanti jangan jalan sendiri, jangan berpecah dari kumpulan.

Tak dapat aku (dan mungkin kami semua) bayangkan bagaimana sifat dan sikap sebenar manusia di Mesir. Rupa-rupanya, fuhh..perlukan kesabaran yang tinggi.

Ustaz cerita, ada sekumpulan pelajar (kalau xsilap dari UK jugak), datang ke Giza dan yang tak bernasib baiknya adalah, diorang kena tipu!!!

Nak naik unta, dikenakan caj LE900 (900 genih), bersamaan £100. Allahuakbar.
Mungkin ini yang dikatakan manusia seperti Firaun. Elok lah, kena tipu pulak area Pyramid. Mentang-mentang itu tempat dia...

Dalam hati, reflek diri, reflek ummah, reflek bangsa, reflek negara.

Macam mana nak ubah minda, nak ubah sikap dan akhlak ummah?
Macam mana nak majukan Islam, kalau diri sendiri tak maju, dan cuba majukan orang lain?! hurm...

*Piramid di Giza*


Monday, November 5, 2012

Jaulah Kami ke Daulatul Anbiya'_2

Aku teringat satu kata-kata yang 'menuduh'  "negara Islam tidak akan pernah maju jika mengikut aturan dan undang-undang Islam. Lihat Barat, yang tiada terikat dengan Islam, kemajuan mereka tidak dapat dilawan oleh negara-negara lain, terutamanya Islam."

Ini salah!!!

Mesir tidak maju bukan kerana mereka mengikut undang-undang Islam, tapi kerana mereka TIDAK mengikut undang-undang dan acuan yang sebetulnya. Begitu juga Malaysia, UK dan negara lain. Bagaimana hendak maju jika kebersihan tidak dititikberatkan, azan tidak dihiraukan, pergaulan dan ikhtilat dipandang mudah, aurat tak ditutup dengan sempurna.


Satu perbezaan yang aku boleh nampak antara Mesir dan Arab Saudi adalah, apabila azan berkumandang, penjual-penjual di sekitar Masjidil Haram akan tutup kedai dan bergegas ke masjid untuk tunaikan solat. Sedihnya, ini tidak berlaku di Mesir. Ada seorang dua, tapi tidak semua. Wallahualam, ini hanya peramatan aku sepanjang 5 hari di sana, satu tempoh yang tidak lama untuk aku membuat pernilaian. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pasar-pasar malam yang riuh, bersesakan dengan pengunjung, yang kemungkinan besar mengabaikan seruan solat ataupun melengah-lengahkan ibadat tersebut. Bagaimana hendak maju?

Jika mahu membandingkan dengan UK, ya, memang bersih, orangnya jujur, peramah. Tetapi dari sudut akhlak, mereka KOSONG! Lihat sahaja bahasa mereka, kelakuan mereka *terutamanya pada waktu malam (parti dan pub). Adakah ini yang dikatakan maju??

Lagi satu, Mesir juga masih menghidupkan budaya 'Tarian Gelek', yang memang sangat popular. Sampaikan ada seorang akhawat berkata, seorang gadis mestilah pandai menari, supaya dapat menghiburkan suami apabila sudah berkahwin. 

Masalahnya, bukan di depan suami sahaja, malah tarian ini sudah menjadi perhatian dan tontonan Umum (sesuai kepada semua peringkat umur??). Antara tempat yang menjadi pusat hiburan adalah di Sungai Nil. Dengan bayaran 3 genih, sesiapa sahaja boleh masuk dan menonton tarian gelek yang dipersembahkan oleh anak-anak muda, mungkin berumur belasan tahun. Lagu dipasang sangat kuat, mengalahkan azan yang berkumandang di masjid terdekat. Aduh! Rosak...rosak!!

Sedih, bertambah sedih.

Bagaimana hendak maju, jika budaya yang sia-sia dipertahan dan diteruskan, tetapi ibadah yang wajib diabaikan, dipandang enteng?

(Sungai Nil)

*bersambung*